Astro Go Shop Sdn Bhd kini menawarkan kemudahan pembelian kereta Proton menerusi promosi ekslusif.. hasil kerjasama kedua-dua syarikat tersebut. Kategori terbaharu jualan Go Shop itu membuka peluang pengguna untuk mengetahui ciri terbaharu kereta Proton serta peminat yang mahu membeli boleh mendaftar melalui platform Go Shop TV, secara atas talian atau telefon.