Pesawat Penerbangan AirAsia Indonesia QZ8501 yang hilang bersama 162 penumpang dan anak kapalnya Ahad lalu berkemungkinan terbang tanpa kebenaran.
Ia susulan tindakan Kementerian Perhubungan Indonesia (KEMENHUB) untuk membekukan buat sementara kebenaran penerbangan AirAsia Indonesia bagi laluan Surabaya- Singapura, berkuatkuasa semalam.
Lapor Kompas.com, tindakan itu diambil kerana AirAsia dikatakan melanggar surat kebenaran Ketua Pengarah Perhubungan Udara republik itu, bertarikh 24 Oktober 2014, yang sebelum ini hanya mengizinkan penerbangan dilakukan pada hari Isnin, Selasa, Khamis dan Sabtu.
Pengumuman itu dibuat oleh Ketua Pusat Komunikasi Awam KEMENHUB, J.A Batara.
AirAsia juga telah didapati melanggar kebenaran itu dengan membuat penerbangan pada Ahad, 28 Disember 2014.
Pesawat QZ8501 miliknya telah melakukan penerbangan dengan membawa 155 penumpang dan tujuh anak kapal dengan bertolak dari Surabaya ke Singapura pada hari itu sebelum dipercayai terhempas di Teluk Karimata, Kalimantan Tengah.
"Jadi ini pembekuan sementara izin rute (laluan) AirAsia rute penerbangan Surabaya-Singapura," ujar J.A Batara dalam satu kenyataan rasmi yang dikeluarkan.
KEMENHUB bagaimanapun akan menimbangkan semula larangan itu selepas siasatan ke atas insiden pesawat AirAsia QZ8501 dilakukan oleh Jawatan Kuasa Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan Indonesia.
Penumpang yang telah pun membeli tiket penerbangan laluan Surabaya-Singapura dinasihatkan mengubah jadual penerbangan mereka.
Sementara itu Pengarah Keselamatan AirAsia Indonesia, Kapten Ahmad Sadikin berkata syarikat itu tidak pernah beroperasi di sebarang laluan tanpa mendapat kebenaran.
“Saya tidak boleh menjawab kerana belum membacanya (laporan). Tetapi kalau kami tiada kebenaran, kami tidak mungkin terbang,” kata Sadikin pada Jumaat.
Dalam pada itu bekas Ketua Staf TNI, Marshal Angkatan Udara (B), Chappy L Hakim terkejut dengan berita pembekuan kebenaran terbang itu.
Menerusi twitnya, dia melahirkan rasa hairan bagaimana pesawat terbabit yang tidak dibenarkan terbang ke Singapura pada hari kejadian, boleh melakukan penerbangan.
"Adalah sangat aneh bin ajaib bila ada penerbangan yang bisa dilakukan tanpa izin, atau dilaksanakan tanpa dasar hukum," dia menegaskan.
"Apabila benar AirAsia terbang di hari yang mereka tidak ada izinnya, pertanyaan besar adalah bagaimana flight plan-nya boleh di-approve (lulus)," tanyanya yang kini menjadi pemerhati penerbangan dunia.
Ini bukan kali pertama AirAsia dikaitkan dengan isu berkaitan kebenaran untuk terbang.
Menurut laporan theage.com, pada 26 Disember lalu sebuah pesawat milik AirAsia X membatalkan penerbangan yang dijadualkannya dari Melbourne, Australia ke Bali, Indonesia sehingga menimbulkan kekecohan di kalangan mereka yang telah menempah penerbangan untuk bercuti.
Seorang jurucakap AirAsia dipetik berkata, pembatalan penerbangan itu adalah kerana kelengahan dalam mendapat kelulusan penerbangan dan memproses dokumen yang diperlukan.
Pasukan mencari dan menyelamat (SAR) mangsa pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 sehingga semalam telah menemui 30 mayat di kawasan Kalimantan Tengah, iaitu hari ke-enam operasi itu.
Sehingga kini empat daripadanya telah dikenal-pasti identiti mereka.
Agensi
Sat Jan 03 2015
Tindakan itu diambil kerana AirAsia dikatakan melanggar surat kebenaran ang sebelum ini hanya mengizinkan penerbangan dilakukan pada hari Isnin, Selasa, Khamis dan Sabtu.
Pantau Agenda Reformasi: Misi Break The Siege: Freedom Flotilla to Gaza
Pantau Agenda Reformasi hari ini membawakan Profesor Hubungan Antarabangsa di Fakulti Undang-Undang dan Hubungan Antarabangsa di UNISZA, Prof Dr Mohd Afandi Salleh, yang juga merupakan bekas peserta misi Flotilla ke Gaza pada 2018, berkongsi pengalamannya ketika ditahan pihak rejim Israel sewaktu misi tersebut. Antara lain perbincangan tertumpu ke arah aspek hubungan antarabangsa serta undang-undang di perairan antarabangsa.
Nahas helikopter Lumut: Mindef pertimbang keperluan teliti SOP latihan udara - Mohamed Khaled
Mindef akan mempertimbangkan keperluan untuk meneliti semula SOP latihan udara membentuk formasi penerbangan lintas hormat bagi mengelak tragedi.
Keselamatan siber: Keterangkuman, kepelbagaian perkasa sumbangan wanita
Wanita harus mula memberi fokus dan penekanan terhadap keterangkuman dan kepelbagaian perspektif bagi membolehkan mereka menangani cabaran industri dengan berkesan.
Penyerang Kamal Adli dijatuhkan hukuman lebih 2 tahun oleh mahkamah Singapura
Lelaki yang menyerang pelakon Malaysia, Kamal Adli menggunakan belantan tahun lepas, dijatuhkan hukuman penjara dua tahun, empat bulan dan dua minggu.
Peruntukan pembangkang: Terserah Muhyiddin untuk persoal keikhlasan kerajaan - Fadillah
Beliau enggan melayani sindiran bekas Perdana Menteri yang juga Pengerusi Perikatan Nasional, Tan Sri Muhyiddin Yassin tentang isu tersebut.
SPRM jangka ada beberapa tangkapan isu tuntutan palsu anak menteri besar - Azam
SPRM akan membuat beberapa tangkapan lagi, berhubung kes melibatkan anak seorang menteri besar bagi membantu siasatan kes tuntutan palsu berjumlah RM600,000.
SPRM akan panggil beberapa lagi individu bantu siasatan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan memanggil beberapa lagi individu bagi membantu siasatan dakwaan pemalsuan dokumen tuntutan berjumlah RM600,000 melibatkan lima individu termasuk anak seorang Menteri Besar.
Pak Lah stabil, masih perlukan rehat secukupnya
Mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN), di sini, pada Rabu setelah mengalami small spontaneous pneumothorax.
Buat masa ini, keadaan beliau dilaporkan stabil dan masih dirawat di Unit Penjagaan Koronari (Coronary Care Unit).
Buat masa ini, keadaan beliau dilaporkan stabil dan masih dirawat di Unit Penjagaan Koronari (Coronary Care Unit).
SPRM tidak pernah henti siasatan kes LCS - Azam Baki
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak pernah menghentikan siasatan berhubung kes pembinaan Kapal Tempur Pesisir (LCS).
Liga Arab gesa UNSC terima pakai resolusi gencatan senjata di Gaza
Majlis Liga Arab gesa Majlis Keselamatan menerima pakai resolusi, di bawah Bab VII Piagam PBB memaksa Israel untuk gencatan senjata di Gaza.
Gunung Ruang meletus: Beberapa penerbangan AirAsia kembali beroperasi
AirAsia turut menyediakan pilihan kepada penumpang yang terjejas akibat penerbangan yang terpaksa dibatalkan.
Letusan Gunung Ruang: Malaysia Airlines, AirAsia batal penerbangan Kuala Lumpur ke Sabah, Sarawak
Malaysia Airlines umum pembatalan 11 penerbangan Sabah dan Kuala Lumpur serta lapan penerbangan laluan Sarawak dan Kuala Lumpur dibatalkan.
Pembatalan penerbangan: AirAsia sedia pilihan kepada penumpang
Bo Lingam berkata penumpang yang ingin melakukan perubahan tempahan secara dalam talian boleh berbuat demikian di airasia.com atau AirAsia MOVE.
AirAsia tawar menu nasi lemak dua kali saiz
Santan memperkenalkan Nasi Lemak Pak Nasser Terpaling Istimewa (Double Special), hidangan ikonik yang kini bersaiz dua kali ganda berbanding asal.
Trafik penumpang udara diunjur berkembang 2% menjelang akhir 2024 - MIDF
Tinjauan menunjukkan bahawa faktor muatan selepas wabak adalah setanding dengan, jika tidak lebih tinggi daripada, tahap prapandemik.
Aidilfitri: AirAsia tawar lebih 22,000 tempat duduk tambang tetap ke Sabah, Sarawak
AirAsia menawarkan lebih 22,000 tempat duduk pada tambang rendah tetap untuk penerbangan lewat malam sempena sambutan Hari Raya antara Semenanjung, Sabah dan Sarawak.
AirAsia sasar hak trafik dua hala ke beberapa bandar di India
Tumpuan untuk meluaskan rangkaian penting bagi AirAsia kerana bandar utama di India telah mencapai puncak pengembangan.
Pesawat Airbus A321LR jadi pilihan pengembangan armada AirAsia
Fernandes berkata, daripada 362 pesawat A321neo (pilihan enjin baharu), 36 pesawat telah ditukar kepada A321LR (jarak jauh).
AirAsia tawar tambang promosi lapan jam ke Almaty
Tambang promosi boleh ditempah melalui aplikasi airasia Superapp atau laman web untuk tempoh perjalanan bermula 14 Mac hingga 26 Okt, 2024.
Tambang tetap penerbangan tambahan tengah malam, Loke hargai AirAsia
Loke juga telah memberikan kemeja-T merah percuma kepada penumpang penerbangan AK9070 ke Sibu, Sarawak pada 7 Feb lepas.