Kecekapan pasukan penyelam tentera elit Indonesia benar-benar diuji kuasa alam apabila usaha mereka hari ini untuk mendekati bahagian ekor pesawat AirAsia QZ8501 dan mencari kotak hitam berdepan dengan arus kuat sejak pagi ini.
Pesawat malang tersebut terhempas di Selat Karimata, Laut Jawa pada 28 Disember lalu sewaktu melalui kawasan rebut petir dalam penerbangan dari Surabaya ke Singapura. Kesemua 162 orang penumpang dan anak kapal dipercayai terkorban.
Cuaca buruk menjadi kekangan utama bagi usaha mencari dan menyelamat (SAR) daripada gabungan pasukan antarabangsa yang berkejar dengan waktu bagi mendapatkan kesemua mayat dan juga perekod data penerbangan berkenaan atau kotak hitam.
Penemuan terbesar adalah pada Rabu apabila lokasi bahagian ekor pesawat telah dikesan terbenam di dasar laut sedalam 30 meter.
"Pasukan penyelam telah sampai ke lokasi berkenaan namun jarak pandangan adalah kurang daripada satu meter dan mereka hanya mampu mengumpulkan beberapa serpihan.
“Sekarang kami sedang menunggu kekuatan arus berkurang. Jika ia menjadi lebih tenang, pasukan penyelam akan kembali ke lokasi berkenaan untuk memeriksa sama ada kotak hitam masih terdapat pada bahagian ekor pesawat tersebut,” ujar ketua Badan SAR Nasional (Basarnas) Indonesia, Bambang Soelistyo.
Bambang menambah, pihaknya bersedia dengan jentera pengangkat bagi menaikkan bangkai pesawat tersebut namun ada banyak prosedur pemeriksaan perlu dilakukan terlebih dahulu.
Beliau juga memberitahu, keutamaan pasukan SAR adalah untuk mencari seberapa banyak mangsa korban yang boleh, dengan setakat ini 40 daripadanya telah ditemui terapung di permukaan laut.
Banyak lagi mayat dipercayai masih berada dalam serpihan kabin pesawat yang masih lagi belum ditemui.
Misi SAR tersebut turut melibatkan Malaysia, Amerika Syarikat, Rusia dan China selain aset-aset tentera dari pelbagai negara lain yang semuanya menerima arahan dari Pangkalan Bun.
Agensi meteorologi Indonesia memberitahu, cuaca menjadi faktor penting dalam menentukan penyebab kejatuhan pesawat tersebut. Pembentukan ais pada badan pesawat dikatakan telah merosakkan enjin Airbus A320-200 tersebut.
Rekod keselamatan
Pihak berkuasa Indonesia juga mengeluarkan kenyataan bahawa pesawat tersebut telah melakukan penerbangan tanpa pengesahan jadual dan pihak AirAsia telah digantung daripada membuat sebarang penerbangan dalam laluan Surabaya-Singapura.
Kementerian Pengangkutan republik tersebut pada Rabu telah memecat seorang pegawai pengangkutan dan mengenakan tindakan kepada beberapa lagi yang lain berikutan insiden berkenaan.
Hasil siasatan mendalam tentang pesawat berkenaan yang berangkat tanpa jadual penerbangan dan izin bakal diumumkan minggu ini.
AFP
Thu Jan 08 2015
Penemuan terbesar adalah pada Rabu apabila lokasi bahagian ekor pesawat telah dikesan terbenam di dasar laut sedalam 30 meter. - Gambar Fail
SPRM tidak pernah henti siasatan kes LCS - Azam Baki
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak pernah menghentikan siasatan berhubung kes pembinaan Kapal Tempur Pesisir (LCS).
Liga Arab gesa UNSC terima pakai resolusi gencatan senjata di Gaza
Majlis Liga Arab gesa Majlis Keselamatan menerima pakai resolusi, di bawah Bab VII Piagam PBB memaksa Israel untuk gencatan senjata di Gaza.
Insiden kecoh ketika pengebumian: Pemandu kereta tertekan hon kerana panik - Polis
Polis menerima laporan seorang pemandu kereta susulan kekecohan ketika pengebumian Komander Muhammad Firdaus Ramli, di Masjid Jamek Sungai Nibong malam tadi.
Isytihar harta: Tun M antara individu yang disiasat SPRM
Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad adalah antara individu yang disiasat SPRM berhubung isu pengisytiharan harta.
PRK Kuala Kubu Baharu: Bakal calon disaran isi borang, buat semakan awal - SPR
Bakal calon yang ingin bertanding dalam PRK Kuala Kubu Baharu disaran mengisi borang dan membuat semakan awal.
Nahas helikopter Lumut: KPWKM beri bantuan RM3,000 kepada keluarga mangsa
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat sumbang bantuan RM3,000 kepada waris mangsa nahas helikopter yang terhempas di Lumut.
Warga emas dibaling sambal tumis sebelum disamun
Mangsa cuba menahan kesakitan yang dialami dan disebabkan hentakan itu dia mengalami kecederaan di bahagian kepala.
Kerajaan akan umum butiran mekanisme rasionalisasi subsidi - Rafizi
Kerajaan akan memaklumkan butiran mengenai pelan rasionalisasi subsidi termasuk kriteria dan implikasinya tidak lama lagi.
[TERKINI] Tun Mahathir antara individu disiasat isu pengisytiharan harta - SPRM
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki berkata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad adalah antara individu yang disiasat berhubung isu pengisytiharan harta.
10 wira negara korban helikopter terhempas selamat bersemadi
Proses pengebumian dijalankan selepas semua jenazah selesai menjalani proses bedah siasat di Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh pada jam 2.20 petang pada Rabu.
Gunung Ruang meletus: Beberapa penerbangan AirAsia kembali beroperasi
AirAsia turut menyediakan pilihan kepada penumpang yang terjejas akibat penerbangan yang terpaksa dibatalkan.
Letusan Gunung Ruang: Malaysia Airlines, AirAsia batal penerbangan Kuala Lumpur ke Sabah, Sarawak
Malaysia Airlines umum pembatalan 11 penerbangan Sabah dan Kuala Lumpur serta lapan penerbangan laluan Sarawak dan Kuala Lumpur dibatalkan.
Pembatalan penerbangan: AirAsia sedia pilihan kepada penumpang
Bo Lingam berkata penumpang yang ingin melakukan perubahan tempahan secara dalam talian boleh berbuat demikian di airasia.com atau AirAsia MOVE.
AirAsia tawar menu nasi lemak dua kali saiz
Santan memperkenalkan Nasi Lemak Pak Nasser Terpaling Istimewa (Double Special), hidangan ikonik yang kini bersaiz dua kali ganda berbanding asal.
Trafik penumpang udara diunjur berkembang 2% menjelang akhir 2024 - MIDF
Tinjauan menunjukkan bahawa faktor muatan selepas wabak adalah setanding dengan, jika tidak lebih tinggi daripada, tahap prapandemik.
Aidilfitri: AirAsia tawar lebih 22,000 tempat duduk tambang tetap ke Sabah, Sarawak
AirAsia menawarkan lebih 22,000 tempat duduk pada tambang rendah tetap untuk penerbangan lewat malam sempena sambutan Hari Raya antara Semenanjung, Sabah dan Sarawak.
AirAsia sasar hak trafik dua hala ke beberapa bandar di India
Tumpuan untuk meluaskan rangkaian penting bagi AirAsia kerana bandar utama di India telah mencapai puncak pengembangan.
Pesawat Airbus A321LR jadi pilihan pengembangan armada AirAsia
Fernandes berkata, daripada 362 pesawat A321neo (pilihan enjin baharu), 36 pesawat telah ditukar kepada A321LR (jarak jauh).
AirAsia tawar tambang promosi lapan jam ke Almaty
Tambang promosi boleh ditempah melalui aplikasi airasia Superapp atau laman web untuk tempoh perjalanan bermula 14 Mac hingga 26 Okt, 2024.
Tambang tetap penerbangan tambahan tengah malam, Loke hargai AirAsia
Loke juga telah memberikan kemeja-T merah percuma kepada penumpang penerbangan AK9070 ke Sibu, Sarawak pada 7 Feb lepas.