AWANI 745 membincangkan penggunaan kereta berteknologi hijau yang semakin mendapat perhatian.

Antara yang membincangkan mengenai penggunaan kereta hibrid dan pembangunan teknologi tersebut dalam syarikat pengeluar tempatan ialah Bekas Pengarah Urusan Proton, Datuk Seri Syed Zainal Abidin

Syed Zainal berpendapat kerajaan perlu membantu syarikat tempatan seperti Proton dan juga Perodua untuk membangunkan teknologi hibrid.

Ia bersesuaian dengan usaha kerajaan yang mahu menggalakkan lebih ramai pengguna kereta menggunakan kereta jenis itu.

"Untuk membangunkan teknologi hibrid ini, kerajaan perlu memberi sokongan kepada Proton dan Perodua seperti menyediakan geran untuk mereka melakukan anjakan ke arah pengeluaran kereta hibrid," katanya.

Katanya, di negara-negara lain seperti Korea Selatan dan Jepun, syarikat-syarikat pengeluar kereta di negara berkenaan mendapat bantuan seperti geran dalam usaha mereka membangunkan industri kereta.

Ikuti perbincangan AWANI 745.