Pada Jumaat, Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, Datuk Seri Najib Tun Razak telah membentangkan Bajet 2015 bertempat di Dewan Rakyat.

Bertemakan "Ekonomi Keperluan Rakyat", bajet tersebut bertujuan untuk memperkukuhkan tujuh strategi utama dalam membawa Malaysia ke hadapan.

Najib mengumumkan jumlah bajet sebanyak RM273.9 bilion dengan RM223.4 bilion daripadanya untuk perbelanjaan mengurus manakala RM50.5 bilion sebagai perbelanjaan pembangunan.

Dapatkan sepintas lalu Bajet 2015.

Bajet 2015