Tuan Yang Dipertua,

STRATEGI KETUJUH: MENSEJAHTERA RAKYAT

134. Sebenarnya, kemakmuran sesebuah negara bergantung juga kepada kemampuannya untuk menyediakan tahap kualiti hidup dan kesejahteraan rakyat secara menyeluruh.

Bantuan Persekolahan

135. Sebagai langkah meringankan beban perbelanjaan awal persekolahan yang ditanggung oleh ibu bapa dan penjaga pelajar, khususnya golongan berpendapatan rendah, Kerajaan akan meneruskan bantuan persekolahan. Bantuan sebanyak 100 ringgit seorang, akan disalurkan mulai Januari tahun depan kepada seramai 5.4 juta pelajar, sekolah rendah dan menengah dengan peruntukan sebanyak 540 juta ringgit.

Program Baucar Buku 1Malaysia

136. Selanjutnya, bagi tujuan pembelian buku-buku rujukan dan peralatan pengajian, Kerajaan akan meneruskan pelaksanaan Program Baucar Buku 1Malaysia dengan kadar bantuan 250 ringgit seorang. Program ini diperuntukkan sejumlah 325 juta ringgit dan dijangka memberi manfaat kepada kira-kira 1.3 juta pelajar.

Tuan Yang Dipertua,

Memperkukuh Rantaian Bekalan Makanan

137. Bagi Memperkukuh Rantaian Bekalan Makanan, di samping membantu petani, penternak dan nelayan menambah pendapatan, Kerajaan memperuntukkan sejumlah 6 bilian ringgit kepada Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani. Antaranya inisiatif yang akan dilaksanakan ialah:

Pertama: Mulai tahun 2015 sehingga 2017, Kerajaan akan membuka 65 buah Pasar Tani Kekal dan 50 buah Pasar lkan yang beroperasi setiap hari di beberapa lokasi terpilih. Setakat ini terdapat 526 pasar tani dan 50 pasar ikan di seluruh negara;

Kedua: Memperkenalkan program lelongan sayur-sayuran berkualiti dengan harga berpatutan, setiap minggu di 85 lokasi Pusat Operasi Urusniaga FAMA dan pasar tani terpilih di seluruh negara;

Ketiga: Merancakkan penanaman dan tanaman semula pokok buah-buahan seperti durian, manggis, langsat, rambutan serta memperhebatkan Program Jom Bertani supaya rakyat mengusahakan tanaman kontan dan sayur-sayuran untuk kegunaan sendiri; dan

Keempat: Menyediakan geran pemadanan sebanyak 100 juta ringgit kepada Lembaga Pertubuhan Peladang untuk membolehkan ahli-ahlinya membuat pinjaman bagi meningkatkan produktiviti ladang dan rangkaian pemasaran.

138. Selain itu, Kerajaan akan mempergiatkan empat Kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu di Rompin, Batang Lupar, Kota Belud dan Pekan yang melibatkan kawasan tanaman padi seluas 25,905 hektar. Bagi tujuan ini, sebagai permulaan, Kerajaan memperuntukkan 100 juta ringgit.

Tuan Yang Dipertua,

Pembangunan dan Kebajikan Nelayan

139. Semua lapisan rakyat, tidak kira di mana, adalah penting. Kerajaan amat prihatin tentang pembangunan dan kebajikan nelayan yang sentiasa menghadapi pelbagai cabaran hidup. Dalam menangani masalah pendapatan nelayan yang tidak menentu terutamanya ketika musim tengkujuh, serta persekitaran perkampungan nelayan yang tidak selesa, Kerajaan akan:

Pertama: Menaikkan elaun sara hidup nelayan Zon A kepada 300 ringgit daripada 200 ringgit sebulan. Bagi nelayan Zon B dan C, elaun sara hidup dinaikkan kepada 250 ringgit sebulan;

Kedua: Bagi nelayan darat sepenuh masa, buat pertama kalinya akan diberi elaun 200 ringgit sebulan. Pemberian elaun ini melibatkan lebih 44 ribu nelayan;

Ketiga: Mempergiatkan lagi aktiviti akuakultur seperti ternakan ikan, udang, kupang dan tiram dalam sangkar bagi mempelbagaikan sumber pendapatan nelayan yang terjejas terutama di musim tengkujuh. Untuk ini, sebanyak 60 juta ringgit diperuntukkan; dan

Keempat: Memasang Automatic Identification System ke atas bot-bot nelayan untuk meningkatkan hasil tangkapan ikan, memastikan kedudukan bot nelayan berdasarkan zon tangkapan dan mengurangkan kos operasi. Untuk tujuan ini, 27 juta ringgit diperuntukkan.

140. Dalam Bajet 2012, saya telah mengumumkan peruntukan sebanyak 300 juta ringgit untuk Projek Khas Perumahan Nelayan bagi membaik pulih dan membina rumah nelayan. Sebagai meneruskan usaha murni ini, sukacita saya mengumumkan tambahan 250 juta ringgit untuk projek perumahan nelayan dan bagi menyempurnakan lagi perkampungan nelayan.

Tuan Yang Dipertua,

Program Penyeragaman Harga dan Kedai Rakyat 1Malaysia

141. Kerajaan amat komited melaksanakan beberapa inisiatif termasuklah program penyeragaman harga, pemberian subsidi pengangkutan dan pembukaan lebih banyak Kedai Rakyat 1Malaysia. Untuk itu, antara langkah yang akan dilaksanakan oleh KPDNKK adalah:

Pertama: Menambah 20 buah lagi Kedai Rakyat 1Malaysia atau KR1M di Semenanjung;

Kedua: Mewujudkan dan memberi peruntukan kepada kumpulan pemantau harga atau price watch team dari kalangan persatuan pengguna; dan

Ketiga: Memperkukuhkan Unit Penguatkuasaan GST dengan 2,270 anggota, Unit Pemantauan Harga seramai 1,300 anggota dan Skuad Pengguna seramai 202,800 sukarelawan serta penglibatan 579 penghulu dan penggawa.

Tuan Yang Dipertua,

Mempertingkatkan Sistem Pengangkutan Awam

142. Bagi mempertingkatkan sistem pengangkutan awam pula, Kerajaan akan memperkenalkan beberapa program berikut:

Pertama: Menyediakan perkhidmatan bas antara bandar kepada penduduk yang menetap di luar tetapi bekerja di Kuala Lumpur. Kemudahan ini menawarkan tambang bulanan pada kadar diskaun 30 peratus. Sebagai permulaan, 3 laluan bas akan beroperasi iaitu Rawang-KL; Klang-KL dan Seremban-KL;

Kedua: Menyediakan perkhidmatan Electric Train Service atau ETS Ipoh-Butterworth bermula pada April 2015; dan

Ketiga: Menambahbaik Perkhidmatan Bas Berhenti-henti di beberapa ibu negeri melalui sistem kontrak dengan syarikat bas sedia ada. Pelaksanaan program ini adalah secara berperingkat dan akan melibatkan Bandaraya Kuching, Ipoh, Seremban, Kuala Terengganu dan Kangar.

Tuan Yang Dipertua,

Bantuan Khas Kepada Pekebun Kecil Getah dan Kelapa Sawit

143. Baru-baru ini Kerajaan telah memberi bantuan khas sebanyak 500 ringgit seeara one-off kepada pekebun keeil getah yang terjejas akibat kejatuhan harga getah. Lembaga Getah Malaysia atau LGM akan memperuntukkan 100 juta ringgit bagi melaksanakan mekanisme kawal selia harga di peringkat ladang untuk melindungi pekebun kecil daripada mengalami kerugian terutamanya sewaktu harga pasaran dunia lebih rendah daripada harga minimum yang ditetapkan. LGM akan turut menyediakan pinjaman mudah berjumlah 6.4 juta ringgit sebagai modal pusingan kepada 64 buah koperasi pekebun kecil bagi membeli getah terus daripada kira-kira 442,000 pekebun kecil getah di seluruh negara.

144. Bagi pekebun keeil kelapa sawit pula, Kerajaan akan meneruskan insentif untuk penanaman baru dan penanaman semula dengan peruntukan sebanyak 41 juta ringgit. Di samping itu, pengecualian duti eksport minyak sawit mentah atau CPO akan dilanjutkan sehingga bulan Disember 2014.

Tuan Yang Dipertua,

Perkhidmatan dan Kemudahan Kesihatan

145. Bagi perkhidmatan dan kemudahan kesihatan rakyat, Kerajaan akan memperuntukkan 23.3 bilion ringgit untuk pelaksanaan inisiatif berikut:

Pertama: Membina dua buah hospital iaitu Hospital Dungun di Terengganu dan Hospital Seri Iskandar di Perak. Membina 20 Klinik Kesihatan dan 4 Klinik Pergigian antaranya di Klinik Kesihatan di Kuala Lipis, Pahang, dan Klinik Pergigian di Kluang, Johor;

Kedua: Menambah 30 Klinik 1Malaysia yang menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 290 buah di seluruh negara dan membina sebuah Klinik Kesihatan di Cyberjaya. Kerajaan juga akan menempatkan 30 orang doktor perubatan di 30 Klinik 1Malaysia;

Ketiga: Mengganti 635 unit mesin hemodalisis di hospital dan klinik Kerajaan dengan peruntukan sebanyak 30 juta ringgit. Bagi menggalakkan penglibatan sektor swasta, Kerajaan akan menyediakan ruang di hospital dan klinik kesihatan Kerajaan untuk menempatkan 244 buah mesin hemodalisis lagi yang akan disumbangkan oleh sektor swasta dalam memenuhi tanggungjawab sosial korporat mereka; dan

Keempat: Menyediakan ubat-ubatan bagi pesakit yang menjalani rawatan hemodialisis kronik dan akut dengan peruntukan sebanyak 45.4 juta ringgit.

146. Pada masa ini, perbelanjaan perubatan penyakit serius seperti kanser, kegagalan buah pinggang dan serangan jantung telah diberi pelepasan cukai sehingga 5,000 ringgit. Bagi meringankan tanggungan kos rawatan dan perubatan penyakit serius ini, Kerajaan mencadangkan pelepasan cukai ini ditingkatkan kepada 6,000 ringgit. Pelepasan cukai ini bukan sahaja untuk pembayar cukai itu sendiri tetapi juga meliputi pasangan dan anak.

147. Mutakhir ini, penularan wabak demam denggi semakin serius. Bagi mengekang penularan wabak berkenaan, program pencegahan denggi akan dipertingkatkan, melalui kesedaran komuniti dan perolehan peralatan pencegahan denggi seperti re-agen, Ultra Low Volume dan Mist Blower. Di samping itu, Kerajaan akan mengagihkan sebanyak 55 ribu test kit denggi kepada semua klinik swasta untuk mempercepatkan proses pengesanan awal denggi secara percuma. Untuk itu, sebanyak 30 juta ringgit diperuntukkan.

Tuan Yang Dipertua,

Kesejahteraan Wanita, Keluarga dan Masyarakat

148. Kerajaan amat prihatin terutama kepada golongan yang memerlukan. Selaras dengan ini, Kerajaan memperuntukkan sebanyak 2.2 bilion ringgit kepada Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat untuk melaksanakan program berikut:

Pertama: Menyediakan 1.2 bilion ringgit bantuan kewangan kepada keluarga miskin, kanak-kanak, warga emas dan Orang Kelainan Upaya atau OKU. Untuk menunjukkan keprihatinan kepada golongan ini, Kerajaan bersetuju kadar bantuan bagi OKU bekerja dinaikkan daripada 300 ringgit kepada 350 ringgit manakala bagi OKU tidak bekerja dinaikkan daripada 150 ringgit kepada 200 ringgit. Ini memberi manfaat kepada 110 ribu OKU, dengan peruntukan 66 juta ringgit;

Kedua: Menaikkan pelepasan cukai bagi setiap anak yang OKU daripada 5,000 ringgit kepada 6,000 ringgit;

Ketiga: Menaikkan pelepasan cukai bagi pembelian peralatan sokongan asas bagi diri sendiri, pasangan, anak dan ibu bapa yang OKU daripada 5,000 ringgit kepada 6,000 ringgit;

Keempat: Menaikkan kadar makanan harian 8,700 penghuni di 63 institusi . Jabatan Kemajuan Masyarakat daripada 8 ringgit kepada 16 ringgit;

Kelima: Meningkatkan geran tahunan Majlis Kebangsaan bagi OKU, daripada 500 ribu ringgit kepada 1 juta ringgit; dan

Keenam: Menambah 5 buah Pusat Aktiviti Warga Emas menjadikan 50 buah di . seluruh negara serta Unit Penyayang Warga Emas yang menyediakan pengangkutan percuma kepada warga emas ke hospital.

149. Di samping itu, bagi mengukuhkan pendidikan awal kanak-kanak, Kerajaan akan menyediakan peruntukan sebanyak 711 juta ringgit kepada Kementerian Pendidikan, Tabika Kemas, PERMATA dan Tabika Perpaduan.

Tuan Yang Dipertua,

Pemilikan Rumah

150. Untuk menangani ISU pemilikan rumah dengan harga yang berpatutan, pelbagai projek dan program akan terus dilaksanakan, antaranya:

Pertama: Membina 80 ribu unit rumah PR1MA dengan peruntukan sebanyak 1.3 bilion ringgit. Had kelayakan pendapatan isi rumah juga dinaikkan daripada 8 ribu ringgit kepada 10 ribu ringgit. Selain itu, Skim Pembiayaan Sewa-beli atau rent-to-own akan diperkenalkan kepada individu yang tidak berupaya mendapat pembiayaan daripada bank;

Kedua: Membina 26 ribu unit rumah Program Perumahan Rakyat oleh Jabatan Perumahan Negara dengan peruntukan sebanyak 644 juta ringgit; dan

Ketiga: Membina 12 ribu unit Rumah Mesra Rakyat dan 5 ribu unit Rumah Idaman Rakyat oleh Syarikat Perumahan Negara Berhad. Di samping itu, SPNB juga akan membina 20 ribu unit Rumah Aspirasi Rakyat di atas tanah persendirian.

151: Bagi membolehkan lebih ramai rakyat memiliki rumah pertama dan mengurangkan kos membeli rumah, Kerajaan bersetuju melanjutkan pengecualian duti setem 50 peratus ke atas surat cara pindah milik dan perjanjian pinjaman serta menaikkan had harga rumah daripada 400 ribu ringgit kepada 500 ribu ringgit. Pengecualian ini diberikan sehingga 31 Disember 2016.

152. Kerajaan juga bersetuju menambah baik program Skim Rumah Pertamaku kendalian Cagamas, dengan menaikkan had nilai harga rumah kepada 500 ribu ringgit, selaras dengan pengecualian duti setem tersebut. Di samping itu, had kelayakan umur peminjam bagi skim ini akan dinaikkan daripada 35 kepada 40 tahun.

153. Bagi memberi keselesaan kepada rakyat yang mendiami perumahan kos rendah awam, peruntukan penyelenggaraan sebanyak 40 juta ringgit disediakan di bawah Program Penyelenggaraan Perumahan Awam. Manakala bagi penyelenggaraan perumahan kos rendah swasta pula, 100 juta ringgit disediakan di bawah Tabung Penyelenggaraan 1Malaysia.

Tuan Yang Dipertua,

154. Pada masa ini, cukai keuntungan ke atas pelupusan sesuatu harta tanah di bawah Akta Cukai Keuntungan Harta Tanah 1976 ditaksir secara formal. Kerajaan telah melaksanakan sistem taksiran sendiri bagi cukai pendapatan individu dan syarikat sejak tahun 2001 dan 2004. Selaras dengan hasrat Kerajaan untuk terus memodenkan sistem percukaian negara dan memandangkan pembayar cukai pada masa ini lebih bertanggungjawab, adalah dicadangkan mulai tahun 2016, cukai keuntungan ke atas pelupusan harta tanah ditaksir secara sendiri bagi tujuan pengiraan cukai keuntungan harta tanah.

Kemudahan dan Infrastruktur Luar Bandar

155. Kerajaan juga terus komited menyedia dan menaiktaraf kemudahan dan' infrastruktur luar bandar. Sejumlah 4.5 bilion ringgit akan diperuntukkan terutamanya di Sabah dan Sarawak bagi melaksanakan program berikut, antaranya:

Pertama: projek jalan luar bandar sepanjang 635 kilometer termasuk bekas jalan-jalan balak di Sabah dan Sarawak dengan peruntukan sebanyak 943 juta ringgit;

Kedua: Melaksanakan program penyambungan bekalan elektrik kepada lebih 15 ribu buah rumah dengan peruntukan sebanyak 1.1 bilion ringgit;

Ketiga: program bekalan air bersih luar bandar kepada 7,500 buah rumah dengan peruntukan sebanyak 394 juta ringgit;

Keempat: Program membina dan membaik pulih ruang usang melibatkan 9,500 buah rumah dengan peruntukan sebanyak RM200 juta ringgit.

Kelima: Meningkatkan mutu perkhidmatan udara luar bandar di Sabah dan Sarawak melalui penyelenggaraan dan sewaan pesawat baru dengan peruntukan sebanyak 160 juta ringgit,

Keenam: Melaksanakan program pembangunan ekonomi, kemudahan infrastruktur dan penambahbaikan taraf hidup masyarakat Orang Asli dengan peruntukan sebanyak 352 juta ringgit; dan

Ketujuh: Menambah sepuluh batang tiang lampu menjadikannya 20 batang tiang lampu di setiap kampung di seluruh negara yang melibatkan lebih 22 ribu kampung dengan peruntukan sebanyak 26 juta ringgit. Ini menjadikan jumlah keseluruhan 56 juta ringgit bagi menyediakan lampu jalan kampung.

Tuan Yang Dipertua,

National Water Blueprint

156. Bekalan air merupakan elemen penting dalam kehidupan seharian setiap insan dan industri. Sehubungan itu, Kerajaan akan menyediakan National Water Blueprint bagi memastikan kelangsungan bekalan air di seluruh negara untuk jangka panjang. Ini termasuk pengurusan sungai secara holistik, pembinaan dan penambahbaikan loji-loji rawatan air.

157. Sumber bekalan air juga dipelbagaikan melalui penerokaan air bawah tanah, penggunaan semula air terawat untuk industri dan pertanian serta meluaskan penggunaan storm water retainer system. Bagi mengatasi kekurangan bekalan air di Lembah Klang, pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2 akan digiatkan. Ini melibatkan kos sebanyak 3 bilion ringgit yang mampu menambah bekalan air terawat sebanyak 1,130 juta liter sehari.

158. Di samping itu, untuk mengatasi masalah kehilangan air tidak berhasil atau Non Revenue Water, sebanyak 112 juta ringgit diperuntukkan bagi kerja-kerja mewujudkan zon kawalan kebocoran, menjalankan kerja pengesanan dan pembaikan paip-paip bocor.

Tuan Yang Dipertua,

Keselamatan dan Ketenteraman Awam

159. Bagi meningkatkan tahap keselamatan dan ketenteraman awam serta pertahanan negara, peruntukan sebanyak 17.7 bilion ringgit disediakan untuk Angkatan Tentera Malaysia, sementara sebanyak 9.1 bilion ringgit diperuntukkan untuk Polis DiRaja Malaysia. Sejumlah 804 juta ringgit juga, diperuntukkan kepada Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia bagi memperkukuhkan penguatkuasaan maritim.

160. Kerajaan komited untuk mengurangkan kadar jenayah di negara ini, yang menjadi salah satu daripada Bidang Keberhasilan Utama Negara. Untuk ini, Kerajaan telah meluluskan tambahan sebanyak 11,757 perjawatan anggota polis, selain membina sebanyak 14 Ibu Pejabat Polis dan Balai Polis, termasuk bangunan baharu IPK Perlis serta terus memperkukuhkan dengan penambahan 1,000 lagi unit rondaan bermotosikal PDRM. Selain itu, Kerajaan akan memperuntukkan sebanyak 121 juta ringgit kepada PDRM untuk melaksanakan pelbagai program NKRA.

161. Bagi meningkatkan kesiapsiagaan aset dan anggota tentera, sebanyak 7 bilion ringgit diperuntukkan untuk memperoleh dan menyelenggara aset-aset pertahanan. Selain itu, kebajikan anggota tentera akan dipertingkatkan termasuk perkhidmatan kesihatan dan penyediaan kediaman.

162. Manakala, bagi meningkatkan keselamatan maritim, APMM disediakan peruntukan sebanyak 393 juta ringgit. Ini adalah untuk meningkatkan kecekapan operasi dan pembelian 7 buah kapal peronda baharu.

Tuan Yang Dipertua,

163. Selain itu, Jabatan Sukarelawan Malaysia di bawah Kementerian Dalam Negeri atau RELA, akim terus memainkan peranan sebagai sebuah agensi sukarelawan untuk membantu pasukan keselamatan dalam mengekalkan keselamatan dan keamanan negara. Sebanyak 117 juta ringgit akan disediakan terutamanya untuk latihan dan bina upaya bagi mengukuh peranan RELA.

Tuan Yang Dipertua,

Pemerkasaan NGO

164. Sejak dahulu, Kerajaan sememangnya mengiktiraf peranan penting NGO. Justeru, saya mengisytiharkan tahun hadapan sebagai pemerkasaan NGO dan kesukarelawan atau MyNGO 2015. Untuk itu, geran secara one-off dengan. peruntukan 50 juta ringgit disediakan kepada NGO berwibawa termasuk yang beruniform, melibatkan program berasaskan pembangunan komuniti, perpaduan, kebajikan masyarakat, kepenggunaan, kesihatan dan keselamatan.

Tuan Yang Dipertua,

165. Ahli-Ahli Dewan yang mulia, serta rakyat Malaysia dikasihi sekalian yang sedang menyaksikan Bajet 2015 ini, di kaca-kaca televisyen dan mendengar di corong-corong radio luar sana.

166. Bersyukurlah... bersyukurlah.. kita semua berpijak di atas bumi yang aman, sentosa lagi permai. Menjunjung pula langit luas terbentang. Secara geografinya, tanah air bertuah ini, terpisah oleh Laut China Selatan, menggabungkan Tanah Semenanjung, dengan Sabah dan Sarawak sebagai sebuah kesatuan yang berkeramat, bermula dari Arau, Perlis, membawa hingga ke Semporna, Sabah sampai ke penghujung Ulu Lachau, Sarawak meliputi kawasan seluas hampir 330,290 kilometer persegi.

Tuan Yang Dipertua,

167. Sudah menjadi lumrah kehidupan ada pasang surutnya. Bak kata pujangga... musim panas..., kehujanan..., musim hujan..., kepanasan. Sesungguhnya, tahun 2014 menjadi takwim yang penuh dugaan. Pada suku tahun pertama, belum pun lagi reda dengan misteri kehilangan MH370, rakyat Malaysia dikejutkan pula dengan peristiwa tragik pesawat MH17 milik Malaysia Airlines System ditembak jatuh di Timur Ukraine.

168. Meski apapun, berbekal pengertian surah ke-94 AI-Insyirah, pada setiap kesukaran itu pastinya ada hikmah-hikmah dan kesenangan yang menanti. Tampaknya, rakyat Malaysia menerima dengan tenang dan tabah akan apa yang telah berlaku. Kita telah bersatu dalam suasana kesedihan, membentuk solidariti yang tidak terpecah bentengnya.

169. Menghadapi krisis ini, Kerajaan telah berusaha tanpa lelah, sehingga tidak pernah terjadi dalam sejarah, perundingan penuh dramatik dan berdiplomasi dengan puak pemisah yang lidak beridenliti negara, demi mencari penyelesaian mendapatkan kotak hitam, memasuki kawasan kejadian, sehingga berjaya membawa pulang, hampir kesemua jenazah yang terkorban kembali ke bumi Malaysia di mana mereka berasal.

170. Walau apapun, life goes on, hidup perlu diteruskan.

Tuan Yang Dipertua,

171. Di atas segalanya, memetik madah Rabindranath Tagore, seorang pujangga terkenal bahawa, "...Janganlah kita menangis kerana matahari telah menghilang sebentar daripada kehidupan, kerana air mata itu bisa menghalang kita melihat bintang-bintang yang masih bergemerlapan. .."

Tuan Yang Dipertua,

Pusat Percetakan AI-Quran

172. Saya yakin, dalam kemajmukan dan kepelbagaian agama, masing-masing telah pun berbuat sehabis baik dan berdoa mengikut kepercayaan semua demi kebaikan Malaysia. Bagi pihak Kerajaan pula, antara lain, kita menzahirkan rasa syukur atas banyak kurniaan llahi dan bersetuju membina Pusat Percetakan Al Quran di Putrajaya, yakni kedua terbesar di dunia selepas Arab Saudi. Pusat ini atas inisiatif Kerajaan, bersama Yayasan Restu, dijangka dapat mencetak sehingga sejuta naskhah Al Quran setahun untuk diedarkan ke seluruh dunia. Selain itu, Pusat ini juga akan menjadi tempat tumpuan penggiat dan penggemar seni khat. Untuk itu, Kerajaan akan memperuntukkan 30 juta ringgit bagi tempoh tiga tahun.

Tuan Yang Dipertua,

173. Seperti saban tahun, saya sebutkan bahawa, Malaysia yang terbina seutuh ini, tidak lain dan tidak bukan, hasil mahsul kerja keras Kerajaan Barisan Nasional, selama berdekad-dekad yang disokong oleh rakyat. Tidak seperti pihak pembangkang yang sibuk merebut kuasa sesama sendiri, berkemelut dalam parti, sehingga pihak istana pun menjadi murka.

Tuan Yang Dipertua,

174. Alhamdulillah... Alhamdulillah..., di celah-celah pelbagai dugaan ini, Malaysia melangkah gagah dengan banyak catatan pencapaian di peringkat global, antaranya:

Pertama: Memperbaiki kedudukan dalam Laporan World Competitiveness Index 2014, menduduki tangga ke-12 daripada tangga ke-15 pada tahun sebelumnya. Kedudukan tersebut menunjukkan kita lebih kompetitif berbanding United Kingdom, Australia dan Finland;

Kedua: Menduduki tangga ke-3 terbaik daripada 22 buah negara bagi penilaian Best Emerging Markets yang dikeluarkan oleh Bloomberg; dan

Ketiga: Menduduki tangga ke-6 daripada 189 buah negara, dalam Laporan Ease of Doing Bussiness oleh Bank Dunia, di mana kita menduduki tangga pertama dalam aspek mendapatkan kemudahan pembiayaan.

175. Berhubung ini, menurut hadis, bersyukur kepada TUhan, bererti juga, berterima kasih sesama manusia.

Penambahbaikan Perkhidmatan Awam

176. Maka demikian, jika pada bajet yang lalu, saya telah mengumumkan penambahbaikan 81 skim perkhidmatan awam. Dalam bajet kali ini, Kerajaan akan menambahbaik lagi 252 skim perkhidmatan sedia ada, untuk meningkatkan keberkesanan sistem penyampaian perkhidmatan awam.

177. Di samping itu, bagi menghargai khidmat pegawai dan kakitangan kontrak KEMAS, JASA, JPNIN, JAKIM dan Seranta FELDA yang telah berkhidmat melebihi 15 tahun dan telah tamat perkhidmatan kontrak mengikut umur persaraan wajib, Kerajaan bersetuju memberikan bantuan bulanan sebanyak 300 ringgit seorang. Inisiatif ini akan memanfaatkan 1,655 individu.

Tuan Yang Dipertua,

Perumahan kepada Penjawat Awam

178. Sebetulnya, Kerajaan prihatin terhadap kesukaran penjawat awam untuk mendapat pembiayaan memiliki rumah. Oieh itu, saya mengumumkan had kelayakan minimum pinjaman perumahan dinaikkan daripada kadar 80 ribu ringgit, kepada 120 ribu ringgit dan bagi had kelayakan maksimum, dinaikkan daripada 450 ribu ringgit kepada 600 ribu ringgit. Serentak itu, wang pemprosesan permohonan pinjaman perumahan sebanyak 100 ringgit kita mansuhkan. Kedua-dua cadangan ini, berkuatkuasa pada 1 Januari 2015.

179. Bertolak dari sini, Kerajaan juga komited. untuk terus meningkatkan pembinaan Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia atau PPA1M. Pada masa ini, sebanyak 10,639 unit rumah telah diluluskan untuk pembinaan. Pada tahun 2015, bagi membolehkan lebih ramai penjawat awam memiliki rumah, Kerajaan bersetuju untuk membina 5,380 unit rumah lagi, iaitu di Putrajaya 1,600 unit; di Bukit Jalil 1,530 unit; di Papar, Sabah 1,290 unit dan di Bukit Pinang, Kedah 960 unit. Di samping itu, Kerajaan juga menambah baik PPA1M seperti berikut:

Pertama: Menurunkan harga minimum rumah PPA1M yang kini berharga 150 ribu kepada 90 ribu ringgit seunit dengan keluasan lantai minimum 850 kaki persegi;

Kedua: Menaikkan syarat kelayakan pendapatan isi rumah daripada 8;'000 ringgit kepada 10,000 ringgit; dan

Ketiga: Menyediakan dana mudah cara sehingga 25 peratus daripada kos projek kepada pemaju yang menyertai skim PPA1M.

180. Laginya, keadaan rumah yang baik dan selesa didiami akan meningkatkan produktiviti penjawat awam. Untuk itu, Kerajaan menyediakan 500 juta ringgit untuk membaik pulih dan menyelenggara secara berperingkat kuarters tentera, polis, guru dan kakitangan kesihatan di seluruh negara. Sebanyak 105 juta ringgit diperuntukkan kepada Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan untuk penyelenggaraan kuarters Kerajaan, di bawah Program MyBeautiful Malaysia yang melibatkan 126 lokasi.

Tuan Yang Dipertua,

Bantuan Rakyat 1Malaysia

181. Dengan mengambil kira peningkatan hasil GST dan kemampuan fiskal Kerajaan, kita tingkatkan pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia atau SR1M daripada 650 ringgit kepada 950 ringgit. Ini, untuk isi rumah berpendapatan bulanan tiga ribu ringgit ke bawah. Bantuan ini akan dibayar sebanyak tiga kali setahun, iaitu 300 ringgit akan dibayar pada Januari dan Mei, manakala bakinya sebanyak 350 ringgit akan dibayar mulai September 2015.

182. Seterusnya, bagi isi rumah berpendapatan bulanan antara tiga ribu hingga empat ribu ringgit, Kerajaan akan meningkatkan nilai SRi M daripada 450 ringgit kepada 750 ringgit. Bantuan ini akan dibayar sebanyak tiga kali setahun juga, iaitu 200 ringgit akan dibayar pada Januari dan Mei, manakala bakinya sebanyak 350 ringgit akan dibayar mulai September 2015.

183. Bagi kategori individu bujang berumur 21 tahun ke atas dan berpendapatan . tidak melebihi dua ribu ringgit sebulan, Kerajaan akan meningkatkan nilai SRi M daripada 300 ringgit kepada 350 ringgit. Bayaran bantuan ini akan dibuat sekali gus mulai awal tahun hadapan.

Tuan Yang Dipertua,

184. Kerajaan juga akan menggantikan insurans takaful berkelompok atau i-SRiM yang telah diperkenalkan sebelum ini dengan Skim Khairat Kematian. Skim ini akan memberi manfaat kepada waris penerima BR1M dengan bantuan 1,000 ringgit yang akan berkuat kuasa selama setahun.

Tuan Yang Dipertua,

Menghargai Sumbangan Ahli Parlimen

185. Kita sedar bahawa, tanggungjawab seorang Ahli Parlimen begitu besar dan bermakna pada kamuniti dan masyarakat setempat. Ahli-ahrl Parlimen adalah ketua yang perlu memimpin masyarakat setempat dari semua aspek termasuk kebajikan, keagamaan, sosial dan pendidikan.

186. Dengan kata lain, khidmat Ahli Parlimen sebagai wakil atau pemimpin di kawasan parlimen masing-masing adalah mendesak tidak kira waktu. Bagi mencerminkan tahap tanggungjawab dan kepimpinan ini, sukacita saya mencadangkan agar elaun Ahli-Ahli Parlimen dinaikkan seperti berikut:

• Ahli Dewan Rakyat elaunnya dinaikkan daripada bersamaan gred 54 kepada bersamaan gred Jusa C bersesuaian dengan peranan kepimpinannya; dan
• Ahli Dewan Negara elaunnya dinaikkan daripada bersamaan gred 48 kepada bersamaan antara gred 54 dan Jusa C,

187. Cadangan ini juga akan melibatkan kenaikan gaji dan elaun Yang Di Pertua Dewan Rakyat dan Yang Di Pertua Dewan Negara serta Timbalan Yang Di Pertua Dewan Rakyat dan Timbalan Yang Di Pertua Dewan Negara sewajarnya, berkuatkuasa 1 Januari 2015.

Tuan Yang Dipertua,

188. Walau bagaimanapun...., walau bagaimanapun..., mohon bertenang...., mohon bertenang ... , Kerajaan telah mengambil keputusan supaya, semakan kenaikan gaji bagi anggota pentadbiran dikaji serta ditangguhkan keputusannya sehingga satu masa yang bersesuaian. Ini termasuklah Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, Menteri-Menteri Kabinet dan Timbalan-Timbalan Menteri.

Tuan Yang Dipertua,

Menghargai Sumbangan Penjawat Awam

189. Sebagai penutup, seperti biasalah..., seperti biasalah..., buah yang ranum, sudah pun mahu gugur. Makanya, sukacita saya mengumumkan, pemberian bonus sebanyak setengah bulan gaji kepada penjawat awam dengan bayaran minimum 500 ringgit. Pemberian bonus ini akan dibayar pada bulan Januari 2015. Kepada pesara Kerajaan pula, bayaran bantuan khas diberi sebanyak 250 ringgit.

190. Saya berharap, pemberian ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban kenaikan kos sara hidup dan menjaga kebajikan para penjawat awam, terutamanya kepada keluarga untuk persediaan musim awal persekolahan nanti

Penutup

Tuan Yang Dipertua, Ahli-Ahli Yang Berhormat serta Seluruh Rakyat Yang Sedang Menonton dan Mendengar Bajet ini,

191. Semoga Allah membentang seluas-Iuas rezeki dan mempermudahkan selurus-Iurus jalan bagi pelaksanaan bajet Ekonomi Keperluan Rakyat yang digubah ini.

192. Marilah berdoa dan berharap, apabila kejayaan mula menyentuh, mudah¬mudahan bahagia mendatangi. KepadaMu Tuhan, Ya lIahi Ya Rabbi, kami meminta selamatkan tanah air ini daripada mara bahaya. Rahmatilah roh serta jasad pertiwi terkasih ini, buat selamanya-Iamanya.

Tuan Yang Dipertua,

Saya mohon mencadangkan.