Universiti Malaysia Kelantan (UMK) sedang giat menjalankan proses pemindahan pelajar sejak petang tadi.

Menurut Naib Canselor UMK Prof Datuk Dr Raduan Che Rose ketika dihubungi pihak Astro AWANI, seramai 1,500 pelajar telah dipindahkan dari kampus Pengkalan Chepa ke kampus Bachok.

Tambahnya, proses pemindahan berjalan dengan lancar.

Beliau turut berkata pelajar berkenaan sedang menunggu peperiksaan akhir namun ia terpaksa ditunda kepada tarikh yang akan diumumkan kelak.


BERITA LANJUT MENYUSUL