Etiqa Insurance & Takaful Berhad (Etiqa) bercadang membina rumah bagi menempatkan mangsa yang kehilangan kediaman akibat banjir dengan peruntukan antara RM6 juta dan RM7 juta.
Timbalan presidennya Ahmad Nasaruddin Hamzah berkata sebanyak 75 peratus daripada peruntukan itu akan digunakan untuk pembinaan rumah di Kelantan manakala bakinya di Pahang.
"Langkah itu sebagai usaha untuk membantu kerajaan menyelesaikan masalah penempatan semula mangsa banjir yang kehilangan harta benda dan rumah akibat bencana banjir bulan lepas," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan kepada penduduk yang terjejas banjir di beberapa kampung di
Pulai Chondong di sini, malam tadi.
Ahmad Nasaruddin berkata pihaknya akan menggunakan konsep reka bentuk dan kos yang ditetapkan oleh kerajaan pusat bagi pembinaan setiap rumah berkenaan.
Beliau berkata bagi penduduk yang hilang punca pendapatan akibat banjir, pihaknya akan menggalakan mereka berniaga secara kecil-kecilan.
Pada majlis itu, beliau menyampaikan bantuan antaranya tong gas, dapur, kain telekung, kain pelikat, sejadah dan tuala kepada 280 penduduk.
Bernama
Sun Jan 18 2015
Ahmad Nasaruddin berkata pihaknya akan menggunakan konsep reka bentuk dan kos yang ditetapkan oleh kerajaan pusat bagi pembinaan setiap rumah berkenaan.
Budak perempuan 7 tahun maut dua kenderaan bertembung
Seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun maut dalam kemalangan jalan raya membabitkan dua kenderaan di Jalan Persiaran Indah Utama, Bukit Indah, Iskandar Puteri, Johor pada Sabtu.
Kerajaan dan Tabung Haji utamakan keselamatan jemaah haji
Mohd Na'im menjelaskan, kerajaan Arab Saudi juga berusaha memastikan urusan menunaikan rukan Islam kelima berjalan lancar.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 20 April 2024.
10 Berita Pilihan - (20 April 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini
Tumpuan Ahad - 21 April 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Lebih 300 tahanan asing dihantar pulang
Kerajaan Chile menghantar pulang 53 pendatang asing atas pelbagai kesalahan sebagai sebahagian daripada program pengusiran dengan penerbangan khas oleh Tentera Udara Chile.
Seorang tentera Iraq terkorban, lapan lagi cedera
Seorang tentera Iraq terkorban manakala 11 yang lain cedera selepas Pangkalan Tentera di tengah Baghdad menjadi sasaran bom pada Jumaat malam.
Tujuh lemas bot terbalik di Odisha, India
Tujuh mangsa bot terbalik di Sungai Mahanadi, Odisha ditemukan pasukan penyelamat pada hari kedua misi mencari dan menyelamat.
Lelaki bakar diri di luar mahkamah meninggal dunia
Seorang lelaki yang bertindak membakar dirinya di luar mahkamah New York, Amerika Syarikat (AS) di mana perbicaraan bekas Presiden AS, Donald Trump, sedang berlangsung dilaporkan meninggal dunia.
Ketegangan selesai jika iktiraf Palestin sebagai negara
Ketegangan antara Israel dan Iran, serta konflik lain di rantau itu tidak akan diselesaikan melainkan pengiktirafan palestin sebagai sebuah negara.
Etiqa bina rumah bagi mangsa banjir yang hilang kediaman
Etiqa bercadang membina rumah bagi menempatkan mangsa yang kehilangan kediaman akibat banjir dengan peruntukan antara RM6 juta dan RM7 juta.