Jumlah mangsa banjir di Sarawak meningkat kepada 1,217 orang daripada 264 keluarga setakat jam 4 petang hari ini berbanding 910 orang pagi tadi.

Kesemua mangsa ditempatkan di lima buah pusat pemindahan banjir iaitu di Sibu, Betong and Mukah.

Jurucakap Majlis Keselamatan Negara (MKN) Sarawak berkata Sibu mencatatkan jumlah mangsa tertinggi iaitu seramai 995 orang daripada 218 keluarga.

Mereka ditempatkan di dua pusat pemindahan iaitu di SJK Thong Ah Sibu dan Rumah Watson Selangau.

Di Betong pula, seramai 172 mangsa banjir daripada 27 keluarga ditempatkan di Dewan Panglima Rentap Betong dan Klinik Kesihatan Nanga Budu Saratok.

Di Mukah seramai 50 orang daripada 19 keluarga telah ditempatkan di SK Baoh Ulu Dalat.