Jumlah mangsa banjir di Sarawak meningkat kepada 38 orang pagi ini berikutan hujan lebat dengan Bintulu mencatat pertambahan sepuluh mangsa yang ditempatkan di pusat pemindahan, setakat 8.30 pagi ini.

Bercakap kepada Bernama, Pegawai Pentadbiran Kanan sub-daerah Bakong Albania Linus Lukong berkata penambahan 10 mangsa daripada dua keluarga ini menyebabkan sebuah pusat pemindahan baharu dibuka di Dewan Orang Ramai Bakong.

Sementara itu, jurucakap Majlis Keselamatan Negara Sarawak berkata 28 mangsa daripada lapan keluarga kini ditempatkan di pusat pemindahan di Bintulu.