Banjir teruk yang melanda negeri Pantai Timur bukan sahaja mengakibatkan kemusnahan dan kehilangan harta benda malah ia turut dihantui tekanan perasaan dan trauma kepada mangsa, petugas kesihatan dan sukarelawan terlibat.
Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Noor Hisham Abdullah berkata Kementerian Kesihatan (KKM) melalui Pusat Kesiapsiagaan dan Tindakan Krisis Kebangsaan (CPRC) telah mengaktifkan Pasukan Kesihatan Mental dan Respons Psikososial untuk membantu memberikan khidmat.
Menurut beliau operasi Perkhidmatan Kesihatan Mental dan Respons Psikososial telah diaktifkan di negeri terlibat banjir sejak 21 Dis dan sebanyak 29 pasukan Kesihatan Mental dan Respons Psikososial terdiri daripada 150 anggota telah digerakkan ke lapangan bagi memberikan perkhidmatan.
"Sehingga 1 Jan, sebanyak 779 individu (660 mangsa banjir, 119 petugas kesihatan termasuk sukarelawan) telah menerima sokongan psikososial.
"Di samping itu juga, sebanyak 267 kaunseling individu dan 333 kaunseling berkelompok telah dilaksanakan," katanya dalam kenyataan di sini semalam.
Sepanjang perkhidmatan dilaksanakan, Dr Noor Hisham berkata kebanyakan mangsa didapati mengalami gejala seperti terkejut, tekanan perasaan akibat kehilangan dan kerosakan harta benda, kerisauan ketidaktentuan masa depan, kesedihan, kekecewaan, perasaan menyalahkan diri sendiri dan perasaan terasing dari dunia luar.
Selain itu, beliau berkata mangsa juga mengalami gejala fizikal seperti keletihan, kejang otot, lapar dan gangguan tidur.
"Hasil pemerhatian KKM, kami dapati terdapat juga anggota penyelamat atau sukarelawan yang pulang dari misi bantuan turut mengalami gangguan emosi di atas kemusnahan yang berlaku dan kesukaran yang dihadapi oleh mangsa banjir," katanya.
Beliau berkata antara perkhidmatan psikososial yang diberikan termasuk pertolongan cemas psikologi, kaunseling sokongan, terapi individu, terapi berkumpulan, aktiviti berkumpulan yang melibatkan kanak-kanak dan remaja seperti terapi melukis, mewarna, wooden block.
Katanya, KKM juga melaksanakan talimat pertolongan cemas psikologi dan persediaan kesihatan mental secara berkala kepada semua petugas perubatan yang terlibat dalam misi menangani banjir sebelum mereka dimobilisasikan ke kawasan terlibat.
"Ini bagi memastikan semua petugas berada dalam tahap kesihatan mental yang optimum untuk tugasan dalam keadaan krisis," katanya.
Bernama
Mon Jan 05 2015
KP Kesihatan: Mangsa, petugas dan sukarelawan banjir alami trauma - Gambar fail
FAM mahu persatuan, kelab belia kreatif lahirkan pemain berkualiti
Negara tidak seharusnya terlalu bergantung kepada bakat di sekolah sukan atau Akademi Mokhtar Dahari dalam melahirkan bintang bola sepak.
Manja Man pengendali baharu Kelantan FC
Bekas pemain pertahanan itu yakin Kelantan memiliki bakat muda yang mampu dibentuk menjadi pemain bernilai bagi pasukan kembali digeruni.
10 peratus daripada 1,900 premis di Selangor tidak patuhi piawaian FC
Selain tidak melaksanakan latihan kebakaran, premis berkenaan juga didapati tidak akur dari segi piawaian pengubahsuaian bangunan.
IMF semak naik unjuran KDNK Malaysia kepada 4.4 peratus bagi 2024
IMF menerusi Tinjauan Ekonomi Dunia terbaharunya juga menjangkakan pertumbuhan KDNK kekal pada 4.4 peratus dalam 2025.
Lelaki ditemui mati dengan 10 tetakan, seorang dicekup
Mangsa yang berbangsa Kayan, berusia 57 tahun, disyaki diserang menggunakan objek tajam.
Parti politik India perhebat dekati pengundi, bagi pusingan pertama pilihan raya kebangsaan
Modi berkata kerajaannya terus berusaha untuk pembangunan ekonomi wilayah timur laut itu.
Piala Asia B-23: Kesilapan individu hukum Harimau Muda berdepan Uzbekistan
Skuad negara ketinggalan di awal permainan berpunca kesilapan Muhamad Syahir Bashah yang menjatuhkan Ruslanbek Jiyanov dalam kotak penalti.
Pindah kerja atau kekal, gaji bukan sebab utama bagi pekerja Malaysia - Kaji selidik
Keinginan untuk mencari cabaran baharu sebagai sebab utama mengapa mereka memilih untuk berpindah tempat kerja di seluruh Asia.
Risiko konflik jejaskan jumlah kapal, pelayaran lebih lama pada separuh tahun pertama
Laluan Tanjung Harapan di Afrika menokok 4,000 batu kepada jarak pelayaran dan tambahan dua minggu masa transit.
Trafik internet Malaysia meningkat enam peratus pada suku pertama 2024 - Cloudflare
Malaysia catat peningkatan trafik internet keseluruhan sebanyak enam peratus pada suku pertama 2024 daripada suku keempat 2023.
Semua pihak diminta siap siaga, segera salurkan bantuan mangsa banjir - Ab Rauf
Wakil rakyat dan agensi berkaitan termasuk pihak berkuasa tempatan diarahkan supaya siap siaga dan menyalurkan bantuan awal kepada semua mangsa yang terjejas akibat banjir terutama di Alor Gajah.
Hujan paling lebat di UAE: Rangkaian lebuh raya, lapangan terbang Dubai dilanda banjir
Kebanyakan sekolah di seluruh UAE ditutup manakala pekerja pejabat diarahkan supaya bekerja dari rumah.
UAE alami hujan paling lebat dalam tempoh 75 tahun
Dalam peristiwa cuaca bersejarah, Emiriah Arab Bersatu (UAE) menyaksikan taburan hujan paling lebat direkodkan dalam tempoh 24 jam lepas, lapor Agensi Berita Emirates (WAM).
Banjir Dubai: Lapangan Terbang Antarabangsa 'lumpuh' 25 minit, 45 penerbangan dibatalkan
Ribut luar biasa menyebabkan operasi di DXB tergendala selama 25 minit dengan 21 penerbangan keluar dan 24 penerbangan masuk dibatalkan.
Satu PPS di Alor Gajah dibuka, tempatkan 51 mangsa banjir
Mangsa terdiri daripada 13 keluarga dari sembilan kampung di daerah Alor Gajah, ditempatkan di Balai Raya Balik Balai.
Pusat khidmat bantuan Sungai Buloh diarah bantu mangsa terjejas banjir - Ramanan
Sebaik mendapat maklumat berkaitan kejadian itu, Ramanan segera membuat lawatan serta meninjau keadaan semasa di kawasan terjejas.
Beberapa kawasan di Seremban, Rembau dilanda banjir kilat
Setakat ini tiada pusat pemindahan sementara dibuka bagi menempatkan mangsa terjejas.
Beberapa kawasan di Subang, Sungai Buloh dilanda banjir
Hujan lebat yang melanda negeri ini petang tadi menyebabkan beberapa kawasan di Subang dan Sungai Buloh dinaiki air.
15 kedai, stesen minyak di Pekan Kota dilanda banjir kilat
Hujan lebat kira-kira jam 6 petang itu berlarutan sehingga satu jam menyebabkan limpahan air mencecah setengah meter.
Tiga PPS dibuka di Melaka tempatkan 122 mangsa setakat 8 pagi
Satu PPS dibuka di daerah Melaka Tengah iaitu di Japerun Ayer Keroh pada 11 malam tadi yang menempatkan 12 mangsa daripada dua keluarga.