1Malaysia Development Berhad telah menerima permohonan untuk timbang tara bertarikh 13 Jun daripada International Petroleum Investment Company dan Aabar Investments PJS.

Timbang tara ini berkaitan pertikaian dengan IPIC.

Tambah 1MDB, ia yakin dengan kedudukannya dalam undang undang.

1MDB telah melantik Weil Gotshal & Manges untuk mewakilinya dalam pertikaian berkenaan.

"Weil Gotshal adalah firma guaman terkemuka di peringkat global dengan kepakaran termasuk dalam litigasi antarabangsa," kata syarikat itu.

1MDB berkata ia hari ini menerima RFA bertarikh 13 Jun, 2016 oleh pihak IPIC dan Aabar Investments PJS (Aabar) membabitkan pertikaiannya dengan IPIC.