DARIPADA 230,000 jumlah siswazah yang dilahirkan Malaysia setiap tahun, kira-kira 50,000 siswazah akan menganggur enam bulan selepas menamatkan pengajian
Lebih kurang 50,000 lagi akan dijangka diberhentikan kerja tahun ini.
Ini bermakna, setiap individu yang sedang mencari pekerjaan atau mencari peluang pekerjaan yang lebih baik perlu menggunakan semua kesempatan untuk meningkatkan kebolehpasaran masing-masing.
Laman rangkaian sosial LinkedIn menerusi satu kenyataan media berkongsi lima kaedah yang boleh meningkatkan kebolehpasaran anda.
1. Memastikan bakal majikan menyedari kewujudan anda di laman web
Anda perlu memastikan profil LinkedIn anda diisi lengkap dengan maklumat yang boleh menonjolkan kebolehan anda kepada majikan.
Jika anda menganggap diri anda seorang pakar dalam bidang tertentu maka anda boleh menyenaraikan kemahiran yang anda miliki sepanjang pengalaman anda bekerja.
2. Menonjolkan karakter diri
Cara penulisan anda boleh menunjukkan karakter diri anda. Maka adalah penting untuk memastikan penulisan anda bernada profesional ketika bercerita tentang pencapaian anda.
Anda boleh menulis dengan gaya penulisan anda sendiri kerana itu merupakan sisi lain untuk menunjukkan karakter diri anda.
3. Kreatif
Jangan hanya mengaku diri anda seorang yang kreatif, sebaliknya tonjolkan sisi kreatif diri anda melalui video, hasil pembentangan, kerja reka bentuk dan projek yang pernah anda lakukan sepanjang karier anda.
Ada mempunyai lima hingga 10 saat sahaja untuk menonjolkan diri dan buatkan bakal majikan anda kagum.
4. Aktif
Menulis profil diri di LinkedIn sebenarnya masih belum mencukupi. Anda perlu menjadi lebih proaktif! Anda boleh mulakan dengan mengikuti akaun syarikat yang memberi inspirasi kepada anda, menambah kenalan baru dan menyertai perbincangan mengenai kerja dan industri yang anda minat untuk ceburi.
Ini akan menunjukkan kepada perekrut pekerjaan bahawa anda seorang yang aktif dan sentiasa mengetahui setiap apa yang berlaku di dalam industri.
5. Suarakan pendapat anda
Jika anda seorang yang pakar dalam sesuatu bidang, anda boleh bercakap tentangnya dan menerbitkan pandangan anda di LinkedIn. Ini akan menunjukkan anda seorang yang berpengetahuan luas mengenai setiap perubahan yang berlaku di dalam industri.
Wafa Aula
Tue Jan 30 2018
LinkedIn ialah rangkaian media sosial yang menghubungkan golongan profesional di seluruh dunia. Ia kini mempunyai 500 juta pengguna dengan matlamat mewujudkan peluang ekonomi bagi setiap penggunanya.
Kekejaman zionis: Gaza lepasi ambang kebuluran enam minggu akan datang - WFP
Semenanjung Gaza bakal melepasi ambang kebuluran iaitu ketidakamanan makanan, kekurangan zat makanan dan kematian.
Kekejaman zionis: Halalkan penempatan haram di Tebing Barat berbahaya - A.S
Membenarkan penempatan haram di Tebing Barat akan menjadi tindakan berbahaya dan melulu.
JDT lancar jersi baharu bagi musim 2024
Jersi berwarna biru dan merah untuk beraksi di gelanggang keramat mereka manakala jersi berwarna putih untuk perlawanan di gelanggang lawan.
Kekejaman zionis: Israel langgar undang-undang antarabangsa - Badan pemantau
Sebuah kumpulan pemerhati dan pemantau berkata, Israel telah melanggar undang-undang antarabangsa dan hak asasi manusia di Gaza.
[LAPOR LANGSUNG] Gaza Freedom Flotilla: Cucu Nelson Mandela antara peserta misi bantuan
Penyertaannya dalam misi ini bagi sama-sama menyokong misi memecah sekatan rejim Israel bagi membolehkan penghantaran bantuan ke Gaza.
MYIPO sedia jaringan perlindungan, ayuh daftar sekarang
Tahap kesedaran masyarakat terutama komuniti industri perniagaan tempatan dalam mendaftar harta intelek masih rendah. Ketua Pengarah Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO), Kamal Kormin, pendaftaran dibuat melalui perbadanan ini membolehkan syarikat serta pemilik entiti perniagaan mendapat jaringan keselamatan terutama dari segi perlindungan hak cipta serta pelbagai faedah lain.
Anugerah Media Digital Asia 2024 iktiraf agensi berita gunakan strategi media digital
Ia menerima 136 penyertaan tahun ini daripada pelbagai agensi berita serta media di rantau Asia termasuk Malaysia, Singapura, Indonesia.
Lapan mangsa tragedi selamat dikebumikan
Kesedihan ahli keluarga dan waris mengiringi perjalanan terakhir mangsa tragedi helikopter terhempas di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut, Perak di beberapa lokasi pengebumian di seluruh negara pada malam Rabu.
JKM bantu kaunseling keluarga mangsa nahas helikopter Lumut
Salbiah berkata pihak JKM telah melawat tiga keluarga mangsa dari Perak iaitu di Selama, Lekir dan Sitiawan.
Freedom Flotilla to Gaza: Cucu Nelson Mandela antara peserta misi bantuan
Penyertaannya dalam misi ini bagi sama-sama menyokong misi memecah sekatan rejim Israel bagi membolehkan penghantaran bantuan ke Gaza.
Duta Besar cerita cabaran proses repatriasi rakyat Malaysia dari Arab Saudi
Sebanyak 11 penerbangan khas membawa pulang rakyat Malaysia dari Arab Saudi ketika pandemik COVID-19 melanda dunia sejak Mei lalu.