Platform e-dagang, Shopee mengumumkan Pakej Sokongan Peniaga berjumlah RM15 juta untuk 70,000 perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang terjejas berikutan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Pengarah Urusan Serantau Shopee Ian Ho berkata pakej tersebut untuk menyokong semua peniaganya dengan mewujudkan peluang jualan dan pertumbuhan, mengurangkan kos operasi dan memudahkan pembangunan mampan melalui pembiayaan, subsidi dan pendidikan.
"Pakej itu untuk mewujudkan impak jangka panjang yang positif, walaupun selepas PKP dan kami berharap usaha ini akan membantu PKS tempatan menampung kehilangan pendapatan di luar talian, meningkatkan aliran tunai dan paling penting, mengekalkan perniagaan mereka.
"Selain itu, menjadi harapan kami bahawa pakej ini akan memberi jaminan kepada rakyat Malaysia bahawa kita bersama dalam perkara ini, terutamanya mereka yang akan meraikan Hari Raya tidak lama lagi," kata Ian.
Beliau berkata pakej itu mengetengahkan masalah yang dihadapi oleh perniagaan susulan perbincangan antara Shopee dan persatuan runcit, dewan perniagaan dan pemilik perniagaan.
"Antara yang telah dikenal pasti ialah PKS yang mencari jualan baharu seperti e-dagang tetapi tidak mengetahui mengenainya, serta jumlah peniaga dalam talian sedia ada yang tinggi yang bergelut dengan kenaikan kos dan kehilangan pendapatan yang ketara daripada jumlah jualan yang rendah," katanya.
Pakej Sokongan Peniaga Shopee dibuka untuk permohonan bermula 13 April hingga 31 Mei, 2020 dan ia mempunyai pelbagai manfaat untuk peniaga tempatan.
Manfaat itu termasuklah subsidi ke atas fi peniaga, sokongan jualan peniaga, pakej pendigitalan, semua manfaat peniaga yang sedia ada dan kursus percuma Shopee University.
Maklumat lanjut mengenai Pakej Sokongan Peniaga Shopee, boleh layari: http://shopee.com.my/supportpackage.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Apr 13 2020
Pakej Sokongan Peniaga Shopee dibuka untuk permohonan bermula 13 April hingga 31 Mei, 2020 dan ia mempunyai pelbagai manfaat untuk peniaga tempatan.
Malaysia rangka Pelan Strategik Semikonduktor
Satu pelan strategik semikonduktor akan dirangka secara menyeluruh bagi memastikan Malaysia terus kekal sebagai destinasi pelaburan bagi industri strategik itu.
Kelewatan pembinaan kolam selam tempur: Subkontraktor gagal laksana kerja pendawaian
Susulan itu, proses untuk melantik subkontraktor baharu sedang dilaksanakan JKR melalui proses tender terbuka, bagi meneruskan kerja-kerja tersebut.
Mangsa selesai jalani pembedahan, mungkin perlu jalani dialisis
Pengawal peribadi yang cedera ditembak dalam kejadian di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Muhammad Nur Hadith Zaini selesai menjalani pembedahan usus jam 4.30 petang di Hospital Cyberjaya, pada Selasa.
[INFOGRAFIK] Bas elektrik rentas sempadan pertama antara Malaysia-Singapura
Bas Elektrik rentas sempadan pertama antara Malaysia-Singapura melalui tambak Johor di Iskandar Puteri, Johor
Handal Indah menjadi pemegang rekod Malaysia Book Of Records sebagai perkhidmatan bas elektrik rentas sempadan pertama negara
Mempunyai infrastruktur pengecasan sendiri
Handal Indah menjadi pemegang rekod Malaysia Book Of Records sebagai perkhidmatan bas elektrik rentas sempadan pertama negara
Mempunyai infrastruktur pengecasan sendiri
Johor cadang pelaksanaan ART bertingkat atasi kesesakan
Johor mencadangkan pelaksanaan projek sistem Aliran Transit Automasi (ART) bertingkat bertujuan mengatasi kesesakan di pusat bandar yang semakin kritikal.
Malaysia perlu peruntukan sehingga RM90 bilion biayai projek tenaga kritikal 10 tahun akan datang
Malaysia memerlukan peruntukan sebanyak RM60 bilion hingga RM90 bilion untuk membiayai projek kritikal melibatkan peralihan tenaga dalam tempoh 10 tahun akan datang.
Syed Mokhtar dahului senarai hartawan Melayu terkaya Malaysia
Nilai kekayaan kolektif 50 hartawan dalam Senarai Orang Paling Kaya Forbes Malaysia 2024 meningkat sebanyak dua peratus kepada AS$83.4 bilion.
Insiden tembak KLIA: Pengawal peribadi selesai jalani pembedahan, mungkin perlu dialisis sementara
Pengawal peribadi yang cedera ditembak dalam kejadian di Lapangan Terbang Antrabangsa Kuala Lumpur, Muhammad Nur Hadith Zaini selesai menjalani pembedahan usus jam 4.30 petang.
AWANI Borneo [16/04/2024] – Konflik Iran-Israel | Pembiayaan awal | Jana pelaburan
AWANI Borneo Isnin, 16 April 2025 bersama Assim Iskandar.
Keselamatan anak-anak Sabah di Asia Narat dipantau rapat.
Sarawak biayai pusat kanser, dibayar balik pusat.
Pelabuhan laut dalam Kuala Baram galak pelaburan ke Miri
Keselamatan anak-anak Sabah di Asia Narat dipantau rapat.
Sarawak biayai pusat kanser, dibayar balik pusat.
Pelabuhan laut dalam Kuala Baram galak pelaburan ke Miri
Pengendali senjata api filem Rust dipenjara 18 bulan
PENGENDALI senjata api untuk filem bajet, Rust, Hannah Gutierrez-Reed dihukum penjara 18 bulan pada Isnin berhubung insiden kematian ahli sinematografi, selepas ditembak aktor, Alec Baldwin.
'Selfish!' - Fasha Sandha sedih raya di Perlis tak jadi gara-gara dijangkiti COVID-19
Fasha berkata dia mula melakukan pemeriksaan COVID-19 selepas berasa tidak sihat badan dan mengalami bersin tidak henti sejak Raya pertama.
Kes COVID-19 catat penurunan ketara pada ME 14/2024 - KKM
Jumlah kes COVID-19 menurun 97.1 peratus kepada 493 kes pada Minggu Epidemiologi ke-14 (ME 14/2024) iaitu bagi tempoh 31 Mac hingga 6 April lepas berbanding 17,256 kes pada ME 1/2024.
China jadikan pengalaman pencegahan COVID-19 untuk hadapi pandemik masa depan
China akan menjadikan pengalaman dalam pencegahan dan kawalan COVID-19 untuk membuat persediaan yang lebih proaktif untuk menghadapi pandemik masa depan seperti "Penyakit X".
Negara berdepan ketirisan subsidi diesel serius - Amir Hamzah
Negara kini sedang berdepan isu ketirisan subsidi diesel yang serius dan wujud kemungkinan terdapat pihak yang tidak layak masih menikmati subsidi itu, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah.
Kematian akibat kemalangan jalan raya lebih tinggi daripada COVID-19 - Anthony Loke
PDRM akan mengeluarkan data mengenai kemalangan jalan raya pada setiap hari, bukan setahun sekali seperti diamalkan sebelum ini.
Ismail Sabri ziarah lapan beradik yatim piatu akibat COVID-19
Ismail Sabri tiba kira-kira jam 2 petang di kediaman lapan beradik itu di Taman Adenium, Bukit Beruntung pada Selasa.
Teori konspirasi 'Penyakit X'
Ahli teori konspirasi AS sekali lagi membuat 'keuntungan' selepas PBB memberi amaran tentang wabak lebih berbahaya iaitu 'Penyakit X'.
Reformasi dasar, kukuhkan perlindungan, produktiviti pekerja tidak formal
Reformasi dasar perlu dilakukan dalam usaha meningkatkan perlindungan dan produktiviti pekerja tidak formal di Malaysia.
Lebuh raya perlu ada sistem pemberitahuan Smart Lane lebih berkesan - Ahmad Maslan
Semua lebuh raya perlu mewujudkan satu sistem pemberitahuan Smart Lane yang lebih berkesan, bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas khususnya ketika cuti perayaan.
Jepun akan mansuh bantuan awam untuk rawatan COVID-19
Kerajaan Jepun memutuskan untuk menamatkan subsidi untuk ubat-ubatan COVID-19 dan kemasukan ke hospital bulan depan, menurut media tempatan.