Kira-kira 98 peratus kakitangan Malaysian Airline System Bhd (MAS) yang ditawarkan berkhidmat dengan Malaysia Airlines Bhd (MAB), telah menerima tawaran kerja berkenaan, kata Khazanah Nasional Bhd.
Khazanah menerusi makluman berjadual keempat mengenai usaha pelan pemulihan MAS bagi tempoh, 1 Jun sehingga 31 Ogos, menjelaskan, 13,000 kakitangan itu memulakan tugas dengan MAB pada 1 September, iaitu 9,000 pekerja tetap manakala bakinya bekerja secara kontrak jangka pendek.
"Selain itu, ada seramai 2,000 kakitangan anak syarikat seperti Firefly, MASkargo dan MASwings," kata Khazanah dalam satu kenyataan hari ini.
MAB juga, kata Khazanah, telah menerima Sijil Pengendali Udara dan Lesen Perkhidmatan Udara daripada Jabatan Penerbangan Awam (DCA) dan secara rasmi memulakan hari pertama operasinya pada 1 September yang menandakan peralihan rasmi daripada MAS kepada MAB.
Peralihan itu adalah komponen utama Pelan Pemulihan 12 Perkara MAS (MRP) yang diumumkan Khazanah selaku pemilik MAS, pada 29 Ogos 2014, dalam usaha memulihkan syarikat penerbangan kebangsaan itu untuk meraih keuntungan yang berpanjangan.
"Usaha pemulihan itu terus memaparkan perkembangan dalam kesemua skop utama di bawah pelan lima tahun MRP," katanya.
Menurut syarikat pelaburan kerajaan itu, 75 peratus kakitangan MAS yang tidak menerima surat tawaran MAB, telah mendaftar dengan Pusat Pembangunan Korporat (CDC) bagi tujuan latihan serta sokongan mendapat pekerjaan.
"CDC telah mengendalikan pelbagai sesi latihan kerjaya dan turut menganjurkan program kerjaya dan temuduga bagi membantu kakitangan terbabit," katanya.
Dalam pada itu, pihak pengurusan kanan MAB terus diperkukuhkan dengan pelantikan beberapa jawatan kepemimpinan utama.
MAS juga telah menyempurnakan pemindahan aset dan liabiliti terpilih mengikut undang-undang kepada MAB, berdasarkan Akta Malaysian Airline System Bhd (Pentadbiran) 2014, kata Khazanah.
"Usaha menyeluruh bagi penyusunan semula operasi perniagaan masih dijalankan, termasuk yang melibatkan lebih 100 projek bagi memulihkan pendapatan, pengoptimuman kos serta menyediakan mekanisme bagi kemudahan usaha pemulihan ini," katanya.
Astro Awani
Wed Sep 02 2015
Menurut Khazanah Nasional, 75 peratus kakitangan MAS yang tidak menerima surat tawaran MAB, telah mendaftar dengan Pusat Pembangunan Korporat (CDC). - Gambar Fail
Nahas helikopter Lumut: Ahli keluarga menggigil terima berita kematian Sivasutan
Sivanesan berkata hatinya luluh apabila mengetahui Sivasutan pula disahkan sebagai seorang daripada mangsa yang maut dalam nahas itu.
Nahas helikopter Lumut: Adik mahu kakak dikebumi di Sarawak
Pelajar tingkatan empat itu berkata kali terakhir dia bertemu dengan kakaknya pada sambutan Hari Gawai tahun lepas.
Jualan kenderaan baharu Malaysia susut 10 peratus - MAA
Jualan kenderaan baharu Malaysia pada Mac 2024 susut 10 peratus kepada 71,052 unit, berbanding 78,881 yang didaftarkan pada bulan yang sama tahun lepas, kata Persatuan Automotif Malaysia (MAA).
Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang catat peningkatan penumpang lima peratus pada Mac 2024
Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (PEN) merekodkan pertambahan pergerakan penumpang sebanyak lima peratus, meningkat kepada 328,000 daripada 313,000 penumpang pada bulan sebelumnya.
[LAPOR LANGSUNG] Nahas helikopter Lumut: Wajah semua mangsa sudah dikeluarkan TLDM
HRPB maklumkan bedah siasat mungkin selesai pada Rabu.
FINAS taja caruman SKSPS bagi 4,500 penggiat seni selama setahun - Fahmi
FINAS akan menaja 4,500 penggiat seni tanah air di bawah SKSPS Perkeso dengan caruman RM23.30 bagi setiap orang, menjadikan jumlah keseluruhan tajaan bernilai RM104,850.
Gabungan golf dan bola sepak, footgolf sukan santai dan menyeronokkan
Footgolf menggabungkan dua sukan paling popular di dunia iaitu bola sepak dan golf, dengan kaki berfungsi sebagai kayu golf untuk menendang bola sepak saiz lima ke lubang yang ditetapkan.
Freedom Flotilla to Gaza: Misi sekali lagi ditangguhkan, dijangka berlepas pada Jumaat
Ketika ini lokasi kapal memulakan pelayaran akan ditukarkan ke satu lokasi yang akan diumumkan dalam masa terdekat.
Pihak produksi masih terima Naim Daniel jika ubah fikiran
Ketua saluran Astro Ria, Norzeha Mohd Salleh memberitahu bahawa pihak produksi masih lagi memberi ruang kepada penyanyi tersebut untuk mempertimbangkan semula tawaran yang diberikan.
The Hardest Singing Show cabar kreativiti penyanyi tempatan
Program The Hardest Singing Show mencari satu juara yang mampu menyahut cabaran kreativiti luar limitasi.