AirAsia India akan memulakan penerbangan harian dari Bengaluru ke Pune, Pune-Jaipur dan sebaliknya mulai 17 Dis, 2014.

AirAisa India ialah syarikat penerbangan pertama yang menawarkan perkhidmatan bagi laluan Pune-Jaipur.

"Berdasarkan lonjakan dalam perjalanan perniagaan dan santai, kami yakin Pune mempunyai potensi besar," kata Ketua Pegawai Eksekutifnya Mittu Chandilya, menerusi satu kenyataan.

Beliau berkata AirAsia India sudah menjalankan analisis lengkap terhadap sektor ini, yang merupakan sebahagian daripada strategi pertumbuhan bagi menyediakan pengalaman penerbangan yang mudah, selesa dan menark menerusi penerbangan terus kepada penumpang kali pertama dan mereka yang kerap terbang.

Pune, ibu negeri kebudayaan Maharashtra, merupakan lokasi beberapa sayrikat automotif dan teknologi maklumat.

Pune juga menawarkan tarikan menarik seperti Istana Aga Khan, Muzium Darshan serta Kubu Raigarh untuk pelancong.

Bagi meraikan pelancaran laluan baharu itu, AirAsia India menawarkan tambang promosi inklusif serendah Rs. 1499 (RM81.27) sehala dari Bengaluru ke Pune dan Rs.2999 (RM162.60) dari Pune ke Jaipur dan sebaliknya.