AirAsia, dengan kerjasama kerajaan Terengganu, akan menggunakan corak "Keindahan Terengganu, Malaysia" pada badan pesawat bagi mempromosikan negeri tersebut untuk selama dua tahun.
Syarikat penerbangan tambang rendah itu dalam satu kenyataan berkata produk-produk pelancongan negeri berkenaan juga akan dipomosikan pada tempat meletak bagasi, belakang tempat duduk, talam serta majalah dalam pesawat, Travel 3Sixty.
Kerjasama ini akan membawa impak yang positif kepada Terengganu kerana pesawat yang dicat dengan corak itu akan diterbangkan ke destinasi-destinasi antarabangsa.
Ketua Komersial AirAsia Bhd, Spencer Lee berkata pemasangan corak itu merupakan sebahagian daripada usaha berterusan AirAsia dengan kerajaan negeri bagi memperkenalkan keindahan dan keajaiban Terengganu merentasi Asia Pasifik.
"Tahun lepas, kami telah menerbangkan lebih 520,000 penumpang ke dalam atau ke luar Terengganu dan kami percaya bahawa corak tersebut akan menarik lebih ramai pengunjung ke negeri itu, selaras dengan misi kerajaan negeri untuk memberi keutamaan kepada industri pelancongan dalam tahun ini kerana ia secara langsung memberi keuntungan kepada perusahaan kecil dan sederhana tempatan," katanya.
Sementara itu, Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata kerjasama dengan AirAsia akan membuka jalan kepada badan-badan korporat yang lain untuk memulakan kerjasama yang serupa dengan negeri ini.
Beliau berkata Terengganu akan dibangunkan dengan tarikan khusus untuk pelancong dan pengenalan corak oleh AirAsia ini, akan meningkatkan lagi jenama "Keindahan Terengganu, Malaysia".
AirAsia membuat penerbangan dari Kuala Terengganu ke Kuala Lumpur dengan 28 penerbangan mingguan dan ke Johor Bahru dengan tiga penerbangan mingguan.
Sehingga 2017, AirAsia telah menerbangkan lebih 2.5 juta pelawat ke dalam dan ke luar negeri tersebut, dengan rakyat Malaysia, China dan Indonesia antara yang paling banyak menjadi penumpangnya ke negeri itu.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jan 10 2018
Ahmad Razif (tengah) bergambar berlatar belakangkan pesawat AirAsia dengan paparan Beautiful Terengganu Malaysia semasa menyambut penerbangan berkenaan di Lapangan Terbang Sultan Mahmud, Kuala Terengganu, 10 Jan, 2018. --fotoBERNAMA
AWANI Ringkas: Agihan RM0.67 bilion
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Bedah siasat: PSM libatkan jururunding, kontraktor padang SNBJ
Perbadanan Stadium Malaysia akan mengadakan mesyuarat 'post mortem' bersama juruperunding dan kontraktor padang Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) minggu hadapan.
Pelapor Khas PBB kumpul bukti genosid Israel diugut
Pelapor Khas PBB mendedahkan beliau menerima ugutan ketika cuba mengumpulkan bukti genosid dilakukan Israel di Genting Gaza.
Keliling kampung, ketuk buluh kejut penduduk bersahur
Pasukan gerak sahur di Teluk Bahang di sini masih mengejutkan penduduk di kawasan itu untuk bangun bersahur walaupun sudah dua minggu umat Islam berpuasa.
PADU: Kerajaan perlu lebih fokus mengenai cara untuk mempertingkatkan keyakinan - Pakar
Kerajaan perlu lebih fokus mengenai cara untuk mempertingkatkan keyakinan pengguna untuk memastikan pendaftaran sistem PADU berjaya.
7,348 kes jenayah komersial direkod hingga Mac, kerugian lebih RM770 juta
Belum sampai tiga bulan, polis sudah merekodkan 7,348 kes jenayah komersial melibatkan kerugian lebih RM770 juta.
Pihak berkuasa pelabuhan Singapura siasat insiden jambatan di Baltimore runtuh
Penguasa Maritim dan Pelabuhan Singapura akan menjalankan siasatan susulan insiden Jambatan Francis Scott Key di Baltimore, Maryland runtuh.
Kahwini warga tempatan, jadi dalang sindiket pekerja asing
Dua warga asing yang mengahwini rakyat tempatan dan menjadi dalang sindiket pekerja asing terbongkar selepas dicekup di Jalan Duta, di sini, pada Rabu.
Raja Permaisuri Agong berkenan agih bubur lambuk di Kampong Bharu
Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah hari ini berkenan berangkat ke Majlis Pengagihan Bubur Lambuk di Masjid Jamek Kampong Bharu.
Kemarau: Kerajaan Kelantan gali 100 telaga tiub bantu pesawah
Kerajaan Kelantan akan menggali 100 buah telaga tiub bagi mengatasi masalah kekurangan bekalan air yang menghantui pesawah di negeri ini akibat kemarau.
Agihan kerusi PH-BN Terengganu selesai - Ahmad
Proses agihan selesai dalam tempoh sebulan selepas tiga kali perbincangan dan keputusan telah diserahkan kepada Presiden UMNO.
PRN: Pas jangan terlalu yakin dapat tawan semua kerusi DUN Terengganu - Ahmad Razif
Bekas Menteri Besar Terengganu itu yakin rakyat akan membuat keputusan yang terbaik pada PRN nanti.
PRU15: Bertanding atau tidak, terserah kepada parti - Ahmad Razif
Beliau menyerahkan kepada pimpinan parti bagi memutuskan sama ada akan kekal bertanding di kerusi DUN atau sebaliknya.
Bekas MB Terengganu nafi sedia lepas kerusi DUN Seberang Takir
Ahmad Razif berkata beliau tidak pernah membuat kenyataan tersebut dan terkejut apabila ramai yang bertanyakan soalan mengenainya sejak malam tadi.
Hormati keputusan Jailani letak jawatan, kekalkan perpaduan - Ahmad Razif
Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata keputusan itu adalah hak peribadi Jailani tanpa sebarang paksaan.
Jailani lepas jawatan dalam parti
Beliau yang juga bekas Ahli Parlimen Hulu Terengganu (2013-2018) lepaskan semua jawatan dalam parti termasuk sebagai Ketua Umno Bahagian Hulu Terengganu yang digalasnya sejak Oktober 2013.
Samsuri akui Ahmad Razif pemimpin berjiwa besar, akan bekerjasama
Kedua-dua mereka dilihat berbual santai hampir 15 minit sebelum upacara menandatangani dokumen penyerahan tugas.
Pemuda BN hadiah replika helikopter untuk MB Terengganu
Ia dihasilkan khas untuk menteri besar sebagai tanda sokongan anak muda kepada kepimpinan BN.
Alaa...gaduh 'adik-beradik', tak ke mana
Selain itu, khabar angin mengatakan wujudnya kumpulan yang akan membuat bantahan terhadap individu bertanding pada hari penamaan calon itu juga meleset sama sekali.
Saya setia pada parti, tak jadi hal jika ada MB baharu - Ahmad Razif
Calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Seberang Takir itu berkata, sekiraya itu terjadi, sokongan penuh akan diberikan kepada menteri besar yang baharu.