Syarikat penerbangan tambang murah AirAsia hari kini kembali dengan promosi tempat duduk percuma untuk semua destinasi.

Tawaran tiga juta tempat duduk percuma yang melibatkan semua destinasi AirAsia dan AirAsia X ini dibuka untuk tempahan serta-merta mulai hari ini hingga 31 Ogos 2014.

Promosi dibuka untuk tempahan penerbangan ke pelbagai destinasi domestik dan antarabangsa daripada serendah RM229 untuk perjalanan jarak jauh bermula 1 Mac hingga 24 Oktober, 2015.

Ia boleh diakses melalui laman web www.airasia.com dan mobile.airasia.com serta di aplikasi mudah alihnya di platform iPhone, Android, dan Blackberry 10.