Syarikat penerbangan tambang rendah, AirAsia Bhd, akan menawarkan diskaun 20 peratus ke atas semua penerbangannya dari Kuala Lumpur ke India, sempena sambutan Thaipusam.

Pengguna boleh menempah penerbangan dari Kuala Lumpur ke Bangalore, Kolkata, Kochi, Chennai, Trichy dan sebaliknya, pada diskaun itu mulai 25 Jan, 2013 hingga 3 Feb, 2013.

Tempoh perjalanan untuk diskaun istimewa itu bermula 4 Feb, 2013 hingga 20 Mei, 2013.

"Tempahan boleh dibuat secara dalam talian di www.airasia.com, semua platform tempahan mudah alih AirAsia seperti menerusi iPhone, peranti Android dan telefon dilengkapi WAP, di mobile.airasia.com," kata syarikat tambang rendah itu menerusi kenyataan Rabu.

Dalam perkembangan lain, AirAsia juga akan membuka gerai interaktif khas di Batu Caves pada 26 dan 27 Jan, sempena Thaipusam.

"Pengunjung boleh membeli tiket pada harga diskaun yang sama ke India, dan 300 pelawat pertama yang menempah penerbangan akan menerima hadiah percuma AirAsia.

"Pengunjung yang menempah tiket di gerai AirAsia hujung minggu ini layak untuk cabutan bertuah, dengan hadiah penerbangan percuma menjadi rebutan,"" kata syarikat penerbangan itu," katanya.