AIRASIA menawarkan penerbangan lewat malam istimewa Balik Raya untuk memenuhi permintaan perjalanan sempena Hari Raya Aidilfitri.

Tawaran ini adalah pulang beraya dengan tambang rendah tetap RM99 untuk laluan terpilih dalam Semenanjung Malaysia dan RM149 dari Kuala Lumpur ke Kuching, bermula dari 12 hingga 19 Jun 2018.

Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Malaysia Riad Asmat berkata selalunya tambang akan naik apabila permintaan meningkat, tetapi pihaknya ingin memastikan rakyat Malaysia dapat pulang untuk meraikan Hari Raya Aidilfitri dengan orang yang tersayang.

"Kami mendengar permintaan rakyat untuk penerbangan tambang rendah, justeru kami berbesar hati untuk mengumumkan penerbangan tambahan dengan tambang tetap RM99* untuk laluan terpilih di Semenanjung Malaysia dan RM149* untuk laluan antara Kuala Lumpur dan Kuching.”

“Selain itu, pada bulan lepas kami telah menambah 43 kekerapan penerbangan dari Kuala Lumpur, Johor Bahru dan Kuching untuk Hari Raya. Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak berkuasa yang terlibat terutamanya Malaysia Airports Holding Berhad atas sokongan mereka,” tambah beliau.

Penerbangan Balik Raya istimewa ini hanya untuk tempahan baharu sahaja dan tertakluk kepada ketersediaan tempat duduk.

Para tetamu yang akan membuat perjalanan di musim perayaan ini dinasihatkan untuk tiba di lapangan terbang lebih awal untuk mengelakkan kesesakan, dan menggunakan perkhidmatan daftar masuk melalui laman web dan aplikasi mudah alih untuk kemudahan mereka.

Penerbangan dalam Semenanjung Malaysia:

Penerbangan dalam Semenanjung Malaysia

Penerbangan dari Kuala Lumpur - Kuching:

Penerbangan dari Kuala Lumpur - Kuching

*Promosi tambang termasuk semua yang tercatat adalah untuk perjalanan sehala sahaja. Tertakluk kepada terma dan syarat.