AirAsia X Bhd dan PT Indonesia AirAsia (IAA) hari ini memeterai Perjanjian Pengendalian Darat Piawaian IATA.

Dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia, AirAsia X berkata, IAA akan menyediakan perkhidmatan pengendalian darat untuk pesawatnya yang masuk dan keluar dari lapangan terbang Indonesia yang menjadi lokasi operasi IAA.

Kontrak itu bernilai RM780,000, akan sah sehingga 28 Feb, 2018.

-- BERNAMA