Gergasi teknologi Apple Inc dijangka menyemak turun (downgrade) unjuran jualan iPhone X bagi suku ini kepada 30 juta unit berbanding 50 juta unit dalam unjuran awal, lapor akhbar Taiwan, Economic Daily.

Beberapa penganalisis turut menjangkakan jualan model terbaharu Apple itu akan lebih rendah dari jangkaan untuk suku pertama 2018.

Bagaimanapun Apple masih belum mendedahkan sasaran jualan iPhone X sejak ia mula dipasarkan pada November dengan harga AS$999 di Amerika Syarikat, Model paling mahal pernah dikeluarkan Apple.

Menurut laporan Reuters saham Apple meningkat 45 peratus tahun ini sebelum pelancaran iPhone X selepas pelabur menjangkakan minat mendalam pengguna terhadap model baharu.

Namun menurut beberapa penganalisis jangkaan itu meleset susulan harga yang terlalu mahal dan kebanyakan teknologi yang diperkenal sudah ditawarkan dalam pasaran oleh jenama lain.