ASEAN sedang menimbang idea pembiayaan umum dan platform digital Pan-ASEAN untuk keperluan pembiayaan mikro, perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

Menurut pengerusi Suruhanjaya Sekuriti, Ranjit Ajit Singh, ia bagi mencapai pertumbuhan yang lebih terangkum.

Katanya, ketika ini ASEAN sedang melihat kepada banyak penyelesaian di negara seperti Kemboja, Laos dan Myanmar di mana pembiayaan mikro dan PKS adalah sangat penting.

Tambahnya semakin ramai orang menyedari ASEAN mempunyai kadar simpanan yang sangat tinggi.

Ia kata Ranjit boleh digerakkan ke arah penyelesaian direka ASEAN untuk pelbagai isu domestik.

Sementara itu, Ranjit berkata terdapat komitmen tinggi ke arah mengukuhkan lagi pasaran modal ASEAN dan penyeragaman peraturan.

Selain itu, terdapat juga rancangan untuk mewujudkan lebih banyak peluang perdagangan dan satu senarai syarikat teratas di setiap bursa yang membenarkan pelabur melihat lebih jelas syarikat ASEAN yang boleh mereka labur.