Gergasi media sosial, Twitter mengumumkan sembilan perkongsian kandungan video sukan premium baharu bagi meningkatkan penawarannya di rantau Asia Pasifik.

Twitter telah menandatangani perjanjian bersama Asian Tour, Astro Malaysia, BallBall, Eleven Sports, FOX Sports Asia, NetTV, SportsFix TV dan TV ONE.

Kerjasama baru ini akan menambah kandungan siaran langsung dan sorotan permainan, melengkapkan tawaran serantau Twitter sedia ada seperti ONE Championship, Persatuan Bola Keranjang Kebangsaan (NBA) dan Persatuan Bola Keranjang Kebangsaan Wanita (WNBA).

Sorotan liputan akan meliputi klip dan kandungan Piala Dunia FIFA musim panas ini untuk peminat di Malaysia, liputan kejohanan tenis Terbuka Perancis, Wimbledon dan Terbuka AS untuk peminat di seluruh Asia, serta klip dan sorotan dari kejohanan-kejohanan golf utama di Asian Tour.

Ketua Perkongsian Sukan Asia Pasifik Twitter, Aneesh Madani berkata, Twitter adalah platform terbaik untuk kandundan video sukan kerana ia adalah lanjutan daripada apa yang diharapkan peminat dari platform kami.

“Asia Pasifik merupakan enjin pertumbuhan untuk Twitter dan kami tidak boleh menjadi lebih bangga untuk memanjangkan kejayaan kami dengan lebih banyak kandungan video In-Stream dari kedua-dua acara utama dan liga sukan di rantai ini,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau menambah penggunaan video digital di Asia Pasifik yang berkembang pesat, menjadikan perkenalan tawaran tajaan video dalam aliran baharu ini untuk sukan kepada pengiklan di rantau ini, mampu memberi peminat cara lebih mudah untuk mengikuti rapat perkembangan acara sukan yang diminati.

Setiap rakan kongsi ini akan memanfaatkan Penajaan In-Stream Twitter untuk membolehkan rakan kongsi penerbit meraih keuntungan daripada kandungan video mereka.

Di samping itu, ia menjadikannya lebih mudah bagi pengiklan untuk mencapai penonton yang disasar serta menaja kandungan eksklusif. Ini kerana setiap kandungan video sukan premium dikongsi Twitter akan disertai iklan pra-roll pendek dari penaja kandungan.

Sementara itu, Naib Presiden Kandungan Sukan Astro, CK Lee berkata, Piala Dunia FIFA adalah acara sukan terbesar di planet ini, dan perkongsian baru dengan Twitter ini memberikan Astro peluang untuk memanfaatkan kegembiraan mengenai kejohanan di luar kaca TV.

“Di samping siaran kesemua 64 perlawanan Piala Dunia FIFA, Twitter akan membantu mengumpulkan detik-detik paling menarik dari liputan Astro dan menyemarakkan semangat peminat dalam ‘dunia permainan’ lebih jauh menerusi analisis pakar dan kandungan siaran langsung dan sorotan yang menarik dan kreatif dari Rusia,” katanya.