Perkhidmatan TV Satelit Percuma Pertama di Malaysia Astro NJOI, mencatatkan satu lagi kejayaan dengan mencapai satu juta pelanggan.

Menurut Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Jailani Johari, pencapaian ini menggambarkan lebih banyak rakyat Malaysia kini mendapat akses kepada kandungan informasi dan pengetahuan yang berkualiti.

“Kami yakin NJOI akan terus kukuh dalam membantu memberikan negara pelbagai maklumat yang kritikal bagi melahirkan lebih ramai lagi rakyat Malaysia yang pelbagai bakat berkemahiran tinggi kreatif dan inovatif,” kata Jailani.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Astro Datuk Rohana Rozhan turut mempunyai berita baik sempena sambutan pencapaian satu juta pelanggan NJOI.

“Untuk meraikan pencapaian penuh makna ini, kami memperkenalkan Astro Maya HD (saluran 135) secara percuma untuk pelanggan NJOI hari ini," katanya.

astro njoi, Jailani Johari, rohana rozhan,
Ketua Pegawai Eksekutif Astro Datuk Rohana Rozhan ketika memberi ucapan sempena Sambutan Pencapaian Satu Juta Pelanggan NJOI di Mydin Kuala Terengganu hari ini. - Foto Astro AWANI

astro njoi, Jailani Johari, rohana rozhan,
Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Jailani Johari, ketika memberi ucapan sempena Sambutan Pencapaian Satu Juta Pelanggan NJOI di Mydin Kuala Terengganu hari ini. - Foto Astro AWANI

Sambutan pencapaian satu juta pelanggan NJOI diadakan di Mydin Kuala Terengganu.

Sebagai sebahagian dari tanggungjawab sosial korporat, Astro turut menyumbang 5 dekoder kepada pusat komuniti.

Ini termasuk Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Terengganu, Persatuan Kebajikan Islam Terengganu, Asrama Darul Falah, Pusat Jagaan Pertubuhan Kebajikan Kanak Kanak Yatim Terengganu, Pusat Dalam Komuniti Kuala Berang dan Pusat Dalam Komuniti Mutiara Kasih.


Ketika ini Astro mempunyai 4.4 juta pelanggan dengan kadar penembusan sebanyak 63 peratus isi rumah di Malaysia.

13 peratus daripada jumlah berkenaan adalah Astro NJOI yang menyumbang kepada peningkatan dua kali ganda transaksi prabayar tahun lepas melebihi satu juta jualan.