41,263 rumah di bawah Skim Perumahan Rakyat 1 Malaysia (PR1MA) sedang dibangunkan dengan 560 unit telah siap sehingga Ogos tahun ini.

Menurut laporan ekonomi 2015/2016, sejumlah 120,751 unit sedang dalam perancangan dengan RM1.2 bilion dibelanjakan sehingga Ogos untuk PR1MA.

Bagi memastikan PR1MA mencapai sasaran, kerajaan telah melonggarkan had pendapatan isi rumah pemohon daripada maksimum RM8,000 kepada RM10,000.

Selain itu beberapa program perumahan lain turut sedang dibangunkan dan dirancang antaranya Program Perumahan Rakyat (PPR), Rumah Mesara Rakyat 1 Malaysia dan Rumah Idaman Rakyat.

Sehinnga Ogos tahun ini sejumlah 15,996 PPR dibangunkan dengan kos RM209.6 juta didikuti 2183 unit Rumah Mesra Rkayat 1 Malaysia dengan kos RM142.2 juta.

Bagi Rumah Idaman Rakyat, 6,296 unit sedang dirancang dan 1801 unit dibina sehingga Ogos tahun ini.

60 peratus dari jumlahj itu dijangka dijual sekitar RM250,000 dan RM350,000.

Rumah Aspirasi Rakyat melibatkan 22 projek sehingga Ogos tahun ini dengan sejumlah 11,872 unit dibina melibatkan kos RM2.6 bilion.

Program Rumah Aspirasi Rakyat turut memberi peluang kepada belia untuk memiliki rumah pada harga diskaun di kawasan bandar dan luar bandar.

Bagi membolehkan golongan belia memiliki rumah, kerajaan menambahbaik skim rumah pertamaku dengan menetapkan peningkatan had umur dari 35 tahun kepada 40 tahun//

Kerajaan turut menetapkan harga maksimum rumah RM500,000 berbanding RM400,000 sebelum ini tanpa wang pendahuluan/

Sehingga Julai 2015, 463 pinjaman bernilai RM100.2 juta diluluskan.