Bajet Malaysia 2017 menunjukkan lebih banyak kestabilan dalam kewangan awam biarpun dengan kejatuhan pendapatan Kerajaan daripada sektor minyak dan gas.

Agensi penarafan Fitch Ratings menambah Malaysia berada di kedudukan yang lebih baik daripada negara pengekspot komoditi lain.

Tambahnya, kejatuhan harga komoditi tidak mengakibatkan semak turun penarafan dan Fitch mengekalkan penarafan 'A minus' kepada malaysia dengan unjuran stabil.

Fitch turut menjangka ekonomi Malaysia akan tumbuh pada kadar 4.0 peratus pada 2016 dan 2017.

Menurutnya, perbelanjaan modal yang menurun dalam sektor minyak dan gas akan diimbangi oleh peningkatan dalam perbelanjaan pengguna.

Pengenalan Cukai Barangan dan Perkhidmatan pada April, 2015 turut memberikan sokongan kepada pendapatan bukan petroleum Kerajaan.

Tambahnya, impak 1Malaysia Development Berhad (1MDB) kepada pembuatan polisi, kestabilan dan kedudukan fiskal kekal terhad.