Bank Dunia menjangka Malaysia mencatat pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang sederhana sebanyak 4.3 peratus pada tahun ini, meningkat daripada 4.2 peratus pada 2016, didorong oleh penggunaan swasta.
Dalam 'East Asia and Pacific Economic Update', kajian setengah tahun mengenai negara-negara membangun di rantau ini oleh bank itu, katanya, KDNK negara diunjurkan meningkat pada 2018 dan 2019.
Subsidi kerajaan yang tinggi, lebih banyak perbelanjaan infrastruktur dan eksport yang meningkat menjadi faktor yang dapat memacu ekonomi Malaysia pada 2017, dan meningkat sehingga kepada 4.5 peratus pada tahun depan, katanya.
"Kami sedar ekonomi turut bergantung kepada persekitaran perdagangan dan perlindungan perdagangan, dan bahawa persekitaran global dipenuhi dengan ketidaktentuan.
"Ia turut bergantung kepada keadaan ekonomi Amerika Syarikat (AS) dan potensi impak daripada kenaikan kadar Rizab Persekutuan AS, jika ada, berikutan Malaysia mudah terdedah kepada semua risiko ini, sebagai sebuah ekonomi terbuka," kata Pengurus Negara/Wakil Bank Dunia ke Malaysia, Faris Hadad-Zervos, selepas sesi taklimat mengenai laporan itu di sini hari ini.
Beliau berkata setakat ini, dasar fiskal dan monetari Malaysia terus kukuh dan dijangka dapat menghadapi cabaran perniagaan.
"Malaysia perlu terus menumpukan kepada pembaharuan struktur dalam jangka masa panjang untuk memastikan ia mampan dalam status negara berpendapatan tinggi," katanya.
Sesi taklimat itu diketuai oleh Ketua Ekonomi bagi Rantau Asia Timur dan Pasifik Bank Dunia, Sudhir Shetty, melalui sidang video dari Washington DC.
Sudhir berkata pertumbuhan di Asia Timur dan Pasifik dijangka terus berdaya tahan, dengan prospek dijangka positif dalam tempoh tiga tahun akan datang, dipacu oleh permintaan domestik yang kukuh serta pemulihan ekonomi global dan harga komoditi secara berperingkat.
"Pertumbuhan di rantau ini akan terus dipacu oleh permintaan domestik yang kukuh, termasuk pelaburan awam dan swasta, dan turut disokong oleh permintaan yang meningkat bagi eksport, susulan pasaran baru muncul dan negara membangun yang pulih," katanya.
Beliau berkata kadar pemulihan harga komoditi yang perlahan akan memberi manfaat kepada pengeksport komoditi di rantau ini dan tidak akan menjejaskan ekonomi pengimport komoditi di Asia Timur.
Laporan itu turut menyatakan ekonomi China dijangka terus perlahan secara berperingkat, susulan ia seimbang antara penggunaan dan perkhidmatan.
Ia menjangka kadar pertumbuhan China sebanyak 6.5 peratus pada 2017 dan 6.3 peratus pada 2018, berbanding 6.7 peratus yang dicapai pada 2016.
Secara keseluruhannya, negara membangun Asia Timur dan Pasifik diunjurkan berkembang pada 6.2 peratus pada 2017 dan 6.1 peratus pada 2018.
Bagaimanapun, laporan itu menyatakan persekitaran global dan cabaran domestik masih memberi risiko kepada prospek rantau ini.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Apr 13 2017
Dalam 'East Asia and Pacific Economic Update', kajian setengah tahun mengenai negara-negara membangun di rantau ini oleh bank itu, katanya, KDNK negara diunjurkan meningkat pada 2018 dan 2019. - Gambar fail
Freedom Flotilla to Gaza: Misi sekali lagi ditangguhkan, dijangka berlepas pada Jumaat
Ketika ini lokasi kapal memulakan pelayaran akan ditukarkan ke satu lokasi yang akan diumumkan dalam masa terdekat.
Pihak produksi masih terima Naim Daniel jika ubah fikiran
Ketua saluran Astro Ria, Norzeha Mohd Salleh memberitahu bahawa pihak produksi masih lagi memberi ruang kepada penyanyi tersebut untuk mempertimbangkan semula tawaran yang diberikan.
The Hardest Singing Show cabar kreativiti penyanyi tempatan
Program The Hardest Singing Show mencari satu juara yang mampu menyahut cabaran kreativiti luar limitasi.
Pekerja Ahli Parlimen EU disyaki jadi pengintip China
Polis Jerman telah menahan seorang pekerja ahli politik Parlimen Eropah Alternative for Germany (AfD) kerana disyaki menjadi pengintip China.
Amaran ribut hujan tahap tertinggi dikeluarkan di Guangdong, selatan China
Lebih 100,000 orang sudah dipindahkan akibat hujan lebat dan banjir yang boleh membawa maut di selatan China.
Jokowi dan anaknya bukan lagi ahli PDIP
Presiden Indonesia Joko Widodo atau Jokowi dan anaknya, bakal naib presiden Gibran Rakabuming Raka, bukan lagi ahli parti terbesar negara itu selepas mereka menyokong calon pesaing yang juga pemenang pilihan raya Prabowo Subianto.
Lima migran maut ketika cuba memasuki Perancis
Lima termasuk seorang kanak-kanak, maut dalam cubaan menyeberangi Selat Inggeris dari Perancis pada Selasa.
Polis New York lakukan penahanan himpunan lewat malam
Polis New York bertindak melakukan penahanan membabitkan peserta yang terlibat dalam himpunan solidariti terhadap Palestin di Universiti New York (NYU) pada lewat malam Isnin. Penahanan itu dibuat selepas mereka didakwa mengingkari arahan amaran pihak universiti untuk bersurai dan mengosongkan plaza yang menjadi tempat mereka berkumpul.
Break The Siege: Ada kemungkinan lokasi pelepasan kapal ditukar
Jawatankuasa Pemandu Freedom Flotilla Coalition (FFC), Kamarul Zaman Shaharul Anwar memaklumkan, wujud kemungkinan lokasi pelabuhan bagi pelepasan kapal yang terlibat dalam misi Break the Siege of Gaza Freedom Flotilla ditukar.
Benarkan syarikat milik bukan Islam cetak Al-Quran, pengarah syarikat didenda
Seorang pengarah syarikat percetakan dijatuhi hukuman denda RM8,000 atau penjara lima bulan oleh Mahkamah Majistret Petaling Jaya pada Selasa selepas mengaku salah tidak mematuhi syarat-syarat lesen untuk mencetak atau menerbitkan Teks al-Quran, bulan lepas.
Amir Hamzah ketuai delegasi Malaysia ke mesyuarat IMF, Bank Dunia di Washington
Amir Hamzah mengetuai delegasi Malaysia ke Washington, Amerika Syarikat bagi menghadiri Mesyuarat Musim Bunga IMF dan Kumpulan Bank Dunia.
Inflasi keseluruhan Malaysia dijangka pada 2.5 peratus tahun ini - Bank Dunia
Inflasi keseluruhan Malaysia dijangka menyederhana kepada sekitar 2.5 peratus pada 2024, mencerminkan keadaan kos dan permintaan yang stabil.
Bank Dunia kekal ramalan pertumbuhan Malaysia pada 4.3 peratus tahun ini
Permintaan domestik terus menjadi tulang belakang pertumbuhan, dan Malaysia turut bersedia meraih manfaat daripada pemulihan dalam pasaran eksport.
Bank Dunia gesa tindakan segera selamatkan nyawa penduduk Gaza di ambang kebuluran
Kebuluran kini diunjurkan dan akan berlaku di utara Gaza dan wilayah-wilayah lain serta dijangka berlaku dari pertengahan Mac 2024 hingga Mei 2024.
Prestasi kewangan selepas SC ditubuhkan amat membanggakan - Sultan Perak
Pencapaian skor 92 peratus dalam penilaian sektor kewangan komprehensif oleh MF dan Bank Dunia adalah pencapaian membanggakan untuk Malaysia.
Reformasi dasar, kukuhkan perlindungan, produktiviti pekerja tidak formal
Reformasi dasar perlu dilakukan dalam usaha meningkatkan perlindungan dan produktiviti pekerja tidak formal di Malaysia.
BNM, Bank Dunia umum inisiatif untuk sokong hasil positif alam semulajadi
Bank Negara Malaysia (BNM) dan Bank Dunia hari ini mengumumkan dua inisiatif utama untuk membolehkan sektor kewangan menyokong hasil positif semula jadi.
'Kecekapan berbahasa Inggeris penting kepada pelajar' - Pakar
Sanghi berkata, kecekapan berbahasa Inggeris mampu mempersiapkan golongan muda untuk menghadapi cabaran global.
Industri perbankan kini hadapi saingan platform pembayaran - Bank Dunia
Industri perbankan kini menghadapi saingan daripada platform pembayaran yang sebelum ini tidak bermula sebagai bank atau platform pembayaran.
Malaysia perlu lebih banyak langkah untuk nilai pencapaian dasar, inisiatif - Bank Dunia
Malaysia masih kurang dalam penelitian awam tentang apa yang telah dilakukan pada masa lalu, terutamanya dengan dana awam.