Bank Islam Malaysia Bhd (Bank Islam) secara automatik menangguhkan atau menggantung semua pembayaran semula pembiayaan selama enam bulan membabitkan pelanggan individu, perusahaan kecil dan sederhana (PKS) serta korporat berkuat kuasa 1 April ini.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mohd Muazzam Mohamed berkata ini sejajar pengumuman Bank Negara Malaysia (BNM) membabitkan pemberian moratorium atau penangguhan, tidak termasuk baki kad kredit yang sememangnya disambut baik dan disokong penuh oleh Bank Islam.
Langkah BNM yang diumumkan pada Rabu, bertujuan meringankan bebanan peminjam yang terjejas akibat penularan COVID-19 termasuk Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Dalam kenyataan pada Rabu juga, Mohd Muazzam berkata pelanggan yang sebelum ini menerima moratorium Bank Islam atau memohon bagi penjadualan dan penstrukturan semula obligasi pembiayaan masing-masing, kini boleh memilih untuk melepaskan pilihan itu.
Mereka sebaliknya boleh memilih pendekatan yang ditetapkan oleh bank pusat itu dengan syarat memenuhi kriteria ditetapkan, katanya.
Menurutnya, tawaran itu hanya membabitkan pembiayaan dalam denominasi Ringgit serta tidak mempunyai tunggakan melebihi 90 hari setakat 1 April 2020.
Bagi kemudahan kad kredit, Bank Islam menawarkan penukaran baki terkumpul kepada pinjaman bertempoh 3 tahun dengan kadar faedah lebih rendah bagi membantu peminjam mengurus hutang mereka dengan lebih baik.
"Bank Islam sedang dalam proses membuat persediaan bagi pelaksanaan usaha itu dan akan membuat pengumuman berikutnya dalam masa yang akan ditentukan. Sebarang pengumuman dan kemas kini berkaitan akan dibuat menerusi laman sesawang rasmi www.bankislam.com atau di platform media sosial seperti Facebook dan Instagram," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Mar 25 2020
Pelanggan boleh memilih pendekatan yang ditetapkan oleh Bank Negara dengan syarat memenuhi kriteria ditetapkan.
Tiga anggota polis direman kes rasuah pemandu lori
Tiga anggota polis direman empat hari sehingga Ahad bagi membantu siasatan kerana disyaki meminta dan menerima rasuah daripada pemandu lori di Mersing.
DOSM tambah 300 kaunter daftar PADU
Jabatan Perangkaan menambah 300 kaunter fizikal di seluruh negara dalam memastikan proses mengemas kini maklumat dalam sistem PADU lancar.
Wanita 20 tahun ke atas disaran jalani saringan kesihatan kesan NCD
"Jangan tunggu ada simptom baru nak uji, masa tu tak tahu sama ada komplikasi sudah berlaku atau tidak."
India bantah keras kenyataan AS berhubung penahanan Ketua Menteri Delhi
Pandangan negara luar berhubung penahanan Kejriwal dilihat telah merisaukan Kerajaan India.
Kuasa bekukan permit pemindahan padi antara negeri di bawah Akta 522 - KPB
Kuasa membekukan permit pemindahan padi antara negeri adalah di bawah Akta Kawalan Padi dan Beras 1994 (Akta 522) melalui fungsi Ketua Pengarah KPB.
Air Balang RM1 jadi tumpuan Bazar Ramadan Temenggong, Kulai
Bukan sekadar berniaga, pengusaha Air Balang RM1 juga ambil kesempatan lakukan jariah di bulan penuh kemuliaan.
Anggota polis didakwa minta, terima rasuah direman empat hari
Tiga anggota polis direman selama empat hari bagi membantu siasatan berhubung dakwaan meminta dan menerima rasuah berjumlah RM7,800.
Persembahan bertenaga Dolla pukau penonton di China
Aksi bertenaga mereka mendapat sambutan hangat daripada penonton di negara itu, menandakan langkah berani Dolla keluar dari zon selesa di negara ini mula menampakkan hasil.
AWANI Ringkas: Agihan RM0.67 bilion
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Bedah siasat: PSM libatkan jururunding, kontraktor padang SNBJ
Perbadanan Stadium Malaysia akan mengadakan mesyuarat 'post mortem' bersama juruperunding dan kontraktor padang Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) minggu hadapan.
Bank berjaya sekat RM383 juta urus niaga penipuan pada 2023
Chong berkata, pencapaian 15 bank di Malaysia membuktikan komitmen mereka terhadap langkah pencegahan penipuan yang kukuh.
Kadar antara bank jangka pendek ditutup stabil, disokong operasi BNM
Bank pusat menawarkan tender pasaran wang konvensional, satu tender repo berbalik dan satu tender Qard.
Bank dan syarikat telekomunikasi di Singapura mungkin perlu bayar kepada mangsa penipuan
SRF menetapkan tanggungjawab relevan kepada institusi kewangan dan syarikat telekomunikasi untuk mengurangkan penipuan pancingan data.
Bank-bank sambut baik ciri-ciri progresif dalam Belanjawan 2024
CEO OCBC Bank Tan Chor Sen berkata, inisiatif kerajaan berpandangan jauh dalam mencapai cita-cita Ekonomi MADANI.
Permodalan sistem perbankan Malaysia kekal kukuh pada separuh pertama 2023 - BNM
BNM berkata, nisbah perlindungan mudah tunai dan nisbah pendanaan stabil bersih agregat kekal jauh melebihi paras minimum pengawalseliaan.
Tiga cedera ringan, polis bantuan tertembak lantai bank
Tiga cedera ringan apabila seorang polis bantuan lelaki dipercayai terlepas tembakan ketika berurusan di sebuah bank di Pekan Jasin, di sini, pada Selasa.
Pertumbuhan pinjaman bank diunjur lebih perlahan jika KDNK lebih lemah daripada jangkaan - Maybank IB
Pertumbuhan pinjaman terus menjadi menyederhana pada Julai 2023 kepada 4.2% dari tahun ke tahun.
6 bank Itali jadi mangsa serangan siber
Enam bank utama Itali mendakwa menjadi mangsa serangan siber kumpulan penggodam pro-Rusia dikenali NoName057(16), lapor Sputnik memetik media Itali pada Selasa.
Bank tingkatkan ciri-ciri keselamatan bagi perangi penipuan, scam
Institusi perbankan di Malaysia akan terus menyesuaikan dan menambah baik ciri-ciri keselamatan mereka, selaras dengan lima langkah utama Bank Negara Malaysia (BNM) untuk memerangi penipuan kewangan.
Peminjam perlu hubungi bank bincang pilihan bayaran balik kewangan
ABM sedia bantu peminjam perniagaan kecil yang hadapi kesukaran membayar balik hutang disebabkan peningkatan kos pinjaman berikutan kenaikan OPR.