Peningkatan gaji minimum baik untuk peruncit kerana ia bermakna perbelanjaan boleh guna pengguna juga meningkat, kata Naib Presiden Organisasi Peruncit Bumiputera, Datuk Ameer Ali Mydin.
"Peruncit bergantung kepada perbelanjaan pengguna, jika perbelanjaan boleh guna mereka meningkat, ia bagus," katanya selepas bertemu Majlis Penasihat Kerajaan.
Namun, beliau berkata peningkatan itu perlu dilakukan secara berperingkat bagi mengelakkan kejutan dalam kalangan peserta industri.
"Saya tidak mempunyai halangan terhadap peningkatan gaji minimum, namun ia perlu berperingkat. Saya menggajikan lebih 10,000 pekerja, sudah pasti akan terjejas.
"Namun jika ia berperingkat, ia lebih teratur dan sesuai dengan struktur kos kami," katanya sambil menambah, peningkatan gaji seharusnya berlaku bagi membantu poket rakyat.
Ameer Ali berkata peratusan peningkatan gaji minimum juga harus melebihi paras inflasi semasa di mana ia kini berada sekitar 3 peratus.
Sebelum ini, gaji minimum dicadangkan untuk dinaikan kepada RM1,500 berbanding RM100 di Semenanjung dan RM920 di Sabah dan Sarawak.
Najib Aroff
Tue Jun 05 2018
Ameer berkata, peningkatan gaji minimum perlu dilakukan secara berperingkat bagi mengelakkan kejutan dalam kalangan peserta industri. - BERNAMA/Fail
Pihak produksi masih terima Naim Daniel jika ubah fikiran
Ketua saluran Astro Ria, Norzeha Mohd Salleh memberitahu bahawa pihak produksi masih lagi memberi ruang kepada penyanyi tersebut untuk mempertimbangkan semula tawaran yang diberikan.
The Hardest Singing Show cabar kreativiti penyanyi tempatan
Program The Hardest Singing Show mencari satu juara yang mampu menyahut cabaran kreativiti luar limitasi.
Pekerja Ahli Parlimen EU disyaki jadi pengintip China
Polis Jerman telah menahan seorang pekerja ahli politik Parlimen Eropah Alternative for Germany (AfD) kerana disyaki menjadi pengintip China.
Amaran ribut hujan tahap tertinggi dikeluarkan di Guangdong, selatan China
Lebih 100,000 orang sudah dipindahkan akibat hujan lebat dan banjir yang boleh membawa maut di selatan China.
Jokowi dan anaknya bukan lagi ahli PDIP
Presiden Indonesia Joko Widodo atau Jokowi dan anaknya, bakal naib presiden Gibran Rakabuming Raka, bukan lagi ahli parti terbesar negara itu selepas mereka menyokong calon pesaing yang juga pemenang pilihan raya Prabowo Subianto.
Lima migran maut ketika cuba memasuki Perancis
Lima termasuk seorang kanak-kanak, maut dalam cubaan menyeberangi Selat Inggeris dari Perancis pada Selasa.
Polis New York lakukan penahanan himpunan lewat malam
Polis New York bertindak melakukan penahanan membabitkan peserta yang terlibat dalam himpunan solidariti terhadap Palestin di Universiti New York (NYU) pada lewat malam Isnin. Penahanan itu dibuat selepas mereka didakwa mengingkari arahan amaran pihak universiti untuk bersurai dan mengosongkan plaza yang menjadi tempat mereka berkumpul.
Break The Siege: Ada kemungkinan lokasi pelepasan kapal ditukar
Jawatankuasa Pemandu Freedom Flotilla Coalition (FFC), Kamarul Zaman Shaharul Anwar memaklumkan, wujud kemungkinan lokasi pelabuhan bagi pelepasan kapal yang terlibat dalam misi Break the Siege of Gaza Freedom Flotilla ditukar.
Benarkan syarikat milik bukan Islam cetak Al-Quran, pengarah syarikat didenda
Seorang pengarah syarikat percetakan dijatuhi hukuman denda RM8,000 atau penjara lima bulan oleh Mahkamah Majistret Petaling Jaya pada Selasa selepas mengaku salah tidak mematuhi syarat-syarat lesen untuk mencetak atau menerbitkan Teks al-Quran, bulan lepas.
DAP umum calon pada Rabu
DAP senarai pendek 10 calon PRK DUN Kuala Kubu Baharu, nama terpilih diumum esok.
Kebakaran Mydin Manjoi: Ameer Ali reda, syukur tiada kemalangan jiwa
Seluruh warga kerja Mydin Mohamed Holdings Berhad menerima ketentuan Allah SWT.
Isu beras tempatan: 'Bekalan cukup? Menteri boleh datang ke Mydin' - Ameer Ali
Isu kekurangan bekalan beras tempatan terus meruncing... kali ini di pasar raya besar Mydin turut menerima kesan yang sama.
Langkah MYDIN sahut pendigitalan ekonomi, usaha terpuji, wajar dicontohi - Fahmi
Katanya, MYDIN melakukan anjakan paradigma yang harus diikuti syarikat-syarikat lain supaya kekal kompetitif dalam industri.
Tidak ada kenaikan harga barang sampai 20 peratus - Ameer Ali Mydin
Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holdings Berhad (Mydin), Datuk Dr Ameer Ali Mydin menjangka sekiranya berlaku kenaikan harga barang pada Ogos in, ia hanya akan membabitkan kenaikan sekitar satu hingga d
Mydin beli produk PMKS bernilai RM230 juta setahun
Sebanyak 90 peratus pembelian adalah produk makanan dan minuman kerana ia adalah keperluan harian.
Peniaga perlu henti harapkan subsidi tambahan - Ameer Ali
Peniaga Menu Rahmah jangan harap subsidi tambahan untuk kekal menjual hidangan tersebut, pesan bos besar Mydin.
Cadangan penambahbaikan Payung Rahmah, biarlah kementerian buat kajian menyeluruh - Salahuddin
KPDN perlu diberi ruang untuk membuat kajian menyeluruh mengenai inisiatif Payung Rahmah sebelum mengambil kira cadangan-cadangan yang dibuat pihak tertentu.
Kenaikan gaji tak wajar disekat, naikkan secara sistematik - Ameer Ali Mydin
Ia adalah kesilapan kerajaan selama ini yang menyebabkan kuasa membeli rakyat tidak seiring dengan kenaikan kos sara hidup.
Mydin perluas Menu Rahmah ke seluruh negara
Meskipun kos bahan mentah di Sabah dan Sarawak lebih tinggi, pihaknya tetap bertekad menawarkan menu makanan bawah RM5 di seluruh negara.
Akta Kerja: Jangan tergesa-gesa, bincang dengan pemegang taruh - Ameer Ali Mydin
Penguatkuasaan Akta Kerja 1955 (Pindaan) 2022 perlu dijalankan secara berperingkat, sekurang-kurangnya untuk tempoh enam bulan pertama tahun hadapan.