Pasaran bon Malaysia mencatatkan peningkatan minat asing dengan pegangan melonjak kepada RM8 bilion, pada November, selepas tiga bulan berturut-turut mencatatkan prestasi perlahan.
Ini menandakan aliran masuk asing bersih bulanan terbesar sejak September 2017, kata RAM Ratings Services Bhd dalam satu kenyataan hari ini.
Selain itu, kadar penyertaan asing meningkat ke paras tertingginya sejak November 2018, dengan pegangan asing mencakupi 13.2 peratus daripada jumlah bon pada November 2019 (Oktober: 12.6 peratus).
"Lonjakan pembelian asing bon Malaysia itu agak mengejutkan memandangkan pendirian kadar faedah rendah Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (AS) semasa mesyuarat dasar monetarinya pada 30 Okt, selain membayangkan pergerakan kadar yang tidak berubah.
"Peralihan jangkaan kadar faedah ini, yang menyokong aliran meningkat hasil Perbendaharaan AS sepanjang November (2019), boleh menjejaskan insentif pelabur untuk mencari sekuriti hasil tinggi dalam pasaran sedang pesat membangun seperti Malaysia," kata Ketua Penyelidikan RAM Ratings, Kristina Fong.
Pada November, terbitan bon kerajaan berjumlah RM10.7 bilion, peningkatan daripada penerbitan Sekuriti Kerajaan Malaysia (MGS) dan Terbitan Pelaburan Kerajaan (GII) sebanyak RM9.0 bilion pada Oktober.
"Ini menjadikan jumlah terbitan sebanyak RM112.7 bilion dalam tempoh 11 bulan 2019, masih di landasan mencapai unjuran kami pada RM110 bilion-RM120 bilion bagi tahun ini.
"Pada masa hadapan, kami menjangka terbitan MGS/GII meningkat kepada RM115 bilion-RM125 bilion pada 2020, dengan mengambil kira keperluan pembiayaan defisit kerajaan mengikut pembentangan Belanjawan 2020, serta pembiayaan semula hutang matang tahun depan," katanya.
Sementara itu, terbitan bon korporat agak kukuh sebanyak RM8.5 bilion pada November, meningkat daripada RM5.9 bilion pada bulan sebelumnya.
"Memandangkan kemajuan kukuh sepanjang tahun ini, terbitan korporat mengatasi unjuran RM110 bilion-RM120 bilion kami bagi 2019.
"Jumlah terbitan korporat dalam tempoh 11 bulan 2019 berjumlah RM120.6 bilion. Pada masa depan, kami menjangka momentum terbitan bon korporat kekal kukuh pada 2020 atas sokongan perancangan terbitan, keperluan pembiayaan prasarana yang berterusan dan kadar pembiayaan yang menarik," kata Fong.
Justeru, jumlah terbitan bon korporat dianggarkan berjumlah RM100 bilion-RM110 bilion tahun depan, katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Dec 20 2019
Selain itu, kadar penyertaan asing meningkat ke paras tertingginya sejak November 2018, dengan pegangan asing mencakupi 13.2 peratus daripada jumlah bon pada November 2019. - Gambar fail
Papagomo kemuka representasi gugur tuduhan kes hasutan kaitkan kerajaan pro Israel, Barat
Papagomo mengemukakan representasi bagi menggugurkan pertuduhan menyebut kata-kata menghasut yang mengaitkan kerajaan pro kepada Israel dan Barat.
Ali XPDC sesak nafas, Exco bantu hantar ke Hospital Serdang
Ali XPDC dikejarkan ke Hospital Serdang selepas mengalami sesak nafas di kediamannya di Salak Tinggi, Sepang.
Rombongan pengantin, jemaah umrah antara penumpang terkandas di KKIA
Rombongan pengantin dan jemaah umrah antara ribuan penumpang terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) berikutan pembatalan penerbangan hari ini.
Rangka transformasi pendidikan tinggi demi kesihatan planet
Nickyson Nyambar membawakan perkembangan semasa Sidang Kemuncak Kesihatan Planet 2024.
Pelan Industri Sukan kini di fasa akhir - TPM Ahmad Zahid
Kementerian Belia dan Sukan kini dalam fasa akhir membangunkan Pelan Industri Sukan, yang menggariskan strategi dan inisiatif memberi manfaat kepada sektor industri sukan.
Perkembangan upacara pengebumian Joseph Kurup
Bersama wartawan AWANI Borneo di Sabah, Hafiz Mustadi di talian bagi mendapatkan perkembangan terkini.
Titah Adendum: Sokongan Ahmad Zahid kepada Najib tulus, sejati - Megat Zulkarnain
Sokongan yang dizahirkan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi terhadap petisyen Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung Titah Adendum YDP Agong mengenai tahanan rumah, tulus dan sejati.
Letusan Gunung Ruang: Penumpang menunggu dalam ketidakpastian di KIA
Tinjauan di lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (KIA) mendapati penumpang me nunggu dalam ketidakpastian susulan pembatalan penerbangan yang berpunca letusan Gunung Berapi Ruang.
Kerajaan Perpaduan umum calon PRK Kuala Kubu Baharu minggu depan - Zambry
Zambry memaklumkan bahawa pengumuman mengenainya akan dibuat sekitar dua hari sebelum penamaan calon.
200 ulama nusantara dijangka hadiri Persidangan Ulama Sedunia Mei ini
Seramai 200 ulama nusantara dijangka hadir Persidangan Ulama Sedunia yang akan diadakan di Petaling Jaya, Selangor pada 7 dan 8 Mei ini.
Bon Malaysia catat aliran masuk asing bulanan terbesar sejak Sept 2017
Pasaran bon Malaysia mencatatkan peningkatan minat asing dengan pegangan melonjak kepada RM8 bilion, pada November, selepas tiga bulan berturut-turut mencatatkan prestasi perlahan.