KUALA LUMPUR:Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin memberi jaminan semua Ahli Parlimen UMNO akan menyokong Belanjawan 2021 yang akan dibentangkan pada 6 Nov depan nanti.

Menurut Bung Moktar, Belanjawan 2021 penting untuk diluluskan kerana ia merupakan hala tuju kerajaan dalam menangani pandemik COVID-19.

Mengulas lanjut, beliau turut menjelaskan UMNO meminta kerajaan melihat sekutu dalam kerajaan secara adil dan saksama.

BACA: LAPOR LANGSUNG: Mampukah Ahli Parlimen berhenti main politik selepas titah Agong?

BACA: DAP bersedia, cuma tunggu PM adakan rundingan rasmi - Anthony Loke

BACA: Pembangkang akan sokong Belanjawan 2021 - Fahmi Fadzil


"Bukan saya menganggap tetapi ini keputusan keseluruhan parti iaitu parti melihat bahawa perlu ada revisit atau pembaharuan dalam semua aspek.

"Ini kerana UMNO dan Barisan Nasional merupakan satu pasukan dalam kerajaan yang ada ini dan sudah tentu perlu ada perjanjian dalam bentuk agreement dan sebagainya," katanya kepada Astro AWANI.

Bung Moktar juga menegaskan UMNO tidak mahu Parlimen dibubarkan kerana keutamaan buat masa ini ialah menentang musuh tidak nyata iaitu COVID-19.

"Pada saya, ini yang penting kerana keutamaan kita ialah menyelamat keadaan rakyat yang diserang COVID-19 dan ini penting bahawa kita perlu menyokong apa juga yang baik untuk negara dan rakyat," katanya lagi.

BACA: Dakwaan Ismail Sabri gesa Muhyiddin bubar Dewan Rakyat bagi UMNO, BN palsu

BACA: Peletakan jawatan Muhyiddin antara agenda perbincangan BN - Hishammuddin

BACA: Mesyuarat Khas Kabinet selesai pukul 2 petang


Pada Ahad, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menitahkan tiada keperluan untuk mengisytiharkan darurat di negara ini atau mana-mana bahagian negara Malaysia buat masa ini.

Seri Paduka Baginda sebaliknya mengingatkan ahli-ahli politik untuk memberhentikan segera segala "politicking" yang boleh mengganggu kestabilan pemerintahan negara.