Jumlah pembelian bersih pelabur asing di Bursa Malaysia mencecah RM10.33bil pada 2017, jumlah tertinggi sejak 2012.
Menurut firma penyelidikan MIDF Research, jumlah ini mengimbangi 35 peratus dari jumlah pelaburan asing yang keluar dari bursa tempatan sepanjang 2014 ke 2016.
Firma itu menambah, jumlah ini juga adalah yang tertinggi di kalangan empat negara Asia Tenggara yang dipantaunya iaitu Indonesia, Thailand dan Filipina.
"Pelabur asing membeli secara agresif pada 2017, di mana Bursa Malaysia mencatatkan jumlah pembelian bersih untuk 35 minggu dari jumlah 52 minggu. Dari awal Februari ke Jun 2017, pelabur asing merupakan pembeli bersih bagi 18 minggu berturut-turut, tempoh terpanjang sejak 2013," katanya.
Firma itu bagaimanapun berkata, pelabur asing menjual sejumlah RM1.22bil pegangan dari Ogos ke November 2017, ekoran khuatir ketegangan geopolitik di Korea Utara.
"Kami jangka aliran masuk pelaburan asing akan berterusan pada 2018, terutamanya selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 selesai kerana ia akan menambah kestabilan di dalam pasaran," kata MIDF dalam laporannya hari ini.
Sentimen positif MIDF turut dikongsi ramai pakar ekonomi memasuki 2018.
"Bursa Malaysia mungkin menyentuh paras 1,900 hingga 2,000 mata tahun ini," kata Shan Saeed, Ketua Pakar Ekonomi IQI Global.
Shan menjangka, momentum positif 2017 juga akan menolak naik harga minyak dunia kepada setinggi AS$87 setong, dan pertumbuhan KDNK negara ke julat 4.8 ke 5.4 peratus.
Ketua Pakar Ekonomi Bank Islam, Dr Afzanizam Abdul Rashid berkata, Bursa Malaysia juga dijangka mendapat manfaat dari pergerakan positif ringgit tahun ini.
"Keuntungan tukaran asing akan memainkan peranan penting dalam menentukan pulangan bagi pelabur asing. Jadi hala tuju ringgit adalah faktor penting yang akan menentukan aliran masuk dana ke Bursa Malaysia tahun ini," katanya.
Afzanizam menambah, ringgit juga mempunyai potensi kenaikan yang tinggi tahun ini, memandangkan mata wang tempatan itu masih dinilai lebih rendah dari sepatutnya.
"Dengan kadar tukaran sekitar RM4.03 or RM4.05 berbanding dolar Amerika kini, ringgit masih lagi jauh dengan purata jangka panjang sebanyak RM3.51/USD yang direkod dari Julai 2005 sehingga hujung 2017," katanya.
"Faktor asas seperti unjuran pertumbuhan serta polisi monetari dan kewangan juga dijangka memainkan peranan penting dalam menentukan nilai ringgit tahun ini," katanya.
Ringgit diniaga pada 4.0325/USD dalam dagangan tengah hari Selasa.
Ini berbanding 4.0620/USD pada sesi dagangan sama hari terakhir 2017.
Luqman Hariz
Tue Jan 02 2018
Momentum positif ekonomi pada 2017 dijangka akan berterusan memasuki 2018. - BERNAMA/Fail
Freedom Flotilla to Gaza: Misi sekali lagi ditangguhkan, dijangka berlepas pada Jumaat
Ketika ini lokasi kapal memulakan pelayaran akan ditukarkan ke satu lokasi yang akan diumumkan dalam masa terdekat.
Pihak produksi masih terima Naim Daniel jika ubah fikiran
Ketua saluran Astro Ria, Norzeha Mohd Salleh memberitahu bahawa pihak produksi masih lagi memberi ruang kepada penyanyi tersebut untuk mempertimbangkan semula tawaran yang diberikan.
The Hardest Singing Show cabar kreativiti penyanyi tempatan
Program The Hardest Singing Show mencari satu juara yang mampu menyahut cabaran kreativiti luar limitasi.
Pekerja Ahli Parlimen EU disyaki jadi pengintip China
Polis Jerman telah menahan seorang pekerja ahli politik Parlimen Eropah Alternative for Germany (AfD) kerana disyaki menjadi pengintip China.
Amaran ribut hujan tahap tertinggi dikeluarkan di Guangdong, selatan China
Lebih 100,000 orang sudah dipindahkan akibat hujan lebat dan banjir yang boleh membawa maut di selatan China.
Jokowi dan anaknya bukan lagi ahli PDIP
Presiden Indonesia Joko Widodo atau Jokowi dan anaknya, bakal naib presiden Gibran Rakabuming Raka, bukan lagi ahli parti terbesar negara itu selepas mereka menyokong calon pesaing yang juga pemenang pilihan raya Prabowo Subianto.
Lima migran maut ketika cuba memasuki Perancis
Lima termasuk seorang kanak-kanak, maut dalam cubaan menyeberangi Selat Inggeris dari Perancis pada Selasa.
Polis New York lakukan penahanan himpunan lewat malam
Polis New York bertindak melakukan penahanan membabitkan peserta yang terlibat dalam himpunan solidariti terhadap Palestin di Universiti New York (NYU) pada lewat malam Isnin. Penahanan itu dibuat selepas mereka didakwa mengingkari arahan amaran pihak universiti untuk bersurai dan mengosongkan plaza yang menjadi tempat mereka berkumpul.
Break The Siege: Ada kemungkinan lokasi pelepasan kapal ditukar
Jawatankuasa Pemandu Freedom Flotilla Coalition (FFC), Kamarul Zaman Shaharul Anwar memaklumkan, wujud kemungkinan lokasi pelabuhan bagi pelepasan kapal yang terlibat dalam misi Break the Siege of Gaza Freedom Flotilla ditukar.
Benarkan syarikat milik bukan Islam cetak Al-Quran, pengarah syarikat didenda
Seorang pengarah syarikat percetakan dijatuhi hukuman denda RM8,000 atau penjara lima bulan oleh Mahkamah Majistret Petaling Jaya pada Selasa selepas mengaku salah tidak mematuhi syarat-syarat lesen untuk mencetak atau menerbitkan Teks al-Quran, bulan lepas.
Bursa Malaysia akhiri 2017 positif, dijangka bawa momentum ke 2018
Momentum positif ekonomi pada 2017 dijangka akan berterusan memasuki 2018.