Saham-saham di Bursa Malaysia dibuka rendah hari ini berikutan kerugian dialami saham wajaran tinggi serta seiring dengan kelemahan prestasi semalaman Wall Street.

Pada 9.10 pagi, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 12.95 mata kepada 1,677.09 berbanding 1,690.04 sewaktu ditutup, semalam.

Indeks itu dibuka 10.68 mata lebih rendah kepada 1,679.36.

"Sentimen gelisah jelas menguasai pasaran akibat data-data perumahan AS yang lemah, prestasi hasil pendapatan korporat yang bercampur-campur, kebimbangan membabitkan perang perdagangan dan kelembapan ekonomi global," katanya.

Selain itu, Indeks Straits Times (STI) Singapura turun 1.25 peratus kepada 2,994.71, Indeks Komposit Jakarta pula susut 1.53 peratus kepada 5,709.42 manakala Indeks Hang Seng Hong Kong kehilangan 0.38 peratus kepada 25,249.78.

Di pasaran yang lebih luas di Bursa Malaysia, kaunter rugi mengatasi untung pada 468 berbanding 32 manakala 130 tidak berubah, 1,283 kaunter tidak diniagakan dan 31 yang lain digantung.

Jumlah dagangan berjumlah 193.48 juta unit bernilai RM108.28 juta.

Saham berwajaran tinggi menyaksikan, Maybank turun lima sen kepada RM9.33, Public Bank rugi 16 sen kepada RM24.72, Petronas Chemicals jatuh 11 sen kepada RM9.23 manakala Tenaga pula untung lapan sen kepada RM13.98.

Bagi saham aktif, Hibiscus Petroleum susut empat sen kepada RM1.08, Prestariang menokok satu sen kepada 53 sen dan Sapura Energy turun satu sen kepada 33.5 sen.

Indeks FBM Emas Shariah merosot 126.96 mata kepada 11,488.21, Indeks FBM Ace turun 144.04 mata kepada 4,780.54 manakala FBM 70 berkurangan 246.06 mata kepada 13,254.08.

Indeks FBM Emas turun 125.29 mata kepada 11,555.47 manakala Indeks FBMT 100 susut 116.49 mata kepada 11,408.7.

Mengikut sektor, Indeks Perladangan turun 34.91 mata kepada 7,345.72, Indeks Produk dan Perkhidmatan Industri mencatat 2.05 mata lebih rendah kepada 167.69 manakala Indeks Perkhidmatan Kewangan turun 116.3 mata pada 17,100.13.

-- BERNAMA