Bursa Malaysia dibuka tinggi hari ini dengan kecenderungan positif selepas ekuiti dunia semalaman ditutup kebanyakannya tinggi.

Pada 9.05 pagi, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 5.65 mata kepada 1,863.91 daripada 1,858.26 ketika ditutup pada Rabu.

Indeks itu dibuka 6.52 mata lebih tinggi kepada 1,864.78.

Peniaga berkata paras rintangan utama bagi FBM KLCI hari ini kekal pada 1,880 manakala paras sokongan berada pada purata pergerakan 100 hari, 1,839.

Antara saham wajaran tinggi, Public Bank naik 20 sen kepada RM24.70, TNB menokok enam sen kepada RM15.98, Petronas Chemicals bertambah 17 sen kepada RM8.79 dan CIMB meningkat satu sen kepada RM6.86.

Maybank susut lapan sen kepada RM10.78.

Bagi saham aktif, MyEG kurang 13 sen kepada RM1.14 dan George Kent turun 12 sen kepada RM1.82.

Zelan naik dua sen kepada 10.5 sen, T7 Global menokok lima sen kepada 50 sen dan Bina Puri bertambah 2.5 sen kepada 37 sen.

Indeks FBM Emas meningkat 42.7 mata kepada 12,993.07, Indeks FBMT 100 naik 41.54 mata kepada 12,789.48, Indeks FBM Emas Syariah menokok 51.59 mata kepada 13,121.79 dan FBM 70 melonjak 59.35 mata kepada 15,314.84.

FBM Ace turun 20.92 mata kepada 5,475.04.

Mengikut sektor, Indeks Kewangan naik 8.889 mata lebih tinggi kepada 18,383.61 dan Indeks Perladangan bertambah 16.09 mata kepada 8,028.29.

Indeks Perusahaan susut 0.56 mata kepada 3,287.87.

Bagi pasaran lebih luas, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 184 berbanding 83, manakala 137 kaunter tidak berubah, 1,478 kaunter tidak diniagakan dan 20 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 152.72 juta unit bernilai RM112.22 juta.

-- BERNAMA