Bursa Malaysia dijangka berada dalam aliran meningkat kepada paras 1,880 minggu depan, dipacu oleh peningkatan harga minyak mentah, dasar monetari yang akomodatif dan sentimen pengguna lebih baik.
Ketua Pegawai Eksekutif dan Ketua Pegawai Pelaburan Hermana Capital Bhd, Datuk Dr Nazri Khan Adam Khan berkata pengumuman kerajaan baru-baru ini mengenai kadar sifar peratus Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) dijangka menambah baik sentimen pengguna serta meningkatkan kaunter pengguna.
"Langkah GST pada kadar sifar peratus ini akan melonjakkan penggunaan swasta," katanya kepada Bernama.
Beliau berkata harga minyak mentah yang lebih tinggi, dengan minyak Brent mencecah AS$80 setong pada Khamis, paras tertinggi dalam tempoh empat tahun, juga akan menjadi faktor positif kepada pasaran saham tempatan khususnya kaunter minyak dan gas.
Sementara itu beliau berkata jaminan Bank Negara Malaysia untuk mengekalkan kadar faedah yang akomodatif sudah tentu akan menambahkan lagi kestabilan kepada sentimen dalam pasaran saham tempatan.
Di peringkat luar negara, Nazrin Khan berkata pelabur akan memantau perkembangan perbincangan perdagangan antara Amerika Syarikat dan China.
"Perbincangan perdagangan itu diharapkan membuahkan hasil yang positif sekali gus turut akan melonjakkan eksport negara kita," katanya.
Bagi minggu yang baru berakhir, Bursa Malaysia ditutup kebanyakannya tinggi disokong momentum belian dalam saham wajaran tinggi terpilih serta kaunter yang boleh dipengaruhi situasi.
Pasaran saham tempatan yang memulakan dagangan hari pertama selepas kerajaan baharu dibentuk oleh Pakatan Harapan dengan diterajui Tun Dr Mahathir Mohamad menerusi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) menunjukkan prestasi lebih baik berbanding jangkaan.
Bursa Malaysia pada hari dagangan itu juga ditutup dalam lingkungan positif, berbeza dengan jangkaan bahawa ia akan ditutup rendah susulan reaksi spontan ekoran kekalahan parti memerintah, Barisan Nasional dalam PRU14.
Berasaskan Selasa ke Jumaat, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI meningkat 7.99 mata kepada 1,854.5 daripada 1,846.51.
Indeks FBM Emas susut 22.49 mata kepada 12,863.22, Indeks FBMT100 kurang 35.08 mata kepada 12,663.36, FBM 70 merosot 350.89 mata kepada 14,952.37 dan Indeks FBM Emas Syariah turun 129.72 mata kepada 12,945.64.
FBM Ace meningkat 172.77 mata kepada 5,385.1.
Mengikut sektor, Indeks Kewangan menokok 237.7 mata kepada 18,328.29, Indeks Perusahaan naik 107.34 mata kepada 3,303.89 dan Indeks Perladangan bertambah 72.52 mata kepada 7,922.24.
Jumlah dagangan mingguan meningkat kepada 20.14 bilion unit bernilai RM21.61 bilion daripada 4.27 bilion unit bernilai RM4.89 bilion.
Jumlah dagangan di Pasaran Utama melonjak kepada 13.97 bilion sahan bernilai RM20.6 bilion daripada 2.39 bilion saham bernilai RM4.53 bilion pada Selasa minggu lepas.
Jumlah dagangan waran bertambah kepada 3.67 bilion unit bernilai RM523.83 juta daripada 1.22 bilion unit bernilai RM235.14 juta pada minggu lepas.
Pasaran ACE merekodkan jumlah dagangan lebih tinggi iaitu 2.46 bilion saham bernilai RM472.54 juta berbanding 643.35 juta saham bernilai RM122.59 juta.
-- BERNAMA
Bernama
Sat May 19 2018
Berasaskan Selasa ke Jumaat, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI meningkat 7.99 mata kepada 1,854.5 daripada 1,846.51. - Gambar hiasan
PM Australia gelar Elon Musk jutawan sombong, ingkar arahan kerajaan
Mahkamah Australia telah mengarahkan platform X menyembunyi beberapa hantaran mengulas insiden kes tikam seorang paderi di Sydney sekali gus memburukkan perang mulut antara pemilik platform media sosial Elon Musk dan Perdana Menteri Australia Anthony Albanese.
Gempa bumi sederhana landa Taiwan
Gempa bumi sederhana berukuran 5.5 pada skala Richter dikesan berlaku di Taiwan pada 8.04 pagi ini.
Kerja pemasangan sistem projek ECRL dijangka bermula Mei depan
Kerja-kerja pemasangan di Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) melibatkan pembinaan sistem elektrifikasi, semboyan dan telekomunikasi bagi pengoperasian kereta api penumpang dan kargo dijangka bermula Mei d
Portal MYStartup dilancar, platform sehenti untuk syarikat pemula
MYStartup Single Window direka untuk memupuk kerjasama, inovasi dan jangkauan global, menawarkan maklumat yang teratur kepada pengasas, pelabur dan bakat teknologi.
Penyiasatan melalui data sistem pemantauan penerbangan
Ketua Unit Penerbangan Mencari dan Menyelamat, Prof Madya MEJAR Dr Mohd Harridon Suffian, berkata usaha mengenalpasti data penting akan ditumpukan oleh pasukan mencari dan menyelamat bagi melengkapkan siasatan berhubung nahas.
Penampilan kelima di Olimpik bukan sekadar melengkapkan penyertaan - Azizulhasni
Jaguh berbasikal trek negara Datuk Mohd Azizulhasni Awang bakal menjadi atlet lelaki pertama Malaysia beraksi di lima Sukan Olimpik berturut-turut.
Nahas Helikopter: TLDM tubuh Lembaga Siasatan
Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) akan menubuhkan Lembaga Siasatan bagi mengenal pasti punca dua helikopter yang terhempas semasa raptai Perbarisan Hari TLDM Ke-90 di Pangkalan TLDM Lumut, pada 9.32 pagi, Selasa.
Kronologi kejadian helikopter terhempas di Malaysia
Kemalangan melibatkan dua helikopter bertembung dan terhempas di Pangkalan TLDM, merupakan kejadian kelapan seumpama itu dalam tempoh sembilan tahun lepas.
'Malaysia ada kelebihan di Piala Thomas'
Pemain profesional negara Cheam June Wei menyifatkan pasukan negara mempunyai kelebihan tersendiri pada pertarungan pusingan pertama bertemu Hong Kong pada kejohanan Piala Thomas 2024.
Nahas helikopter Lumut: 'Hari yang amat menyedihkan buat kita semua' - MB Perak
Saarani turut mengucapkan takziah kepada seluruh keluarga wira-wira TLDM yang terlibat dalam tragedi kemalangan helikopter itu.
Bursa Malaysia teruskan kenaikan pada sesi awal, jejak prestasi Wall Street
Pada 9.10 pagi, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 4.34 mata kepada 1,563.93 daripada paras 1,559.59 di akhir dagangan semalam.
Pembelian ekuiti oleh institusi tempatan cecah paras tertinggi enam tahun minggu lepas
Pembelian bersih oleh institusi tempatan di Bursa Malaysia mencecah paras tertinggi enam tahun minggu lepas, berjumlah RM1.79 bilion.
Bursa Malaysia dibuka tinggi
Pada 9.25 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 9.73 mata kepada 1,557.30 daripada 1,547.57 pada Jumaat lepas. Indeks petunjuk pasaran dibuka tinggi satu mata kepada 1,548.57.
Bursa Malaysia dijangka mengalami keadaan tidak banyak berubah minggu depan
FBM KLCI dijangka turun naik dalam julat 1,528 hingga 1,560 minggu depan, dengan sokongan serta-merta pada 1,520, diikuti oleh 1,508.
Bursa Malaysia dibuka meningkat, pelabur tumpu saham dengan rizab tunai tinggi
Pada 9.22 pagi, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menokok 4.86 mata kepada 1,549.62 daripada penutupan Khamis iaitu 1,544.76.
Bursa Malaysia ditutup tinggi susulan sentimen yang bertambah baik
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 4.34 mata atau 0.28 peratus kepada 1,544.76 daripada paras penutup 1,540.42 pada Rabu.
Bursa Malaysia bertukar positif dalam dagangan awal selepas dibuka rendah
Pada 9.17 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 1.17 mata kepada 1,541.59 daripada 1,540.42 semasa ditutup pada Rabu.
Bursa Malaysia ditutup tinggi akhiri penurunan empat hari berturut-turut
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 5.42 mata atau 0.35 peratus kepada 1,540.42 daripada paras penutup 1,535.0 pada Selasa.
Bank Islam berjaya kurangkan impak OPR pada 2023
Bank Islam Malaysia Bhd berjaya mengurangkan impak OPR yang tidak berubah seterusnya membawa kepada NIM yang bertambah baik pada tahun lepas.
Bursa Malaysia bercampur-campur pada tengah hari berikutan sentimen berhati-hati
Bursa Malaysia bercampur-campur pada tengah hari ini di tengah-tengah sentimen pasaran serantau yang bercampur-campur.