Bursa Malaysia dibuka tinggi hari ini namun kembali susut selepas itu, sekali gus meneruskan aliran rendah semalam berikutan pelabur tidak memasuki pasaran susulan ketiadaan petunjuk hala tuju.
Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) yang menjadi penanda aras turun 0.45 mata kepada 1,595.83 daripada 1,596.28 ketika ditutup semalam.
Indeks itu dibuka 1.33 mata lebih tinggi kepada 1,597.61.
Keseluruhan pasaran adalah negatif dengan kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 88 berbanding 84, manakala 170 kaunter tidak berubah, 1,645 kaunter tidak diniagakan dan 18 yang lain digantung.
Jumlah dagangan sebanyak 126.58 juta saham bernilai RM39.60 juta.
Malacca Securities Sdn Bhd berkata peserta pasaran ekuti Malaysia masih bimbang mengenai asas negara di tengah-tengah persekitaran ekonomi yang tidak memberangsangkan yang juga mungkin menjejaskan prospek pertumbuhan pendapatan korporat.
"Meskipun mencatatkan penurunan sederhana baru-baru ini, penilaian FBM KLCI masih tidak dapat menarik perhatian memandangkan nisbah harga kepada keuntungan hadapan kekal pada purata sebelum ini, justeru itu mendorong hanya sedikit potensi kenaikan kecuali terdapat prospek pertumbuhan pendapatan yang lebih kukuh.
"Pada masa sama, keputusan mengenai sama ada Bon Kerajaan Malaysia akan kekal dalam Indeks Bon Kerajaan Dunia FTSE atau sebaliknya juga boleh mempengaruhi sentimen lebih lama," menurutnya dalam nota penyelidikan hari ini.
Firma penyelidikan itu berkata berdasarkan persekitaran semasa, keadaan pasaran yang mencatatkan prestasi bercampur-campur sehingga rendah mungkin berterusan dalam jangka terdekat dengan 1,590 dan 1,580 masih kekal sebagai paras sokongan.
"Paras rintangan pula masing-masing pada 1,600 dan 1,610," menurutnya.
Antara saham paling rugi, KL Kepong merosot 38 sen kepada RM23.02, KESM Industries jatuh 15 sen kepada RM7.10 dan Digi turun lima sen kepada RM4.71.
Bagaimanapun, kenaikan berkaitan indeks utama didahului Maybank yang naik satu sen kepada RM8.65 dan TNB menokok 10 sen kepada RM13.72, telah mengehadkan indeks itu daripada mencatatkan dagangan lebih rendah.
Antara saham berwajaran tinggi, Public Bank dan CIMB Group masing-masing turun dua sen kepada RM20.14 dan RM5.02, Petronas Chemicals menambah lima sen kepada RM7.75, manakala Maxis kekal tidak berubah pada RM5.70.
Indeks FBM Emas turun 3.47 mata kepada 11,273.12, Indeks FBMT 100 kurang 6.39 mata kepada 11,103.05 dan Indeks FBM Emas Syariah susut 4.13 mata kepada 11,828.04.
FBM 70 menguncup 21.47 mata kepada 13,941.96 dan FBM Ace turun 9.70 mata kepada 4,535.24.
Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan meningkat 10.63 mata kepada 15,433.72, Indeks Perladangan turun 21.69 mata kepada 6,764.43 namun Indeks Barangan dan Perkhidmatan Perindustrian naik 0.40 mata kepada 154.77.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Sep 20 2019
Berdasarkan persekitaran semasa, keadaan pasaran yang mencatatkan prestasi bercampur-campur sehingga rendah mungkin berterusan dalam jangka terdekat. - Gambar hiasan
Juruterbang bomba dihantar ke UAE jalani latihan tambahan secara simulasi
JBPM telah diberikan peruntukan sebanyak RM800,000 untuk menghantar kesemua 17 juruterbang ke negara terbabit.
Lebih 14,000 aduan diterima menerusi aplikasi MYJalan setakat ini - Ahmad Maslan
KKR juga telah menyelesaikan 86 peratus daripada 3,766 aduan diterima menerusi aplikasi itu setakat ini.
AWANI Pagi: Apa Erti Sebenar Cakna Autisme?
Bulan Kesedaran Autisme disambut setiap tahun pada bulan April, untuk meningkatkan kesedaran umum berkenaan diagnosis tersebut. Sejauh mana cakna masyarakat mengenai autisme setakat ini? Ikuti diskusinya dalam Awani Pagi 7.30 pagi Khamis bersama Afiezy Azaman & Azib Zikry.
KPT salur bantuan pendidikan, pengecualian yuran IPT anak mangsa nahas helikopter
KPT melalui PTPTN akan menyalurkan sebanyak RM1,000 seorang kepada 21 anak mangsa nahas dua helikopter yang terhempas di Lumut.
[LAPOR LANGSUNG] Freedom Flotilla to Gaza: Kapal sedia belayar Jumaat ini - FFC
FFC mengesahkan sudah melengkapkan segala keperluan bagi membolehkan misi pelayaran Jumaat ini.
Freedom Flotilla to Gaza: Semua keperluan sudah dilengkapkan, kapal sedia belayar Jumaat ini - FFC
Ia termasuk keperluan teknikal dan 'crewing' yang merujuk kepada proses menyediakan dan menguruskan ahli kru.
Freedom Flotilla to Gaza: Ideologi Nelson Mandela wajar dicontohi dalam misi capai keamanan - Cucu
Menurut Manlda Mandela, datuknya pencinta keamanan dan bukan seorang pendendam walaupun selepas berjaya mengalahkan rejim apartheid.
Kontroversi UM: Bukan untuk sekat kebebasan universiti - Zambry
Kebebasan yang diberi perlu mengambil kira polisi serta pendirian kerajaan di samping sensitiviti masyarakat dan majoriti rakyat.
Pelan strategik pendigitalan akan dikemaskinikan selari transformasi digital - Wilson
Pelan strategik pendigitalan akan dikemaskinikan selari dengan transformasi digital, kata Timbalan Menteri Digital Datuk Wilson Ugak Kumbong.
Kekejaman zionis: Gaza lepasi ambang kebuluran enam minggu akan datang - WFP
Semenanjung Gaza bakal melepasi ambang kebuluran iaitu ketidakamanan makanan, kekurangan zat makanan dan kematian.
Bank berjaya sekat RM383 juta urus niaga penipuan pada 2023
Chong berkata, pencapaian 15 bank di Malaysia membuktikan komitmen mereka terhadap langkah pencegahan penipuan yang kukuh.
Kadar antara bank jangka pendek ditutup stabil, disokong operasi BNM
Bank pusat menawarkan tender pasaran wang konvensional, satu tender repo berbalik dan satu tender Qard.
Bank dan syarikat telekomunikasi di Singapura mungkin perlu bayar kepada mangsa penipuan
SRF menetapkan tanggungjawab relevan kepada institusi kewangan dan syarikat telekomunikasi untuk mengurangkan penipuan pancingan data.
Bank-bank sambut baik ciri-ciri progresif dalam Belanjawan 2024
CEO OCBC Bank Tan Chor Sen berkata, inisiatif kerajaan berpandangan jauh dalam mencapai cita-cita Ekonomi MADANI.
Permodalan sistem perbankan Malaysia kekal kukuh pada separuh pertama 2023 - BNM
BNM berkata, nisbah perlindungan mudah tunai dan nisbah pendanaan stabil bersih agregat kekal jauh melebihi paras minimum pengawalseliaan.
Tiga cedera ringan, polis bantuan tertembak lantai bank
Tiga cedera ringan apabila seorang polis bantuan lelaki dipercayai terlepas tembakan ketika berurusan di sebuah bank di Pekan Jasin, di sini, pada Selasa.
Pertumbuhan pinjaman bank diunjur lebih perlahan jika KDNK lebih lemah daripada jangkaan - Maybank IB
Pertumbuhan pinjaman terus menjadi menyederhana pada Julai 2023 kepada 4.2% dari tahun ke tahun.
6 bank Itali jadi mangsa serangan siber
Enam bank utama Itali mendakwa menjadi mangsa serangan siber kumpulan penggodam pro-Rusia dikenali NoName057(16), lapor Sputnik memetik media Itali pada Selasa.
Bank tingkatkan ciri-ciri keselamatan bagi perangi penipuan, scam
Institusi perbankan di Malaysia akan terus menyesuaikan dan menambah baik ciri-ciri keselamatan mereka, selaras dengan lima langkah utama Bank Negara Malaysia (BNM) untuk memerangi penipuan kewangan.
Peminjam perlu hubungi bank bincang pilihan bayaran balik kewangan
ABM sedia bantu peminjam perniagaan kecil yang hadapi kesukaran membayar balik hutang disebabkan peningkatan kos pinjaman berikutan kenaikan OPR.