Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) BIMB Holdings Berhad, Khairul Kamarudin telah meletak jawatan pada Jumaat.

Kumpulan perbankan itu berkata, beliau juga telah melepaskan jawatannya sebagai CEO unit mereka, iaitu Bank Islam Malaysia Bhd.

"Lembaga Pengarah BIMB Holdings telah memutuskan untuk membentuk jawatankuasa eksekutif lembaga untuk mengawasi operasi harian," kata kumpulan perbankan itu melalui satu kenyataan.

Pada masa sama, Lembaga Pengarah syarikat itu telah melantik Ketua Pegawai Kewangan, Mohd Muazzam Mohamed sebagai pemangku CEO berkuat kuasa serta-merta.

Pengerusi BIMB Holdings, Tan Sri Ambrin Buang dalam satu kenyataan berkata, lembaga pengarah BIMB Holdings dan Bank Islam telah menerima peletakan jawatan Khairul.