Pengembangan China dan pelaburan strategiknya di pentas antarabangsa tidak seharusnya dilihat sebagai satu ancaman.
Walaupun begitu, setiap inisiatif geopolitik dan ekonomi negara Tembok Besar itu seharusnya diambil secara strategik dan berhati-hati oleh negara terlibat.
Felo Putra Business School Universiti Putra Malaysia (UPM), Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal, berkata China tidak mempunyai sebarang rancangan untuk menjajah negara-negara Asia lain seperti yang dibimbangkan sesetengah pihak.
Wan Ahmad Fayhsal yang diwawancara Hari Ini 8 pada Rabu berkata, inisiatif seperti 'One Belt One Road' hanyalah strategi untuk melindungi kepentingan nasional negara mereka.
"China bukan ancaman yang patut kita bimbangi sebagai kuasa penjajah yang baru. China cuma mahu melindungi kepentingan nasionalnya dan inisiatif seperti 'One Belt One Road' hanya strategi untuk melindungi kepentingan mereka.
"Kita kena faham sejarah dan keadaan geopolitik yang memaksa mereka bertindak agresif. Selama seratus tahun China melalui perang Opium, komunisme di bawah Mao Zedong, kedatangan kuasa Barat dan Jepun," katanya.
Jelasnya kehadiran tentera Amerika Syarikat di Laut China Selatan dan kewujudan negara paksi Asia atau 'Pivot to Asia' yang dicadangkan mendiang Lee Kuan Yew untuk mengimbangi pengaruh China, menyebabkan negara itu bertindak agresif dalam mencapai objektif strategik yang menghubungkannya dengan sumber asli seperti Timur Tengah dan pelaburan pelabuhan di Sri Lanka dan Melaka," katanya.
Namun begitu negara seperti Sri Lanka yang terlibat dengan 'One Belt One Toad' kini menanggung bebanan hutang yang tinggi.
Selain itu pembatalan perjanjian Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) oleh presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, menyebabkan imbangan kuasa dan pengaruh di rantau Asia menjadi berat sebelah.
"Saya secara peribadi amat menyambut baik keputusan Trump membatalkan TPPA. Ini membuka peluang besar kepada China dan sekutunya Rusia melalui Regional Comprehensive Eastern Partnership (RCEP) untuk masuk ke rantau Asia dengan perdagangan lebih besar.
"Ini perkara yang positif kerana ini masanya negara Asia berdikari, cara orang Asia melakukan diplomasi tanpa terpengaruh mana-mana satu blok atau 'unipolar' seperti Amerika Syarikat yang dahulu menetukan segala-galanya termasuk undang-undang kita dan sebagainya.
"Malaysia juga perlu berhati-hati. Kita perlu imbangi mereka bukan dengan membawa musuh mereka tapi rakan yang paling dipercayai China seperti Rusia untuk berunding. Dengan ini Malaysia boleh mengimbangi pengaruh China yang begitu besar di rantau kita," katanya.
Nuradilla Noorazam
Wed Feb 01 2017
Setiap inisiatif geopolitik dan ekonomi negara Tembok Besar itu seharusnya diambil secara strategik dan berhati-hati oleh negara terlibat. - Foto REUTERS/Jason Lee
Pembantu kedai nafi pecah amanah lebih RM200,000
Mohamad Rizal Zainal Abiddin, 31, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Noor Aini Yusof.
Letusan Gunung Ruang jejas ruang udara, penutupan lapangan terbang dilanjutkan
Letusan Gunung Ruang di Wilayah Sulawesi Utara terus menjejaskan ruang udara pada Jumaat, memberi kesan kepada keselamatan penerbangan.
Beras ditemui di tapak pelupusan sampah tidak selamat dimakan - KPKM
Beras yang didakwa dibuang di tapak pelupusan sampah di Temerloh, Pahang didapati telah rosak dan tidak sesuai serta tidak selamat untuk dimakan.
Boeing hasrat tawarkan kereta terbang di Asia menjelang 2030
Kereta terbang ini dijangka menawarkan penyelesaian untuk pelbagai bandar di Asia yang sering sesak dengan kenderaan.
Piala Thomas: Tze Yong digugurkan, Hon Jian isi kekosongan - Rexy
Ng Tze Yong disahkan tidak akan beraksi pada Piala Thomas 2024 dan kekosongan ditinggalkan naib juara Terbuka Artik 2023 itu akan digantikan dengan pemain beregu, Choong Hon Jian.
Isu surat layang: Mangsa ugutan, gangguan seksual diminta lapor polis
Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Perak meminta mangsa yang mendakwa menerima ugutan serta gangguan seksual yang dikaitkan dengan isu surat layang tular membabitkan kakitangan perubatan Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) supaya membuat laporan polis.
Bekalan Darah: Kadar penderma darah dalam negara masih rendah
Menurut Timbalan Pengarah I, Pusat Darah Negara, Kementerian Kesihatan (KKM), Dr Tun Maizura Mohd Fathullah, kadar tersebut perlu ditingkatkan bagi memastikan bekalan darah mencukupi terutamanya pada waktu-waktu terdesak.
KBS umum syarat pelepasan cukai latihan sukan
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mengumumkan syarat-syarat pelepasan cukai bagi latihan sukan pada Jumaat.
Kastam tumpaskan sindiket penyeludupan, temukan dadah bawah pokok
Jabatan Kastam Diraja Malaysia Pulau Pinang menumpaskan cubaan penyeludupan dadah apabila merampas dadah jenis methaphetamine seberat 30 kilogram bernilai hampir RM1 juta.
Pengawal keselamatan didakwa bunuh anak kandung berusia enam bulan
Seorang bapa yang tergamak mendera anak kandungnya yang berusia enam bulan sehingga mengakibatkan mangsa mati didakwa di Mahkamah Bandar Baru Bangi, pada Jumaat kerana kesalahan membunuh.
Syarikat China labur dalam 422 projek di Malaysia
Pelaburan langsung asing China dalam sektor perkilangan di Malaysia telah meningkat lebih empat kali ganda dalam tempoh lima tahun lepas.