CIMB Group meraih anugerah Bank Pelaburan Paling Inovatif di Asia Pasifik pada Anugerah Perbankan Pelaburan 2016 yang berprestij oleh majalah pelaburan terkenal, The Banker yang berpangkalan di United Kingdom untuk kali kedua.
Kali pertama kumpulan perbankan itu memenangi anugerah tersebut pada 2012.
"Kami berbangga untuk menerima anugerah bagi Bank Pelaburan Paling Inovatif di Asia Pasifik daripada The Banker," kata Ketua Eksekutif Kumpulan, Tengku Datuk Seri Zafrul Aziz dalam kenyataan hari ini.
Katanya pengiktirafan itu juga bukti kepada keyakinan pelanggan yang berterusan kepada keupayaan CIMB untuk menyampaikan dan melaksanakan penyelesaian perbankan pelaburan yang terbaik untuk keperluan mereka.
The Banker, sebahagian daripada Financial Times Group, menyediakan risikan mengenai kewangan dan ekonomi untuk sektor kewangan dunia.
Menurut kenyataan itu, Pengerusi CIMB Group, Datuk Seri Nazir Razak hadir untuk menerima anugerah tersebut pada majlis penyampaian anugerah itu di London baru-baru ini.
Antara urus niaga utama bagi CIMB di rantau Asia Pasifik termasuklah pengambilalihan Axiata Group Bhd sebanyak 80 peratus kepentingan ekuiti dalam pengendali mudah alih utama Nepal, Ncell Pte Ltd, bernilai RM5.9 bilion dan CIMB merupakan penasihat utama.
Dalam pasaran modal ekuiti, urus niaga utama adalah tawaran awam permulaan Red Star Macalline Group bernilai US$931 juta di Papan Utama Bursa Saham Hong Kong, dan CIMB Investment Bank satu-satunya penaja jamin di Asia Tenggara, melaksanakan bersama dengan CIMB Securities sebagai penaja jamin bersama dan pengurus utama bersama.
Urus niaga utama lain bagi CIMB pada tahun ini termasuklah Sijil Amanah US$1.0 bilion di bawah prinsip Syariah Wakala oleh Kerajaan Hong Kong (Pengurus, Penaja Jamin dan Penasihat Syariah Utama), program sukuk RM1.0 bilion diwujudkan di bawah rangka kerja Sukuk Pelaburan Mampan dan Bertanggungjawab, serta Kemudahan Jaminan Kredit dan Pelaburan pertama (CGIF) - menjamin bon diterbitkan oleh Thai Corporate (bon luar pesisir pertama IVL Singapore Pte. Ltd yang diterbitkan di luar Thailand dengan nilai SG$195 juta). - BERNAMA
Bernama
Sun Oct 09 2016
ZAFRUL: 'Kami berbangga untuk menerima anugerah bagi Bank Pelaburan Paling Inovatif di Asia Pasifik daripada The Banker.' - Gambar fail
Nestlé Malaysia Bhd kembali perkenal peraduan Nestlé Gaji Seumur Hidup
Nestlé Malaysia Bhd memperkenalkan semula peraduan Nestlé Gaji Seumur Hidup sebagai sebahagian daripada komitmen berterusan dalam meningkatkan kesejahteraan rakyat dan menyumbang kepada komuniti tempatan.
Pelaksanaan SKDS 2.0 bantu elak ketirisan, seludup diesel berterusan
Pelaksanaan Pelaksanaan Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi 2.0 (SKDS 2.0) bersama Industri Pengangkutan Barangan merupakan langkah dalam mewujudkan persekitaran lebih kondusif dan mengelak ketirisan dan penyeludupan berterusan.
Lawatan Rasmi: Mohamad ke China bermula hari ini
Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan mengadakan lawatan rasminya yang pertama ke China selama tiga hari bermula hari ini.
Kupang Port Dickson masih belum selamat dimakan
Larangan terhadap pengambilan kerang-kerangan (dwicengkerang) dari perairan Port Dickson masih lagi dikuatkuasakan demi keselamatan pengguna.
Sivasangari kini ranking ke-11 dunia
Jaguh skuasy wanita negara S. Sivasangari semakin menghampiri kelompok 10 pemain terbaik dunia selepas melonjak dua anak tangga menduduki ranking ke-11 dunia.
Sultan Selangor zahir dukacita, insiden menyayat hati
Sultan Sharafuddin menambah baginda amat menghargai jasa, bakti dan pengorbanan anggota TLDM yang gugur semasa bertugas.
Mayat mangsa dibawa ke HRPB untuk proses bedah siasat
Kesemua 10 mayat mangsa nahas dua helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) akan dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh untuk proses bedah siasat.
10 maut Helikopter bertembung di Lumut
Dua buah helikopter milik Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dilaporkan terhempas ketika menjalani raptai di Kem Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut, Manjung, Perak.
AWANI Ringkas: 10 anggota TLDM maut | Subsidi bersasar
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Guru di kawasan pedalaman Sabah tinggal dalam rumah usang
Aliakbar berkata, beliau banyak menerima aduan daripada pendidik di luar bandar termasuk dari kawasan Sipitang.
CIMB raih anugerah Bank Pelaburan Paling Inovatif di Asia Pasifik 2016
CIMB Group meraih anugerah Bank Pelaburan Paling Inovatif di Asia Pasifik pada Anugerah Perbankan Pelaburan 2016 yang berprestij oleh majalah pelaburan terkenal, The Banker yang berpangkalan di U.K.