Semua pekerja dibawah Persatuan PKS Malaysia (PKS) akan dikekalkan meskipun berdepan dengan kekangan kewangan berikutan pandemik COVID-19.
Penasihat dan Anggota Majlis Kehormat Persatuan PKS Malaysia, Datuk Jalilah Baba berkata, ini kerana, semua syarikat berkenaan komited memperkenalkan program penangguhan bayaran sebahagian daripada gaji kakitangan dalam tempoh sehingga tiga bulan untuk membolehkan operasi syarikat dapat diteruskan.
Katanya, bagaimanapun jumlah penangguhan bayaran gaji itu akan dibayar balik dengan tambahan kadar faedah tertentu selepas keadaan ekonomi negara pulih sepenuhnya.
"Kita telah merangka beberapa langkah atau program untuk menyelamatkan semua pekerja daripada berdepan tindakan dibuang berikutan ketidaktentuan ekonomi dan keupayaan pengoperasian syarikat sepanjang tempoh ini.
"Setakat ini tidak ada satu ahli dalam PKS bertindak membuang pekerja. Sebaliknya kita telah laksanakan satu program dengan melakukan pemotongan sebahagian daripada gaji kakitangan sehingga 25 peratus berdasarkan tangga gaji dalam tempoh tiga bulan supaya syarikat ada aliran tunai yang baik.
"Namun, jumlah potongan itu akan dibayar balik dengan pulangan kaedah faedah sebanyak beberapa peratus berdasarkan persetujuan antara majikan dan pekerja," katanya ketika dihubungi Astro AWANI pada Selasa.
Dalam pada itu, Jalilah berkata, kaedah itu juga mendapat sokongan majoriti pekerja selain membantu menyelamatkan mereka daripada berdepan kehilangan pekerjaan.
"Majoriti pekerja memang suka dengan tawaran ini sebab mereka akan mendapat pulangan yang lebih berbanding jumlah penangguhan bayaran gaji asal.
"Kaedah ini dilihat satu cara untuk kita tidak buang pekerja dan setakat ini kami tidak menerima sebarang bantahan atau pekerja yang tidak suka dengan program yang ditawarkan ini," jelasnya lagi.
Fauzi Suhaimi
Tue Apr 28 2020
Jalilah berkata, setakat ini tidak ada satu ahli dalam PKS bertindak membuang pekerja. - Foto Astro AWANI
ICJ perintahkan Israel ambil tindakan tangani kebuluran di Gaza
Panel hakim di ICJ sebulat suara memerintahkan Israel untuk mengambil tindakan segera bagi menjamin penghantaran bekalan makanan asas kepada warga Palestin di Gaza.
Jangan ambil tindakan sendiri, Malaysia ada undang-undang
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain memberi amaran dan peringatan keras kepada orang ramai untuk tidak mengambil tindakan sendiri berhubung apa jua insiden yang berlaku di negara ini.
34 penjawat awam ditahan, sebabkan ketirisan RM2 bilion
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendedahkan jumlah ketirisan akibat kegiatan sindiket penyeludupan babitkan beberapa anggota Jabatan Kastam Diraja Malaysia di Kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang mencecah 2 bilion ringgit bagi tempoh tiga tahun lepas.
[KOLUMNIS] Penyesuaian pesakit dengan stoma: 5 perkara yang perlu anda ketahui
STOMA merupakan bukaan usus di bahagian badan pesakit yang terhasil selepas pesakit menjalani pembedahan berkaitan usus.
Pasangan suami isteri, dua lelaki didakwa perdagang wanita Malaysia di Peru
Sepasang suami isteri dan dua lelaki yang dihadapkan ke Mahkamah Sesyen mengaku tidak bersalah atas pertuduhan memperdagang dua wanita Malaysia di Peru.
PM ucap selamat raikan Good Friday, Easter Sunday kepada penganut Kristian
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan selamat menyambut hari Good Friday dan Easter Sunday kepada seluruh penganut Kristian.
Singapura rampas 1.5 tan produk segar dan makanan proses dari Malaysia
Kira-kira 1.5 tan produk segar dan makanan diproses yang diimport secara haram dari Malaysia dirampas Agensi Makanan Singapura (SFA).
AWANI Ringkas: Jumlah hari tol percuma kekal
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Kemarau: KADA anggar 40,000 tan metrik hasil padi terjejas
Kawasan tersebut sangat kering, mengakibatkan tanah merekah dan tanaman rosak teruk.
Pemuda Dong warisi perniagaan buah kabung
Proses mendapatkan buah yang turut dikenali sebagai buah nau dalam kalangan masyarakat utara itu rumit dan memerlukan kesabaran tinggi.
Astro catat keuntungan RM44 juta pada suku keempat 2024
Astro berkata, meskipun dibelenggu keadaan makroekonomi tidak menentuia telah mencatatkan hasil dapatan sebanyak RM820 juta, suku ke suku.
All England Live: Enam wakil negara buru slot suku akhir
Zii Jia akan meneruskan perjuangannya dalam Kejohanan All England petang ini, bagi mengulangi rentak cemerlangnya di Birmingham.
Kempen 'Demi Rimba Kita': Pemanas badan Liga Malaysia seiring lindungi alam sekitar
Kempen hasil kerjasama Astro Arena dan Astro Kasih itu juga adalah sebagai pemanas badan untuk saingan Liga Malaysia 2024.
Keluang Man beraksi megah menerusi kolaborasi Astro Shaw, Wonda Coffee
Keluang Man Beraksi Megah Menerusi Kolaborasi Unggul Astro Shaw & Wonda Coffee
KPDN, Astro tekad perangi isu penyiaran tanpa lesen
Hasil pemeriksaan pada Sabtu mendapati hampir 70 peratus pemilik perniagaan terbabit disyaki menayangkan kandungan Astro tanpa menggunakan lesen yang sewajarnya untuk premis komersial.
Selepas Terengganu, Ambang Ramadan Astro berkunjung ke Kelantan dan Pahang
Terengganu menjadi negeri pertama di Pantai Timur yang membuka tirai acara ini menerusi segmen Assalamualaikum Terengganu pada Jumaat.
Sambutan tahun naga meriah di Astro
Pukulan gendang, tarian naga, dan singa juga dipersembahkan sebagai simbolik kepada sambutan perayaan selain pemberian limau mandarin, dan tradisi yee sang.
Curi kandungan: Dua perusahaan bayar ganti rugi RM55,000 kepada Astro
Dua perusahaan bersetuju membayar ganti rugi berjumlah RM55,000 kepada Astro kerana menayangkan kandungan berhak cipta Astro kepada orang ramai di premis perniagaan tanpa kebenaran atau lesen Astro.
7,000 jemaah meriahkan Semarak Subuh Johor bersama Astro
Lebih 7 ribu jemaah hadir mengerjakan solat Subuh sempena Semarak Subuh di Masjid Sultan Iskandar, Bandar Dato Onn, di sini, pagi tadi.
BIZone: Astro perkenal pek kandungan baharu untuk sektor F&B
Astro memperkenalkan pakej kandungan sukan baharu khas untuk sektor perniagaan berasaskan makanan dan minuman yang dikenali sebagai BIZone.