Ketika negara-negara menutup sempadan mereka bagi penumpang terutamanya dari negara-negara yang dilanda wabak COVID-19, syarikat penerbangan mula merasai kesannya dengan Malindo Air yang berpangkalan di Malaysia nampaknya seperti berdepan dengan kekangan aliran tunai.
Sesetengah syarikat penerbangan mengumumkan langkah mengurangkan kos seperti potongan gaji bagi pengurusan dan kru kabin, manakala yang lain mengurangkan sasaran pertumbuhan dan penumpang.
Di Malaysia, Malindo Air nampaknya menjadi syarikat penerbangan pertama mendedahkan 'inisiatif pengurangan kos' berkaitan dengan COVID-19, nama rasmi bagi novel coronavirus 2019 yang diumumkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).
Dalam satu memo dalaman yang diperoleh Bernama yang tercatat nama Ketua Pegawai Eksekutif Malindo Air Kapten Mushafiz Mustafa Bakri di dalamnya, menyatakan bahawa syarikat penerbangan itu terpaksa mengurangkan banyak laluan penerbangan berjadualnnya berikutan cabaran operasi yang disebabkan oleh COVID-19.
Seterusnya selepas menyebut "inisiatif pengurangan kos untuk kekal bertahan", memo bertarikh 7 Feb, 2020, itu mencatatkan "Ini, seterusnya telah menyebabkan kekangan besar dalam aliran tunai kita."
Memandangkan keadaan ini, Malindo Air terpaksa membuat pembayaran berperingkat bagi gaji Februari 2020, kata memo itu.
Menurut memo itu lagi, kesemua kakitangan dengan gaji kasar RM5,000 ke bawah akan dibayar penuh pada Jumaat tetapi bagi yang dengan gaji kasar atau asas lebih daripada RM5,000 akan hanya mendapat gaji asas dan bakinya akan dibayar pada 7 Mac, 2020.
Usaha untuk menghubungi Malindo Air bagi penjelasan selanjutnya berhubung perkara itu tidak berjaya.
Begitu juga, Thai Airways pada Rabu mengumumkan potongan gaji bagi pengurusan dengan pengurusan kanannya secara sukarela mengurangkan gaji mereka sebanyak 25 peratus bagi tempoh enam bulan bermula Mac.
Inisiatif itu diambil bagi mengurangkan kerugian daripada kesan penurunan penumpang susulan penularan wabak tersebut, demikian menurut laporan berita.
Sementara itu, syarikat penerbangan nasional Hong Kong Cathay Pacific Airways mengurangkan penerbangannya susulan COVID-19 dan mengunjurkan penurunan keuntungannya bagi tahun ini.
Syarikat penerbangan itu juga meminta kakitangannya mengambil cuti tanpa gaji untuk mengurangkan perbelanjaan operasi kerana ia berkemungkinan akan berdepan gangguan pada bulan-bulan akan datang.
Syarikat penerbangan tambang rendah AirAsia pula telah membatalkan beberapa penerbangan terpilih ke China, Korea Selatan dan Taiwan memandangkan kebimbangan kesihatan berikutan penularan COVID-19 dan menawarkan bayaran balik penuh.
Firma penyelidikan CGS-CIMB Research, dalam nota penyelidikannya menjangkakan kumpulan penerbangan itu mungkin mencatatkan kerugian bersih teras RM1.1 bilion susulan permintaan dan hasil rendah di Malaysia, Thailand dan Filipina, memandangkan penerbangannya yang banyak ke China, Hong Kong dan Macau.
Syarikat penerbangan tempatan lain, Malaysia Airlines, membenarkan pembatalan dengan bayaran balik penuh serta perubahan tiket percuma bagi penerbangan ke dan dari tanah besar China.
Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA) mengumumkan penilaian awal impak COVID-19 menunjukkan potensi 13 peratus kerugian tahun penuh permintaan penumpang bagi syarikat penerbangan di rantau Asia Pasifik.
Memandangkan pertumbuhan syarikat penerbangan rantau ini diunjurkan pada 4.8 peratus, kesan bersih dijangkakan penguncupan tahun penuh pada 8.2 peratus berbanding paras permintaan 2019.
"Dalam senario ini, ia akan membawa kepada kerugian hasil US$27.8 bilion (US$1=RM4.20) pada 2020 bagi syarikat penerbangan di rantau Asia-Pasifik -- sebahagian besarnya akan ditanggung oleh syarikat penerbangan yang berdaftar di China, dengan kerugian US$12.8 bilion di pasaran China sahaja," kata IATA, yang mewakili kira-kira 290 syarikat penerbangan terdiri daripada 82 peratus trafik udara global.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Feb 28 2020
Malindo Air dikatakan terpaksa membuat pembayaran berperingkat bagi gaji Februari 2020. - Gambar hiasan
Gabungan golf dan bola sepak, footgolf sukan santai dan menyeronokkan
Footgolf menggabungkan dua sukan paling popular di dunia iaitu bola sepak dan golf, dengan kaki berfungsi sebagai kayu golf untuk menendang bola sepak saiz lima ke lubang yang ditetapkan.
Freedom Flotilla to Gaza: Misi sekali lagi ditangguhkan, dijangka berlepas pada Jumaat
Ketika ini lokasi kapal memulakan pelayaran akan ditukarkan ke satu lokasi yang akan diumumkan dalam masa terdekat.
Pihak produksi masih terima Naim Daniel jika ubah fikiran
Ketua saluran Astro Ria, Norzeha Mohd Salleh memberitahu bahawa pihak produksi masih lagi memberi ruang kepada penyanyi tersebut untuk mempertimbangkan semula tawaran yang diberikan.
The Hardest Singing Show cabar kreativiti penyanyi tempatan
Program The Hardest Singing Show mencari satu juara yang mampu menyahut cabaran kreativiti luar limitasi.
Pekerja Ahli Parlimen EU disyaki jadi pengintip China
Polis Jerman telah menahan seorang pekerja ahli politik Parlimen Eropah Alternative for Germany (AfD) kerana disyaki menjadi pengintip China.
Amaran ribut hujan tahap tertinggi dikeluarkan di Guangdong, selatan China
Lebih 100,000 orang sudah dipindahkan akibat hujan lebat dan banjir yang boleh membawa maut di selatan China.
Jokowi dan anaknya bukan lagi ahli PDIP
Presiden Indonesia Joko Widodo atau Jokowi dan anaknya, bakal naib presiden Gibran Rakabuming Raka, bukan lagi ahli parti terbesar negara itu selepas mereka menyokong calon pesaing yang juga pemenang pilihan raya Prabowo Subianto.
Lima migran maut ketika cuba memasuki Perancis
Lima termasuk seorang kanak-kanak, maut dalam cubaan menyeberangi Selat Inggeris dari Perancis pada Selasa.
Polis New York lakukan penahanan himpunan lewat malam
Polis New York bertindak melakukan penahanan membabitkan peserta yang terlibat dalam himpunan solidariti terhadap Palestin di Universiti New York (NYU) pada lewat malam Isnin. Penahanan itu dibuat selepas mereka didakwa mengingkari arahan amaran pihak universiti untuk bersurai dan mengosongkan plaza yang menjadi tempat mereka berkumpul.
Break The Siege: Ada kemungkinan lokasi pelepasan kapal ditukar
Jawatankuasa Pemandu Freedom Flotilla Coalition (FFC), Kamarul Zaman Shaharul Anwar memaklumkan, wujud kemungkinan lokasi pelabuhan bagi pelepasan kapal yang terlibat dalam misi Break the Siege of Gaza Freedom Flotilla ditukar.
Gunung Ruang meletus: Beberapa penerbangan AirAsia kembali beroperasi
AirAsia turut menyediakan pilihan kepada penumpang yang terjejas akibat penerbangan yang terpaksa dibatalkan.
Letusan Gunung Ruang: Malaysia Airlines, AirAsia batal penerbangan Kuala Lumpur ke Sabah, Sarawak
Malaysia Airlines umum pembatalan 11 penerbangan Sabah dan Kuala Lumpur serta lapan penerbangan laluan Sarawak dan Kuala Lumpur dibatalkan.
Pembatalan penerbangan: AirAsia sedia pilihan kepada penumpang
Bo Lingam berkata penumpang yang ingin melakukan perubahan tempahan secara dalam talian boleh berbuat demikian di airasia.com atau AirAsia MOVE.
AirAsia tawar menu nasi lemak dua kali saiz
Santan memperkenalkan Nasi Lemak Pak Nasser Terpaling Istimewa (Double Special), hidangan ikonik yang kini bersaiz dua kali ganda berbanding asal.
Trafik penumpang udara diunjur berkembang 2% menjelang akhir 2024 - MIDF
Tinjauan menunjukkan bahawa faktor muatan selepas wabak adalah setanding dengan, jika tidak lebih tinggi daripada, tahap prapandemik.
Aidilfitri: AirAsia tawar lebih 22,000 tempat duduk tambang tetap ke Sabah, Sarawak
AirAsia menawarkan lebih 22,000 tempat duduk pada tambang rendah tetap untuk penerbangan lewat malam sempena sambutan Hari Raya antara Semenanjung, Sabah dan Sarawak.
AirAsia sasar hak trafik dua hala ke beberapa bandar di India
Tumpuan untuk meluaskan rangkaian penting bagi AirAsia kerana bandar utama di India telah mencapai puncak pengembangan.
Pesawat Airbus A321LR jadi pilihan pengembangan armada AirAsia
Fernandes berkata, daripada 362 pesawat A321neo (pilihan enjin baharu), 36 pesawat telah ditukar kepada A321LR (jarak jauh).
AirAsia tawar tambang promosi lapan jam ke Almaty
Tambang promosi boleh ditempah melalui aplikasi airasia Superapp atau laman web untuk tempoh perjalanan bermula 14 Mac hingga 26 Okt, 2024.
Tambang tetap penerbangan tambahan tengah malam, Loke hargai AirAsia
Loke juga telah memberikan kemeja-T merah percuma kepada penumpang penerbangan AK9070 ke Sibu, Sarawak pada 7 Feb lepas.