Tutup

Berita  | Bisnes

Daihatsu sahkan berunding dengan Dreamedge untuk kereta nasional ketiga

Daihatsu sahkan berunding dengan Dreamedge untuk kereta nasional ketiga
Menurut Pengerusi Daihatsu, Soichiro Okudaira masih terlalu awal untuk mengulas perkara berkenaan. - Foto Astro AWANI/Najib Aroff
TOKYO: Gergasi pengeluar kenderaan Jepun, Daihatsu Motor Co Ltd mengesahkan sudah berhubung dengan syarikat kejuruteraan Malaysia, Dreamedge bagi membangunkan kereta nasional ketiga negara.

Bagaimanapun menurut Pengerusi Daihatsu, Soichiro Okudaira masih terlalu awal untuk mengulas perkara berkenaan.

“Kami baru sahaja berhubung dengan Dreamedge untuk kerjasama masa hadapan.

“Kami belum memutuskan sebarang perkara dan kami tidak boleh memberi sebarang perincian.
“Kami tidak boleh beritahu bila dan apakah bentuk sokongan dari kami,” katanya ketika ditemui media di Pameran Auto Tokyo 2019.

Daihatsu katanya terbuka kepada sebarang bentuk kerjasama baik dari sokongan teknologi mahupun kepakaran.
Pada 9 Ogos Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Darell Leiking mengesahkan Daihatsu akan menyediakan sokongan teknologi canggih bagi pembangunan kereta nasional ketiga.

Ia dijangka berkerjasama dengan Dreamedge, syarikat tempatan yang akan mengemudi projek berkenaan.


Tag: Tokyo, Jepun, Malaysia, Daihatsu, Dreamedge, kereta nasinal ketiga, Proton



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.