Pasaran saham Malaysia yang ditutup pada 1,858.26 mata pada Rabu, naik 0.54 peratus, daripada penutup sebelumnya, kekal kukuh sejak tiga hari lepas dan ini mencerminkan asas ekonomi Malaysia yang kukuh dan keyakinan pelabur, kata Bursa Malaysia Bhd.
Walaupun terdapat ketidakpastian apabila pasaran dibuka semula pada Isnin selepas Pilihan Raya Umum Ke-14, tanda-tanda menggalakkan muncul awal dan kekal, dengan sokongan kukuh dilihat di kalangan pembeli tempatan dan asing di pasaran yang kekal stabil sepanjang separuh pertama minggu ini.
Nilai dagangan sebanyak RM7.3 bilion pada Isnin adalah yang tertinggi dalam rekod, dengan kecepatan pasaran harian pada 96 peratus. Pasaran itu dilihat kembali normal hari ini, naik 10.06 mata daripada penutup sebelumnya.
"Fakta bahawa pasaran itu berdaya tahan dan terus disokong sejak tiga hari lepas mencerminkan asas ekonomi Malaysia yang kukuh dan keyakinan pelabur."
"Penambahan dua hari cuti membolehkan pasaran membuat keputusan pelaburan rasional yang disokong oleh pertumbuhan pendapatan korporat yang lebih kukuh dan prospek ekonomi yang positif," kata Ketua Pegawai Eksekutif Bursa Malaysia, Datuk Seri Tajuddin Atan dalam satu kenyataan.
Perkembangan yang akan berlaku seperti pembaharuan institusi dan tadbir urus akan meningkatkan daya saing Malaysia sejajar dengan usaha berterusan Bursa Malaysia dalam memperjuangkan tadbir urus korporat di kalangan syarikat tersenarai sebagai penyumbang utama pertumbuhan mampan.
Bursa akan terus meningkatkan inisiatif untuk meningkatkan kedalaman, keluasan dan kekukuhan pasaran modal Malaysia, kata Tajudin.
Sejajar dengan fungsinya sebagai bursa saham negara, Bursa Malaysia telah memastikan langkah pengurusan pasaran yang mencukupi dan mantap telah disediakan untuk mengekalkan pasaran yang adil dan teratur sekiranya berlaku turun naik yang berlebihan, tambahnya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed May 16 2018
Bursa akan terus meningkatkan inisiatif untuk meningkatkan kedalaman, keluasan dan kekukuhan pasaran modal Malaysia. - Gambar hiasan
Pas puji tindakan pantas kendalikan tragedi helikopter TLDM
PAS memuji tindakan pantas Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dalam mengendalikan tragedi dua helikopter terhempas yang mengorbankan 10 anggota dan pegawai Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) pada Selasa.
Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan turut Merakamkan ucapan takziah kepada semua keluarga mangsa.
Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan turut Merakamkan ucapan takziah kepada semua keluarga mangsa.
Penghormatan terakhir mangsa nahas helikopter
Ikuti perkembangan terkini bersama wartawan Astro AWANI, Ridauddin Daud, langsung dari Ipoh, Perak untuk upacara penghormatan terakhir dan pengebumian 10 wira negara yang maut dalam nahas helikopter terhempas di pangkalan udara TLDM, Lumut, pada pagi Selasa.
Bursa Malaysia dibuka tinggi
Bursa Malaysia dibuka tinggi hari ini menjejaki prestasi semalaman Wall Street yang menggalakkan berikutan keyakinan didorong oleh pendapatan korporat yang kukuh.
Penghormatan terakhir buat kru TLDM terkorban
Semua jenazah akan dibawa sebaik proses bedah siasat dijalankan selesai di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh yang dijangka sekitar jam 2 petang pada Rabu.
Pemandu bas ekspres buat 'live' TikTok kena saman
Mereka dikesan melakukan kesalahan itu dalam Ops Hari Raya Aidilfitri (HRA) bermula 1 hingga 20 April lepas.
Nahas helikopter Lumut: DUN Sabah bertafakur seminit hormati mangsa
Ucapan takziah itu disampaikan Timbalan Speaker DUN Sabah, Datuk Al Hambra Tun Juhar sebelum memulakan sesi soal jawab pada sidang DUN.
Nahas helikopter Lumut: Pas puji tindakan pantas Menteri Pertahanan
PAS memuji tindakan pantas Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dalam mengendalikan tragedi dua helikopter terhempas yang mengorbankan 10 anggota dan pegawai Tentera Laut Diraja Malaysi
Suspek kes tembak di KLIA berdepan tujuh pertuduhan
Hafizul Hhawari mohon dibicarakan terhadap kesemua pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Nik Habri Muhamad.
Warga emas hidup 'berteman' lebih 2 tan sampah
Sudah menjadi tabiat lelaki ini yang hidup sebatang kara mengumpul sampah di dalam dan luar rumahnya tetapi bukan untuk dijual.
Nahas helikopter Lumut: Lori bawa 10 keranda tiba di Jabatan Forensik HRPB
Kesemua 10 jenazah akan dibawa ke Batalion 23 Rejimen Askar Melayu Diraja, Ipoh bagi istiadat rasmi sebaik proses bedah siasat selesai.
Bursa Malaysia dibuka tinggi
Bursa Malaysia dibuka tinggi hari ini menjejaki prestasi semalaman Wall Street yang menggalakkan berikutan keyakinan didorong oleh pendapatan korporat yang kukuh.
Bursa Malaysia ditutup tinggi
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 2.05 mata kepada 1,561.64 daripada 1,559.59 pada Isnin.
Bursa Malaysia teruskan kenaikan pada sesi awal, jejak prestasi Wall Street
Pada 9.10 pagi, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 4.34 mata kepada 1,563.93 daripada paras 1,559.59 di akhir dagangan semalam.
Pembelian ekuiti oleh institusi tempatan cecah paras tertinggi enam tahun minggu lepas
Pembelian bersih oleh institusi tempatan di Bursa Malaysia mencecah paras tertinggi enam tahun minggu lepas, berjumlah RM1.79 bilion.
Bursa Malaysia dibuka tinggi
Pada 9.25 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 9.73 mata kepada 1,557.30 daripada 1,547.57 pada Jumaat lepas. Indeks petunjuk pasaran dibuka tinggi satu mata kepada 1,548.57.
Bursa Malaysia dijangka mengalami keadaan tidak banyak berubah minggu depan
FBM KLCI dijangka turun naik dalam julat 1,528 hingga 1,560 minggu depan, dengan sokongan serta-merta pada 1,520, diikuti oleh 1,508.
Bursa Malaysia dibuka meningkat, pelabur tumpu saham dengan rizab tunai tinggi
Pada 9.22 pagi, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menokok 4.86 mata kepada 1,549.62 daripada penutupan Khamis iaitu 1,544.76.
Bursa Malaysia ditutup tinggi susulan sentimen yang bertambah baik
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 4.34 mata atau 0.28 peratus kepada 1,544.76 daripada paras penutup 1,540.42 pada Rabu.
Bursa Malaysia bertukar positif dalam dagangan awal selepas dibuka rendah
Pada 9.17 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 1.17 mata kepada 1,541.59 daripada 1,540.42 semasa ditutup pada Rabu.
Bursa Malaysia ditutup tinggi akhiri penurunan empat hari berturut-turut
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 5.42 mata atau 0.35 peratus kepada 1,540.42 daripada paras penutup 1,535.0 pada Selasa.