KUALA LUMPUR:Penyelidikan oleh MIDF Amanah Investment Bank (MIDF Amanah) mengunjurkan ekonomi Malaysia mengalami pemulihan dan merekodkan pertumbuhan pada tujuh peratus pada 2021.
Ia menjelaskan pemulihan itu akan disokong oleh permintaan domestik yang meningkat memandangkan pengguna dan perniagaan terus menaikkan perbelanjaan mereka.
"Bagi 2020, kami mengekalkan unjuran ekonomi Malaysia pada -4.8 peratus, selepas mengambil kira pemulihan kukuh pada suku ketiga 2020 dan kesan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) secara bersasar ke atas pertumbuhan pada suku keempat 2020," menurut bank pelaburan itu menerusi nota penyelidikan hari ini.
MIDF Amanah menekankan berasaskan petunjuk ekonomi terkini, aktiviti ekonomi mencatatkan pemulihan daripada paras rendah pada suku kedua 2020, namun ada juga indikator yang menunjukkan pemulihan lemah pada suku keempat berikutan lonjakan kes COVID-19.
Menurutnya, kenaikan ketara kes jangkitan COVID-19 di peringkat tempatan mendorong kerajaan mengenakan PKPB secara bersasar ke atas hampir semua negeri pada tempoh sukuan tersebut.
"Kami berpandangan PKPB pada masa ini ini adalah lebih longgar berbanding Perintah Kawalan Pergerakan pada Mac hingga April lepas memandangkan aktiviti perniagaan kini telah dibenarkan beroperasi dengan mematuhi prosedur operasi standard.
"Bagaimanapun, kami menjangkakan aktiviti perbelanjaan domestik dikekang oleh sekatan pergerakan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Dec 31 2020
MIDF Amanah menekankan berasaskan petunjuk ekonomi terkini, aktiviti ekonomi mencatatkan pemulihan daripada paras rendah pada suku kedua 2020. - Gambar fail
Nancy harap tindakan segera diambil kurangkan populasi buaya
Populasi buaya yang semakin meningkat di Sarawak dipercayai mencetuskan konflik antara reptilia itu dan manusia sehingga mencetuskan beberapa siri serangan buaya ke atas manusia.
Warga emas cari lokan disyaki dibaham buaya masih belum ditemui
Pasukan SAR bagi mencari Minu Kin, warga emas yang dipercayai dibaham buaya ketika mencari kolan di Sungai Rayu, Lundu pada Rabu lalu masih gagal menemui sebarang petunjuk selepas tiga hari operasi dijalankan.
PRK Kuala Kubu Baharu: 'DAP ada calon layak terdiri daripada Melayu, Cina, India'
Ng Sze Han berkata pihaknya mempunyai ramai calon yang layak bertanding terdiri daripada pelbagai kaum termasuk Melayu, Cina dan India.
Pelajar maut rentas desa: 'Guru sedaya upaya cuba selamatkan Nuqman'
Masyarakat diharap tidak menyebarkan maklumat salah berhubung kematian pelajar di sebuah sekolah menengah ketika menyertai kejohanan merentas desa pada Jumaat.
Awas taktik penipuan beri hadiah percuma ke rumah
Orang ramai diingatkan supaya tidak mudah terpedaya dengan pemberian hadiah percuma dari rumah ke rumah, yang dipercayai menjadi taktik terbaharu sindiket penipuan.
Beras di tapak pelupusan sampah di Temerloh tidak selamat dimakan
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) jelaskan beras yang didakwa dibuang di tapak pelupusan sampah di Temerloh, Pahang didapati telah rosak dan tidak sesuai serta tidak selamat untuk dimakan.
Pelajar sekolah meninggal dunia ketika merentas desa
Seorang pelajar lelaki sebuah sekolah menengah di sini rebah sebelum disahkan meninggal dunia ketika menyertai kejohanan merentas desa di sekolahnya pada Jumaat.
Batik Air gantung operasi ke Istanbul bermula 1 Mei 2024
Menerusi satu kenyataan pada Jumaat, syarikat penerbangan itu berkata keputusan itu dibuat sebagai respons terhadap situasi di Timur Tengah yang memberi kesan kepada laluan penerbangan Batik Air.
Pertimbangan pelayaran misi Break the Siege Of Gaza Freedom Flotilla
Misi Break the Siege Of Gaza Freedom Flotilla akan tetap diteruskan di sebalik konflik terbaharu antara Israel dan Iran.
Perkara itu disahkan Jurucakap Freedom Flotilla Coalition (FFC), ann wright pada sidang media di Istanbul Turki.
Wartawan kami, Syaff Shukri yang menyertai misi itu ada perincian.
Perkara itu disahkan Jurucakap Freedom Flotilla Coalition (FFC), ann wright pada sidang media di Istanbul Turki.
Wartawan kami, Syaff Shukri yang menyertai misi itu ada perincian.
Penipuan SMS 'syarikat telco' dikesan kembali aktif
Taktik penipuan melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) yang kononnya dihantar daripada syarikat telekomunikasi terkenal dikesan kembali aktif sejak awal tahun ini.
Dua remaja 15 tahun antara lapan ditahan sertai parti persendirian
Dua remaja perempuan antara lapan individu yang ditahan polis kerana menyertai parti persendirian di sebuah unit soho di sebuah kondominium dekat Shah Alam awal pagi tadi.
Susulan kes Neelofa, Menteri Besar Negeri Sembilan, Selangor bincang soal 'jual beli' Nilai 3
Netizen berseloroh mendakwa tiada kesalahan rentas negeri direkodkan ke atas Neelofa dan PU Riz kerana Nilai 3 di bawah jajahan negeri Selangor.
Neelofa, PU Riz tidak dikenakan tuduhan rentas negeri - Pejabat Peguam Negara
Pejabat Peguam Negara membuat keputusan tidak mengenakan tuduhan rentas negeri terhadap pasangan selebriti, Noor Neelofa Mohd Noor dan suaminya, Muhamad Haris Mohd Ismail atau PU Riz.
COVID-19: Labuan laksana PKPB, SOP Aidilfitri diperketatkan
Pelaksanaan PKPB itu akan menggunapakai SOP PKPB dan sektor sosial dengan beberapa pindaan.
'Sehingga ada arahan baharu, saya andaikan Sabah masih berstatus PKPB' - Masidi
Sehingga ada arahan baharu, Sabah diandaikan masih di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
Konsep kutipan makanan tanpa sentuh di R&R sepanjang Lebuh Raya PLUS
PLUS menawarkan kemudahan dan kutipan tanpa sentuh menerusi fungsi Pre-Order PLUS melalui Aplikasi PLUS yang menawarkan menu pilihan kepada pelanggan di 21 R&R terpilih.
Johor benarkan operasi bazar Ramadan, Aidilfitri di tiga daerah PKP
Kerajaan Johor membenarkan operasi bazar Ramadan dan Aidilfitri di tiga daerah yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula esok.
Polis panggil Neelofa, PU Riz isu tular rentas negeri beli karpet di Nilai 3
Selebreti Neelofa terus mencetuskan kontroversi di media sosial apabila sekali lagi dia didakwa 'merentas negeri' ke Pusat Perniagaan Nilai 3 di Negeri Sembilan.
Mesej tular 'PKP seluruh Selangor' palsu
Kenyataan yang tular mendakwa kononnya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) seluruh Selangor akan dilaksanakan sama ada 4 Mei atau 5 Mei 2021 adalah palsu.
Kelantan masih PKP, 5 negeri PKPB, 9 negeri PKPP - Ismail Sabri
Kerajaan bersetuju mengekalkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di kesemua 10 jajahan atau daerah di negeri Kelantan.