Perdana Menteri Thailand, Jeneral Prayut Chan-o-cha yakinekonomi negara itu akan mencatat pertumbuhan positif dan menjangkakan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) berkembang antara 3.5 peratus dan 4.0 peratus pada 2017.

Beliau turut menjangkakan eksport berkembang lima peratus tahun ini selepas sektor tersebut mencatatkan prestasi cemerlang dengan pertumbuhan dua digit pada Julai.

"Eksport pada Julai meningkat 10.5 peratus tahun ke tahun, dan kita menjangkakan pertumbuhan keseluruhan (eksport) pada lima peratus tahun ini," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan kabinet di sini, hari ini.

Perdana Menteri itu berkata, pertumbuhan kukuh eksport setakat ini pada 2017 dipacu, antara lain, oleh pembukaan pasaran baharu untuk pengeluar dan pengilang Thailand.

Beliau berkata, pelabur dan rakan dagang Thailand mementingkan kestabilan politik, dan mahu aspek itu berterusan demi kepentingan ekonomi Thailand.

-- BERNAMA