Teresa Kok menyelar tindakan Kesatuan Eropah (EU) yang menghalang usaha Malaysia mencapai Sustainable Development Goals (SDG) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) melalui usaha berterusan mengeluarkan secara berperingkat minyak sawit daripada pasaran mereka.
Menteri Industri Utama itu turut menyelar dakwaan yang menyatakan bahawa minyak sawit adalah punca kepada penyahutanan.
Beliau menegaskan, litupan hutan Malaysia melebihi 50 peratus daripada kawasan litupan hutan yang sepatutnya.
"Ini selaras dengan komitmen yang telah dibuat di peringkat antarabangsa dan jumlah ini tidak mampu ditandingi oleh negara-negara pengkritik," katanya.
Kok berkata demikian ketika ditemui selepas menyampaikan ucaptama di European Palm Oil Conference di sini pada Khamis.
Katanya, Malaysia telah mengambil pelbagai inisiatif termasuk melabur dalam usaha kemampanan serta mematuhi amalan mampan minyak sawit.
“Walau bagaimanapun tindakan anti minyak sawit oleh EU memberi mesej kepada negara pengeluar minyak sawit bahawa usaha untuk melabur dalam inisiatif mampan tidak membuahkan hasil.”
“EU sepatutnya membantu negara-negara membangun dalam mencapai SDG dan bukannya mengenakan dasar dan peraturan yang membebankan seterusnya melemahkan usaha-usaha mereka ke arah mencapai SDG,” katanya.
Dalam ucaptamanya, Kok menerangkan mengenai langkah kemampanan yang dilaksanakan oleh Malaysia dan membantah secara keras tuduhan terhadap minyak sawit di Eropah.
Beliau juga mengingatkan bahawa berdasarkan definisi PBB, kemampanan sosial dan ekonomi adalah sama penting dengan kemampanan alam sekitar.
Menurutnya, Malaysia sebagai peneraju minyak sawit mampan dunia telah melaksanakan pelbagai langkah kawalan alam sekitar serta pada masa yang sama berjaya meningkatkan taraf hidup komuniti melalui aktiviti penanaman kelapa sawit.
"Malaysia mempunyai rantaian pengeluaran minyak sawit mampan yang dipersijilkan mengikut piawaian dan pematuhan undang-undang tempatan dan antarabangsa,” kata Kok.
Tambah beliau, skim Pensijilan Minyak Sawit Mampan (MPSPO) akan dimandatorikan di sepanjang rantaian pengeluaran minyak sawit menjelang 2020.
"Tambahan pula, syarikat-syarikat Malaysia telah melaksanakan sepenuhnya kriteria kemampanan yang diperlukan untuk memenuhi kriteria yang membebankan sepertimana yang ditetapkan oleh EU.
"Di samping itu, kita juga telah mengguna pakai persijilan International Sustainability and Carbon Certification dari Jerman dan Roundtable on Sustainable Palm Oil (RSPO) bagi eksport minyak sawit negara,” katanya.
Namun begitu, katanya, Malaysia pernah diancam dengan pembatalan import ke atas semua produk sawit susulan daripada usul Parlimen EU ke atas biobahan api sawit.
"Untuk itu, sekiranya EU mencari jalan untuk mengeluarkan atau menyekat minyak sawit Malaysia, ia memberi isyarat kepada negara-negara membangun bahawa melabur dalam inisiatif mampan adalah sia-sia,” tambah beliau.
Pada seminar tersebut, Kok turut melancarkan buku poket berkenaan Kegunaan Minyak Sawit terbitan Lembaga Minyak Sawit Malaysia dalam Bahasa Sepanyol.
Beliau mengetuai misi sawit ke Switzerland, Sepanyol dan Belgium dari 28 September hingga 6 Oktober 2018, yang turut disertai pegawai kanan kementerian, MPOB, Majlis Minyak Sawit Malaysia, Majlis Pensijilan Minyak Sawit Malaysia dan Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia.
Astro Awani
Sat Oct 06 2018
Teresa kok menerima cenderahati daripada Pengerusi European Palm Oil Alliance Frans Classen selepas menyampaikan ucaptama di European Palm Oil Conference di Madrid, Sepanyol, 4 Okt, 2018. --fotoBERNAMA
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 25 April 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Netizen korek gambar lama Ruhainies makan bersuap dalam ferrari, netizen: “Macam mana boleh downgrade…”
Nama Ruhainies kembali menjadi bualan netizen gara-gara tangkap layar perbualan menerusi Whatsapp yang didakwa merupakan perbualannya bersama Aliff Aziz viral di media sosial.
Tumpuan Jumaat - 26 April 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
AWANI Ringkas: Nahas helikopter TLDM
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AirAsia X timbang tawar penerbangan ke Eropah Timur, London dan Orlando
AirAsia X menimbang kemungkinan untuk menawarkan penerbangan ke negara di Eropah Timur dan menyambung semula laluan ke London serta menggunakan hak pendaratannya di Orlando.
ASEAN-BAC akan tertumpu mendorong janji niaga, transaksi, produk serantau
Asean-BAC yang akan dipengerusikan oleh Malaysia tahun depan akan tertumpu untuk menghasilkan peningkatan janji niaga.
Menteri Luar Malaysia perkukuh hubungan dengan China semasa lawatan rasmi pertama
Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan mengadakan perbincangan substantif dengan rakan sejawatannya, Wang Yi, dalam lawatan pertama beliau ke China sejak memegang jawatan itu pada Disember 2023.
PRK Kuala Kubu Baharu: Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon PN
Pemangku Ketua Bahagian Bersatu Hulu Selangor Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu.
MITRA rangka pelbagai bantuan untuk pembangunan masyarakat India
Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (MITRA) sedang merangka pelbagai program bantuan yang bersesuaian bagi pembangunan kaum itu.
TPM Fadillah lawat Indonesia bagi strategi kerjasama perangi lobi anti minyak sawit
Fadillah akan menyusun strategi dan memperkukuh usaha untuk memerangi kesan negatif yang menyelubungi komoditi itu.
Minyak sawit kembali curi perhatian
Pertandingan diadakan untuk mendidik dan menimbulkan kesedaran dalam kalangan masyarakat mengenai kelebihan minyak sawit dan bagaimana untuk menggunakannya dalam pelbagai cara.
EU halang usaha Malaysia capai matlamat pembangunan mampan PBB - Teresa Kok
Menteri Industri Utama itu turut menyelar dakwaan yang menyatakan bahawa minyak sawit adalah punca kepada penyahutanan.