Simpanan Persekutuan Amerika Syarikat, The Fed, memotong kadar faedah sebanyak 25 mata asas untuk kali pertama dalam masa lebih 10 tahun.

Pemotongan ini dilakukan selepas The Fed menaikkan kadar faedah sebanyak 9 kali dalam masa 3 tahun.

Kali terakhir kadar faedah dinaikkan adalah pada Disember lepas.

Menurut laporan CNBC, keputusan ini dilakukan selepas wujud kegusaran berkenaan risiko ekonomi AS yang memperlahan akibat isu dagangan global, termasuk perang dagangan China-AS.

Pemotongan ini menjadikan kadar faedah di Amerika berada dalam julat 2.00 ke 2.25 peratus setahun.

Bagi pengguna di AS, ini akan memberikan mereka kelegaan susulan peningkatan kadar pinjaman sebelum ini yang memberikan kesan kepada bayaran balik pinjaman rumah, kad kredit dan pendidikan serta bayaran kereta.

Namun dalam masa yang sama, kadar faedah yang diterima untuk akaun simpanan mereka akan menurun.