Filipina, di bawah Presiden Rodrigo Duterte, berusaha mengembangkan industri halal di negara berkenaan bagi menarik pelancong Islam juga untuk memenuhi permintaan yang semakin meningkat daripada masyarakat Islam dan bukan Islam.
Penolong Setiausaha Jabatan Perdagangan dan Industri Filipina, Abdulgani Macatoman, berkata pembangunan industri halal di di negara itu melangkah setapak lagi melalui penyusunan Undang-Undang Halal, baru-baru ini, membabitkan 10 agensi yang diterajui jabatannya untuk membangunkannya.
"Jumlah masyarakat Islam di Filipina adalah 11 juta atau 10 peratus daripada jumlah penduduk.
"Kami mengeksport US$800 juta (US$1 = RM3.86) produk halal ke kebanyakan negara ASEAN dan Arab. Kami menjangkakan peningkatan dalam industri ini di Filipina, terutama dengan bahagian mengenai Undang-Undang Halal berkenaan," katanya kepada Bernama ketika mengadakan lawatan ke Pertubuhan Berita Nasional Malaysia, Bernama, di sini, hari ini.
Abdulgani mengetuai delegasi 100 peserta dari Filipina ke Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) 2018
Beliau menghabiskan masa kira-kira 30 minit mengadakan perbincangan dengan Pengerusi Bernama, Datuk Seri Azman Ujang, mengenai pembangunan industri halal di Filipina serta pelbagai isu.
Abdulgani berkata, sejak Duterte mengambil alih kepemimpinan negara berkenaan, presiden yang agak lantang itu memberi penekanan kepada pembangunan industri halal.
"Presiden kami, secara peribadi, amat mengambil berat berhubung pembangunan industri halal dan memulakannya di bandarnya sendiri, Davao City," katanya
Katanya, Davao City adalah ibu negeri Mindanao, kerajaan tempatan pertama yang menubuhkan Majlis Bandar Raya Halal dan disasarkan untuk menjadi hab halal kepada Filipina.
"Kita dapat melihat dengan jelas pertumbuhan yang ketara industri halal di Filipina (selepas Duterte menjadi Presiden)," katanya.
Abdulgani berkata, sebagai sebuah negara di mana pelancongan memainkan peranan besar kepada ekonomi, industri halal dilihat sebagai penting kepada Filipina bagi menarik 145 juta pelancong Islam dari negara-negara Arab juga dari rantau ASEAN.
Katanya, Filipina juga sedang membangunkan rantaian bekalan halalnya bagi memastikan produk berkenaan, bermula dari ladang sehingga kepada pengguna, memenuhi standard halal.
"Ini termasuk logistik, penyimpanan dan makanan haiwan. Kategori yang berlainan ini dapat menghasilkan banyak peluang dan ia adalah satu bidang perniagaan yang sangat besar kepada kami," katanya.
Katanya, negara berkenaan juga sudah menandatangani pelbagai perjanjian dengan Kawasan Pertumbuhan ASEAN Timur Brunei-Indonesia-Malaysia-Filipina selain Forum Akreditasi Halal Antarabangsa bagi mengukuhkan komitmennya terhadap industri halal.
Abdulgani berkata, walaupun halal dikaitkan dengan masyarakat Islam, terdapat juga permintaan daripada kalangan bukan Islam berikutan peningkatan kesedaran terhadap isu kebersihan, barangan berkualiti juga standard tinggi syarat halal.
"Masyarakat bukan Islam juga sudah mula membeli produk halal seperti dalam kalangan mereka yang mementingkan kesihatan juga kalangan mereka yang vegetarian. Mereka menghargai produk halal bukan sahaja di Filipina tetapi juga di seluruh dunia," katanya.
Dalam perkembangan sama, bercakap mengenai penyertaan negara itu dalam MIHAS 2018, Abdulgani berkata, Filipina ingin mempromosikan kerjasama perniagaan antara negara berkenaan dengan Malaysia melalui pameran berkenaan.
"Kami sedang mencari pembeli, pembekal dan rakan berpotensi di Malaysia," katanya.
Tahun lalu, hubungan perdagangan dua hala Malaysia dan Filipina meningkat sebanyak 26.1 peratus kepada RM25.51 bilion berbanding RM20.23 bilion pada 2016.
Eksport berkembang sebanyak 21.2 peratus tahun ke tahun kepada RM16.53 bilion sementara import berkembang sebanyak 36.1 peratus tahun ke tahun kepada RM8.98 bilion.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Apr 06 2018
Abdulgani Macatoman berkata pembangunan industri halal di di negara itu melangkah setapak lagi melalui penyusunan Undang-Undang Halal, baru-baru ini. -Instagram / abdulgani_macatoman
Wanita cedera diragut ketika tunggang motosikal ke tempat kerja
Mangsa dilapor alami kerugian kira-kira RM3,000 selepas kehilangan beg yang berisi telefon bimbit jenis iPhone 14, dokumen peribadi dan wang tunai RM114.
"OIC dah tak bermakna, tak berguna dalam meredakan ketegangan"
Pandangan dikongsi Prof Dr Salawati Mat Basir, Pakar undang-undang antarabangsa, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Perkembangan konflik Iran-Israel
Bagi perinciannya kita bersama Prof. Dr. Mohd Roslan Mohd Nor, Ketua Jabatan Sejarah dan Tamdun Islam, Universiti Malaya, UM.
Program Madani Rakyat Zon Utara di Tapak Pesta Sungai Nibong 3-5 Mei
Program MADANI Rakyat 2024 Zon Utara akan diadakan di Tapak Pesta Sungai Nibong, Pulau Pinang selama tiga hari bermula 3 Mei ini.
Malaysia kecewa AS veto, halang PBB iktiraf negara Palestin
Pelaksanaan veto ke atas perkara penting dan signifikan itu telah menimbulkan persoalan terhadap keinginan sebenar Ahli UNSC.
[TERKINI] Israel Serang Iran, Isfahan dibedil 3 letupan
Perkembangan konflik Iran-Israel
Bagi perinciannya kita bersama Ahli Kumpulan bagi Pertubuhan Perundingan Undang-undang Asia Afrika (AALCO), Profesor Datuk Dr Rahmat Mohamad.
[TERKINI] Malaysia zahir kebimbangan dengan kegagalan Majlis PBB mengiktiraf Palestin
Malaysia bimbang dan berasa amat kecewa susulan penggunaan veto di Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) untuk menghalang kemasukan Palestin sebagai Anggota Penuh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 18 April 2024, walaupun terdapat sokongan daripada sebahagian besar Negara-Negara Anggota PBB.
Konsert Aina Abdul penanda aras baharu MPO - Konduktor
Kehebatan vokal penyanyi bersuara lunak dan lantang, Aina Abdul dalam menyanyikan lagu berentak genre balada sehingga mampu membuai emosi pendengar, sememangnya tidak dapat disangkalkan lagi.
Israel mungkin akan serang negara lain berdekatan Iran - Pakar
Pandangan dikongsi Prof Dr Salawati Mat Basir, Pakar undang-undang antarabangsa, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Filipina akan tingkatkan industri halal
Filipina, di bawah Presiden Rodrigo Duterte, berusaha mengembangkan industri halal di negara berkenaan.