G City Club Hotel Sdn Bhd yang mengendalikan 180 bilik hotel di bawah nama dagang GTower Hotel menutup operasinya selepas sedekad disebabkan oleh penyusutan kadar penginapan.
G City Club Hotel berkata keputusan untuk menamatkan operasi itu dilaksanakan berikutan kadar penginapan yang rendah sejak beberapa tahun lepas selepas pihaknya menerima persaingan sengit daripada hotel-hotel baharu dan pertambahan inap desa di sekitar pusat bandar Kuala Lumpur (KLCC).
“Pada awalnya hotel ini telah dikonsepkan dan menyasarkan pelancong korporat, namun beberapa tahun kebelakangan ini ia menyaksikan penurunan mendadak pelancong tersebut khususnya dari industri minyak dan gas,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.
Jelasnya, kerja-kerja pembinaan jalan dan Projek Transit Aliran Massa (MRT) yang berpanjangan di sekitar KLCC turut mengakibatkan masalah akses ke sekitar Jalan Tun Razak, menyebabkan kadar penginapan yang amat merosot daripada pelancong santai.
G City Club Hotel berkata pelaksanaan model aset ringan berasaskan premis hotel dan sewaan yang tidak seperti hotel-hotel lain iaitu model aset pemilikan, turut menyebabkan kos tetap yang lebih tinggi terutamanya daripada sewaan.
“Dengan menularnya COVID-19 dan jangkaan bahawa ekonomi global akan kembali normal dalam masa 18 bulan serta kurangnya keyakinan untuk melancong, pihak pengurusan mengkaji semula operasi hotel ini dan membuat keputusan yang amat sukar untuk menamatkan operasi,” kata hotel itu.
Menurutnya, seramai 79 pekerja akan diberikan notis mengikut syarat-syarat Kontrak Pekerjaan dan dibayar gaji serta manfaat pemberhentian kerja berpandukan Akta Kerja.
-- BERNAMA/p
Bernama
Wed Apr 29 2020
G City Club Hotel berkata keputusan untuk menamatkan operasi itu dilaksanakan berikutan kadar penginapan yang rendah sejak beberapa tahun lepas selepas. Foto: Facebook/ @GTowerHotel
Singapura rampas 1.5 tan produk segar dan makanan proses dari Malaysia
Kira-kira 1.5 tan produk segar dan makanan diproses yang diimport secara haram dari Malaysia dirampas Agensi Makanan Singapura (SFA) selepas satu operasi bersama Pihak Berkuasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) awal minggu ini.
Kerajaan Persekutuan ambil alih projek LRT Pulau Pinang dengan syarat
Projek pembangunan LRT Laluan Mutiara Pulau Pinang akan diambil alih oleh Kerajaan Persekutuan tetapi dengan meletakkan syarat kepada Kerajaan Pulau Pinang.
Kerajaan juga akan mempertimbangkan kaedah pembiayaan projek yang sesuai sama ada melalui Peruntukan Pembangunan ataupun kaedah lain yang sesuai.
Kerajaan juga akan mempertimbangkan kaedah pembiayaan projek yang sesuai sama ada melalui Peruntukan Pembangunan ataupun kaedah lain yang sesuai.
Pembangunan LRT tidak ancam George Town
Pembangunan projek Transit Aliran Ringan (LRT) Laluan Mutiara, Pulau Pinang tidak akan mengancam kedudukan Georgetown sebagai Tapak Warisan Dunia Pertubuhan Saintifik, Pendidikan dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO).
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, berkata semua pertimbangan awal sudah diambil kira termasuk kelulusan yang diperoleh daripada pelaksanaan Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA) dan Penilaian Kesan Sosial (SIA).
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, berkata semua pertimbangan awal sudah diambil kira termasuk kelulusan yang diperoleh daripada pelaksanaan Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA) dan Penilaian Kesan Sosial (SIA).
Tiada layanan istimewa kepada Najib - Penjara
Ketua Pengarah Jabatan Penjara, Datuk Nordin Muhammad menegaskan tiada sebarang layanan istimewa diberikan kepada mana-mana individu termasuk Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di penjara.
Lelaki Israel ditahan di KL bersama enam pucuk pistol
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, suspek yang berusia 36 tahun itu masuk ke negara ini menggunakan pasport palsu Perancis.
Beli kondo mewah: Isa Samad, Mohd Emir diperintah bayar RM3.31 juta kepada FGV
Mahkamah Tinggi hari ini memerintahkan bekas Pengerusi FGV Holdings Berhad Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad dan bekas Presiden Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Datuk Mohd Emir Mavani Abdullah membayar lebih RM3.31 juta kepada syarikat itu berhubung pembelian dua unit kondominium mewah di ibu negara.
PADU: Lebih 9 juta telah daftar
Pendaftaran Pangkalan Data Utama (PADU) meningkat kepada 9.24 juta setakat Khamis.
PM adakan lawatan singkat ke Sarawak pada Sabtu
Dalam lawatan singkat ke Sarawak pada Sabtu, Datuk Seri Anwar Ibrahim antara lain bakal melakukan walkabout di Bazar Ramadan Desa Ilmu disusuli Majlis Iftar Berbuka Puasa Madani di Masjid Al-Muttaqin
UMNO Sabah akan lebih teliti pilih calon - Bung Moktar
Datuk Seri Bung Moktar Radin tidak mahu calon yang akan diketengahkan UMNO dalam PN Sabah nanti ditolak rakyat sekaligus mendatangkan kerugian buat parti itu.
Tempoh reman 13 remaja suspek kes bunuh pelajar kolej disambung
Hakim Mahkamah Nur Asyraf Zolhani membenarkan tempoh reman disambung tujuh hari bermula Jumaat
China jadikan pengalaman pencegahan COVID-19 untuk hadapi pandemik masa depan
China akan menjadikan pengalaman dalam pencegahan dan kawalan COVID-19 untuk membuat persediaan yang lebih proaktif untuk menghadapi pandemik masa depan seperti "Penyakit X".
Negara berdepan ketirisan subsidi diesel serius - Amir Hamzah
Negara kini sedang berdepan isu ketirisan subsidi diesel yang serius dan wujud kemungkinan terdapat pihak yang tidak layak masih menikmati subsidi itu, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah.
Kematian akibat kemalangan jalan raya lebih tinggi daripada COVID-19 - Anthony Loke
PDRM akan mengeluarkan data mengenai kemalangan jalan raya pada setiap hari, bukan setahun sekali seperti diamalkan sebelum ini.
Ismail Sabri ziarah lapan beradik yatim piatu akibat COVID-19
Ismail Sabri tiba kira-kira jam 2 petang di kediaman lapan beradik itu di Taman Adenium, Bukit Beruntung pada Selasa.
Teori konspirasi 'Penyakit X'
Ahli teori konspirasi AS sekali lagi membuat 'keuntungan' selepas PBB memberi amaran tentang wabak lebih berbahaya iaitu 'Penyakit X'.
Reformasi dasar, kukuhkan perlindungan, produktiviti pekerja tidak formal
Reformasi dasar perlu dilakukan dalam usaha meningkatkan perlindungan dan produktiviti pekerja tidak formal di Malaysia.
Lebuh raya perlu ada sistem pemberitahuan Smart Lane lebih berkesan - Ahmad Maslan
Semua lebuh raya perlu mewujudkan satu sistem pemberitahuan Smart Lane yang lebih berkesan, bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas khususnya ketika cuti perayaan.
Jepun akan mansuh bantuan awam untuk rawatan COVID-19
Kerajaan Jepun memutuskan untuk menamatkan subsidi untuk ubat-ubatan COVID-19 dan kemasukan ke hospital bulan depan, menurut media tempatan.
KUSKOP mudahkan urusan pinjaman usahawan, bantu hadapi kenaikan harga barang
KUSKOP melalui pebagai agensinya, mengambil pendekatan memudah cara urusan pinjaman perniagaan kepada usahawan mikro yang terkesan dengan kenaikan kos dan harga barang.
Ismail Sabri pilih 'tindakan Malaysia dalam perangi COVID-19' sebagai tajuk tesis PhD
Ketika COVID-19 diisytihar sebagai pandemik global pada Mac 2020, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob merupakan Menteri Kanan Pertahanan yang bertanggungjawab terhadap kluster keselamatan.